Robot ciptaan ilmuwan Harvard ini betul-betul akan mencabar kreadibiliti pencipta2 robot Jepun yang lebih dulu nampak betul2 pakar dalam bidang ini. Tapi tak mustahil, mereka turut telah menemui robot ini.
"Kemampuan unik robot ini memungkinkannya menjelajahi lokasi-lokasi di mana robot tradisional yang biasa tidak mampu melakukannya," kata Matthew Walter, seorang saintis dan pakar robot di Institut Teknologi Massachusetts, kepada Associated Press.
Projek Harvard yang didana oleh Pentagon ini, dipertontonkan dalam jurnal Proceeding of National Academy of Sciences. Robot, yang memakan masa dua bulan untuk membangukannya, berukuran panjang 12.7 cm. Keempat-empat kakinya dapat dikawal secara terpisah dengan memampatkan udara ke dalam anggota badannya, baik secara manual atau melalui komputer. Ia sekaligus memberikan robot mampu melakukan pelbagai gerakan termasuk merangkak dan merayap. Saksikan :
Contoh foto pra perkahwinan artis kite yang menjadi ikutan
Di Indonesia sudah di haramkan isu berkaitan foro pra perkahwinan yang menjadi trend masyarakat Islam sekarang. Aku pernah ulas dulu isu ini cuma tertarik bia negara jiran kita sudah mula mengharamkan sesi itu. Kita bile lagi? Nak buat Akta Murtad pun terhegeh2, inikan pulak benda yang di anggap kecik bagi mereka.
JAKARTA 28 Nov. - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Contoh foto pra perkahwinan artis kite yang menjadi ikutan
Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah."Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah."Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah," jelasnya. Sumber : Utusan
Kejadian jambatan runtuh di Kalimantan TImur Sabtu lalu betul-betul mengejutkan dunia. Mana taknya, kejadian jambatan runtuh itu bukan calang-calang jambatan, jambatan itu anatar yang terbesar di Indonesia. Jumlah kematian semakin meningkat dan dijangkakan akan mencecah 50 orang kerana masih ramai lagi yang hilang. Di sini aku berikan laporan BERNAMA mengenai jambatan runtuh ini yang baru dilaporkan jam 6.00ptg tadi. Di sini juga aku berikan satu video dimana kejadian itu berjaya dirakamkan oleh kamera amatur :
JAKARTA: Jumlah kematian dalam tragedi jambatan runtuh di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur Sabtu lalu meningkat menjadi 11 orang dengan penemuan beberapa lagi mayat oleh pasukan mencari dan menyelamat sehingga tengah hari ini.
Ibu pejabat Polis Indonesia di sini yang mengeluarkan angka kematian itu, menyatakan bahawa 34 orang lagi yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu masih belum ditemui.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia Inspektor Jeneral Saud Usman Nasution memberitahu sidang akhbar di sini bahawa daripada 11 yang mati, empat mayat belum dapat dikenal pasti. Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu ialah 34 orang, katanya.
Jambatan Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur runtuh pada kira-kira jam 4.30 petang Sabtu waktu tempatan ketika kenderaan sedang sesak menggunakannya, mengakibatkan ada kenderaan terjunam ke dalam Sungai Mahakam dan sejumlah pengguna kenderaan turut tenggelam bersama.
Jambatan itu yang merentangi Sungai Mahakam, merupakan satu daripada jambatan gantung terpanjang di Indonesia. Bahagian yang tergantung tanpa penyangga adalah sepanjang kira-kira 270 meter. Jambatan itu berukuran 710 meter panjang.
Dibina pada 1995 dan siap pada 2001, jambatan yang direka mirip kepada Jambatan Golden Gate di San Fransisco, Amerika Syarikat itu merupakan antara penghubung penting bagi laluan darat Tenggarong dengan Samarinda dan Balikpapan, Kalimantan Timur.
Pelbagai pihak di Indonesia berasa hairan dengan kejadian itu memandangkan jambatan itu baru berusia 10 tahun. - Bernama
Skuad Harimau Muda gagal menang di tempat sendiri walaupun berjaya mendahului perlawanan dengan dua gol pada sesi kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C.
Bahrain yang bermain dengan 10 orang berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya mendahului Malaysia dalam tempoh lima minit pada separuh masa kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Gol pertama Malaysia berjaya dijaringkan oleh pemain muda berusia 17 tahun, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada separuh masa pertama manakala gol kedua dijaringkan Mahali Jasuli. - Utusan
Aku nak gelak pun ada baca blog milosuam ni. Aku rasa ramai yang tahu blog ini, blog ini lebih pro kepada pembangkang dan cuba jadi pembangkang yang mempunyai fakta untuk membangkang. Bagus sebenarnya blog ni, ade yang mungkin betul dan ade yang mungkin membodohkan penulis itu sendiri. Isu terbaru posting MILOSUAM ini adalah isu renew lesen mengikut tarikh lahir baru-baru ini. Tarikhnya hari ini jugaklah 25/11/2011.
Dia menerima komen orang dari e-mail die pasal pengadu ini komen yang die renew kena bayar extra RM15 disebabkan tempoh lesen yangnak dikenakan dengan tarikh pengadu itu terberanak kat muka bumi ini. Aku tak paham jugak mula2 bahasa pengadu dalam e-mail ni tapi akhirnya aku dapat buak konklusi yang pengadu dalam e-mail ni dan penulisnya sama2 BENGAP! Korang bleh baca blog die kat sini (klik sini)
E-mail pengadu kepada MiloSuam
Aku pun tak faham..apa yang korang kecoh sangat hak ini. Siasat dan pikir dulu sebelum tulis. Yang lagi bagus, belajar elok2 matematik dan cara nak mengira dengan betul, baru ko bleh hentam. Ini main sembur jer. Chet! Bikin malu jer...Meh sini aku tolong kire...
Aku amik contoh pengadu lah senang cerite. Ko renew pada 24 November 2011 dan tarikh plak pada oktober so kalau ikut pengiraan aku di bawah ni :
24 November 2011 - 24 November 2012 (setahun) = RM 30 24 November 2012 - ... Oktober 2013 (11 bulan = melebihi tempoh 6 bulan) = RM15
So tak ke untung tu, ko byar RM 15 jek untuk tempoh 11 bulan?
Ape la ke benak sangat si pengadu ni. Aku rase ko kena blaja matematik sekolah rendah baliklah gamaknya. Kalau salah aku mintak maf jugaklah yerk? heheh...
This was one of two goals Elon University's Jordan Smith scored on UNC Greensboro in his side's 3-2 Southern Conference Championship win a couple weeks ago. After a nice hop over a sliding defender and making his way around goalkeeper Peyton Ford, Smith casually put the ball into the empty net.
Frustrated by this series of events, Ford decided to take out his anger on his own net with a weak jump kick. Of course, the net fought back and grabbed a hold of his boot, sending him to the ground face first. This is why you should never attack an inanimate object. They have no remorse.
Kejadian ini berlaku di Auckland, New Zealand ketika proses menaikkan dan memasang pokok krismas sempena krismas akan datang.Kejadian ini hampir meragut nyawa juruterbang dan pekerja sekitarnya. Aku pun agak pelik, macam mane kawasan yang agak sempit itu bleh ade prosedur pekerjaan menggunakan helikopter? Kejadian kalau lihat berpunca dari kipas yang tersangkut pada bahagian-bahagian tempat kerja. Saksikan :
Aku tak pasti benda ini betul atau tidak. Mula-mula aku tengok aku nampak benda ni memang real dan aku percaya tapi lepas aku baca komen2 orang, tengok gaya dieorang yakin yang video ini bukan asli dan dipalsukan. Cuba korang tengok sendiri dan nilaikan sendiri. Agak ngeri jugaklah kalau tengok dan imagine ia betul2 berlaku :
LONDON - Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong, lapor akhbar Mail Online semalam.
Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan mengoyak sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu klip video yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube.
Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya.
Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV.
Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush. - Agensi
Malaysia menewaskan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.
Pasukan bola sepak Malaysia, yang baru sahaja memenangi pingat emas dengan mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI malam tadi, dijadualkan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada kira-kira 2:30 pagi ini.
Kabinet pada mesyuarat mingguan Jumaat lalu memutuskan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) itu yang akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini, akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA-Utusan
STATISTIK PERLAWANAN FINAL
TEAMS
MALAYSIA (Yellow/Black/Yellow): Khairul Fahmi Che Mat (GK), Mahali Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Asraruddin Omar (Mohamad Fandi Othman 99th), Mohd Irfan Fazail, Baddrol Bakhtiar (cpt), Ahmad Fakri Saarani, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Zubir Mohd Azli, Thamil Arasu Ambumanee (Yong Kuong Yong 81st), K. Gurusamy (Muhd Nazmi Faiz 78th)
Head coach: Ong Kim Swee
Scorer: Mohd Asraruddin Omar (35th)
Yellow cards: K. Gurusamy (10th), Baddrol Bakhtiar (21st), Ahmad Fakri (61st), Yong Kuong Yong (113th)
INDONESIA (Red/White/White): Kurnia Meiga, Mahardiga Lasut (Hendro Siswanto 71st), Egi Melgiansyah, Oktovianus Maniani, Gunawan Dwi Cahyo, Hassim Kipuw, Andik Vermansyah (Ferdinand Sinaga 66th), Diego Michels, Titus Bonai, Patricj Wanggai (Ramdani Lestaluhu 97th), Abdul Rahman
Kat sini sebelum kita tengok gambar tu, kita faham dululah ape itu ketiak.Ketiak, atau sering disebut (dalam sebutan sopan) sebagai kawasan bawah lengan, merujuk kepada bahagian bawah lengan atas (triseps), yang bersambungan dengan bahagian bahu pada kedua-dua bahagian tangan.
Tapi dalam kes ini agak aneh, macam tak pelik. Bukan ape, adakah minah ini tidak perasan akan keseksiaan ketiaknya itu? Adoyai, itulah akibatnya kalau dah seronok sangat. Huhuhu...aku plak segan, macam pakai seluar tak berzip lah raseenye....huhu...korang layanlah elok2...kehkehkeh...
KIEV, Ukraine - Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin
Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu.
"Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan.
"Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat.
"Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader," tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang.
Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine.
'Darth Vader' menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar.
Aku tak pasti perkara ini benar berlaku atau tidak pada Sukan SEA kali ini. Peserta atau pesilat Indonesia ini memenangi pingat emas dengan gaya celakanya iaitu penakut dan menggigit bahu pesilat Thailand. Kalau betul ini berlaku, memang memalukan. Indonesia meletakkan maruah negaranya terlalu hina dalam pelbagai aspek baik dari penganjuran, menghormati negara orang lain dan korup dalam memberi keputusan. Saksikan :
Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0 menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.
RAMPAS...Mazlan menunjukkan pelbagai jenama kopi pacak yang dirampas. (Ingat, orang di dalam gambar tidak ade kena mengena dengan 'terpacak'..heheh
IPOH: Penggemar ‘kopi pacak’ atau dikenali kopi campuran pil perangsang tenaga batin yang didakwa pengeluarnya mampu memberikan tenaga tambahan ketika beraksi di ranjang dinasihatkan berhati-hati kerana produk berkenaan boleh mengancam nyawa berikutan kandungan kimianya membahayakan kesihatan sekiranya diambil berterusan.
Ini berikutan kes terbaru membabitkan seorang lelaki warga emas yang dikejarkan ke hospital di utara tanah air akibat sesak nafas selain mengalami serangan jantung selepas meminum kopi berkenaan, bulan lalu.
Warga emas berusia 60-an terbabit, bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas diberi rawatan kecemasan dan hospital mengesahkan ia berpunca daripada pengambilan kopi berkenaan.
Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berikutan kemunculan semula produk minuman kopi maut yang dicampurkan kimia berbahaya atau racun berjadual.
Menurutnya, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memandang serius maklumat terbaru itu dan menghantar 10 sampel produk kopi campuran berlainan untuk dianalisis di makmal.
Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia. Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter.
Bagi aku bangunan ini cukup cantik dan mempunyai kelebihannya tersendiri. Aku akan share dengan kalian semua tentang video sejak awal pembinaannya dimana kualiti videonya di timelapse kan dari mula ia di bangunkan sehingga siap iaitu dari Januari 2009 sehingga Mac 2011.
Satu lagi video yang bagi aku menunjukkan kekuatan bangunan ini adalah satu gegaran gempa bumi di katakan berlaku ketika proses pembinaan masih berjalan. Gegaran itu boleh di lihat dari keadaan kamera yang tergelincir dari kedudukan asal dan bergegar.
Ini pula video amatur dari bawah bangunan yang di ambil oleh rakyat Jepun yang di lihat dari bawah dan mendongak ke atas. Saksikan :
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta malam ini.
Gol tunggal Shahrul Azwari pada minit ke-17 memastikan skuad Harimau Muda memungut mata penuh dan menobatkan Malaysia sebagai juara kumpulan yang akan menentang Myanmar pada perlawanan separuh akhir - Utusan
SEBUAH kamera tersembunyi merakamkan gambar seekor harimau batu di Bukit Tigapuluh, Sumatera pada 18 Mac lalu. - Reuters
JAKARTA - Kumpulan pemuliharaan Dana Hidupan Sedunia (WWF) semalam mendesak pemerintah Indonesia memulihara hutannya selepas gambar-gambar menunjukkan beberapa ekor harimau yang jarang dilihat berada di sebuah kawasan pembalakan.
Menurut WWF, gambar itu menunjukkan harimau Sumatera, harimau emas, harimau bintang, harimau akar dan harimau batu berkeliaran di sebuah kawasan hutan yang tidak dilindungi.
Ia menyatakan, harimau tersebut ditemui berada di antara Taman Negara Bukit Tigapuluh, Sumatera dan sebuah kawasan pemuliharaan haiwan liar.
Lebih tiga bulan dalam tahun ini, kamera WWF merakamkan 404 gambar harimau liar termasuk 226 ekor harimau Sumatera, 77 ekor harimau akar, 70 ekor harimau emas, empat harimau batu dan 27 harimau bintang. - AFP
Time lapse sequences of photographs taken with a special low-light 4K-camera by the crew of expedition 28 & 29 onboard the International Space Station from August to October, 2011.
Shooting locations in order of appearance:
1. Aurora Borealis Pass over the United States at Night 2. Aurora Borealis and eastern United States at Night 3. Aurora Australis from Madagascar to southwest of Australia 4. Aurora Australis south of Australia 5. Northwest coast of United States to Central South America at Night 6. Aurora Australis from the Southern to the Northern Pacific Ocean 7. Halfway around the World 8. Night Pass over Central Africa and the Middle East 9. Evening Pass over the Sahara Desert and the Middle East 10. Pass over Canada and Central United States at Night 11. Pass over Southern California to Hudson Bay 12. Islands in the Philippine Sea at Night 13. Pass over Eastern Asia to Philippine Sea and Guam 14. Views of the Mideast at Night 15. Night Pass over Mediterranean Sea 16. Aurora Borealis and the United States at Night 17. Aurora Australis over Indian Ocean 18. Eastern Europe to Southeastern Asia at Night
Wow! Dengan hanya menayangkan 'sedikit' tubuh badan, sudah mendapat USD3500. Itulah yang di perolehi Zarina Anjoulie Lavocah ini untuk gambar panas dan seksi minah ini bagi majalah FHM Indonesia tak silap aku. Itu baru sedikit kan? Padanlah Lindsay Lohan dapat USD 1 juta untuk majalah Playboy,hahaha...dah dekat dah tu...bunga-bunganye dah ade...hahaha...Mari kite ikuti kata-kata diva ini di OhBulan! :
“Saya sangat bersyukur dapat tawaran berlakon selepas segala penghinaan yang saya terima. Mak saya cakap, doa orang teraniaya akan termakbul,” ujar Zarina Anjoulie.
“Basically, buat photoshoot itu ataupun tidak, saya tetap akan dikutuk. Even sudah lama saya tak berlakon pun, tetap kena kutuk dengan orang. Its like pakai dress pun nak komen, sedangkan artis lain yang terdedah sana-sini, tak ada pun orang nak cakap apa-apa.”
“Saya dapat 3500 USD untuk sesi fotografi tersebut, bukan nak jual badan, tapi orang bayar untuk saya buat kerja. Memang dari dulu saya minat modelling, daripada saya kena kutuk baik saya kerja dan buat duit,” ujar Zarina penuh kecewa.
So sekarang ni, mari kite kire berape pulak die dapat dalam RM atau Ringgit Malaysia untuk 3 shot yang die posing maut tu :
USD 1 = RM 3.18 (latest yang aku tahu) maka, USD 3500 X RM3.18 = RM 11,130.00
Wow! Berbelas ribu die dapat siot...Memang betul lah ape Husin Lempoyang dengan saudagar Jamal Pak Tongkol cakap dalam cerita P.Ramlee 3 Abdul yang berbunyi lebih kurang begini :
"Dunia...dunia...Berniaga manusia lebih untung dari menjaga unta...heheheheh...WOW!"
Korang layanlah sikit cerita Husin Lempoyang ni,kahkahkah...
JAKARTA: Pasukan bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.
Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.
Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39.
Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara. Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.
KUALA TERENGGANU: Dalam satu kebetulan yang menarik, bayi yang lahir hari ini di Terengganu akan mempunyai empat set nombor 11 bagi lapan digit pertama MyKad dan sijil kelahiran mereka.
Selain nombor 111111 bagi hari, bulan dan tahun kelahiran mereka, bayi di Terengganu juga akan mempunyai satu lagi set nombor 11 iaitu bagi menandakan kod negeri Terengganu. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu, Nafisah Abdullah, berkata bayi yang lahir antara 12 pagi hingga 11.59 malam ini di Terengganu, akan mendapat nombor kad pengenalan dengan senarai angka berkenaan, tidak kira sama ada ibu bapa mereka berasal dari negeri ini atau tidak.
“Bayi yang dilahirkan sebelum atau selepas tempoh itu tidak dibenarkan menukar tarikh dan masa kelahiran,” katanya ditemui di sini, semalam.
Ditanya sama ada berlaku perubahan dalam kaedah pemberian nombor MyKad pada masa depan, beliau berkata, kurang kemungkinan ke arah itu kerana ia sudah digunakan dengan berkesan sejak lebih sedekad lalu.
“Kami sentiasa memberi keutamaan untuk menambah baik mutu MyKad. Kita tidak lihat masalah dengan sistem nombor sedia ada, malah ia dapat digunakan tanpa masalah ketika kita melalui peralihan milenia 11 tahun lalu,” katanya.
Rekod JPN negeri menunjukkan purata 60 bayi dilahirkan setiap hari di Terengganu.
It seems that Garrett McNamara just broke the world record for largest wave surfed by successfully navigating this 90-foot wall of watery death. The previous record—77 feet—was set by Mike Parsons in 2008.
The Dominican Province of St. Joseph through the province's project of Kindly Light Media will unveil a new 30 minute documentary film featuring Dr. Peter Kreeft. The program will relate surfing to the mystical experience. More details coming soon.
GEORGETOWN: Penduduk di sekitar Bayan Lepas di sini panik apabila sebuah pesawat A320-200 'terhempas' di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), tengah hari tadi.
Namun mereka kemudiannya tenang apabila dimaklumkan bahawa insiden itu hanyalah sekadar latihan kecemasan oleh Malaysia Airports Bhd dan LTAPP. Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Arif Jaafar, berkata dalam latihan itu, sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Madras, India memohon mendarat kecemasan di LTAPP kerana enjin kanan rosak dan berlaku kebakaran. "Senario membabitkan sebuah pesawat membawa 125 penumpang dan 10 anak kapal itu menjadi cemas apabila tiba-tiba terhempas dan terbakar di LTAPP sehingga menyebabkan 10 maut, cedera parah (30), cedera ringan (35) dan selamat (50)," katanya kepada pemberita selepas Latihan Kemalangan Kapal Terbang di LTAPP di sini hari ini.
Beliau berkata, latihan tersebut diadakan dua tahun sekali bagi menguji tahap keupayaan jentera dan pasukan penyelamat di lapangan terbang itu.
Mohd Arif berkata, ia juga bagi menilai tahap keberkesanan komunikasi antara pelbagai agensi dan unit bantuan lain.
"Latihan kecemasan hari ini mencapai sasaran iaitu kebakaran mampu dipadamkan dalam tempoh tiga minit dan beberapa perkara antaranya dari segi penyampaian komunikasi antara jabatan-jabatan juga berjalan lancar," katanya.
Katanya, latihan kecemasan bersepadu itu turut disertai oleh kira-kira 500 peserta dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).
"Untuk meningkatkan lagi keupayaan memadam api di lapangan terbang, kita turut menggunakan 4 unit 6x6 tender api baru jenis ultra Large Foam Tender," katanya. - BERNAMA
PEDRO (kanan) dan Buddy sering dilihat bersama di dalam kurungan Zoo Toronto, Kanada.
TORONTO, Kanada - Pihak pengurusan Zoo Toronto di sini mengumumkan bahawa mereka akan memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay.
Dalam satu kenyataan media kelmarin, pihak Zoo Toronto memberitahu bahawa keputusan memisahkan dua ekor penguin Afrika bernama Pedro dan Buddy itu dibuat bagi mengekalkan kesinambungan spesies terancam berkenaan.
Menurut kenyataan sama, Pedro dan Buddy akan disatukan semula selepas 'mereka' mengawan dengan penguin betina lain di zoo berkenaan. - Reuters
p/s : Mungkinkah Ambiga akan mebela penguin ini? Kite tunggu...
Penganalisis biologi Bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle kelmarin.
SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.
Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.
"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.
Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.
Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.
Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.
Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik.-
JAKARTA: Skuad negara memperlihatkan aksi lebih bertenaga selaku penyandang pingat emas bola sepak Sukan Sea apabila menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, petang ini.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24 dan Izzad Farris Ramlan, minit ke-85.
Pada perlawanan pertama Isnin lalu, skuad negara hanya seri tanpa jaringan dengan Singapura.
1. Siapakah yang membuka Melaka? a. Param b. Parameswari c. Pramugari Terlampau d. Parameswara e. Parang Kontot
2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia? a. Kapten Hook b. Kapten Crook c. Kapten Cook d. Kapten Cool e. Kapten Boleh
3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak? a. Brooke Shields b. James Beruk c. James Bond d. Sapok Biki e. James Brooke
4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang? a. Torch Light b. Traffic Light c. Francisca Peters d. Light and Easy e. Francis Light
5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang? a. Tuk Janggut b. Tuk Misai c. Tuk Sideburn d. Tuk Misai A Galak e. Tuk Bulu Hidung
6. Pahlawan Melayu di Pahang? a. Mat Kilau b. Mat Silau c. M Daud Kilau d. Mat Sentul e. Mat Rempit
7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela? a. Jawa Jerongos b. J.W.W Birch c. Jay Jay d. J.W.Marriot e. Jawa Rangers
8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis? a. Ayam Belanda b. Bela Anda c. Blender d. Belanda e. Blunder
9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka? a. 7 dulang hati nyamuk b. 7 dulang tongkeng ayam c. 7 dulang tahi hidung d. 7 dulang tahi lalat e. 7 dulang gigi arnab
10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah? a. Tun Mahathir b. Tan Tin Tun c. Tun Tak Tahu Eja d. Tun Teja e. Arnold Susahanakeja
11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka? a. Puteri Hang Li Po b. Puteri Kepala ***** Hang! c. Puteri Opah Hang! d. Puteri Hang Go Poh e. Puteri Hang Cing
12. Ikan apakah yang melanggar Singapura? a. Ikan Bilis b. Ikan Masin c. Ikan Kembung Masak Asam d. Ikan kekek mak iloi-iloi e. Ikan Todak
13. Siapakah Ketua Komunis Malaya? a. CIMB Bank b. Chin Peng c. Soh Chin Aun d. Chim Pan Zee e. Chin Chau
Ada 2 isu yang sibuk diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru adalah kesah anak penyanyi bergenre rock terkenal dengan isunya berbikini dan dikatakan bercium molot dengan jurulatih selam katenye. Entah betul atau tidak tapi kalau tengok gambar tang berbikini ni nampak macam betul. Kejadian ini dikatakan berlaku di Pulau Tioman. Sumber dari mediamalaya.com ini memaparkan 4 gambar tapi aku sedut dan share 2 darpadanya. Nak tengok 2 lagi, layari web tersebut. Sementara tu boleh layan 2 gambar di bawah yer?
Isu kedua ni pulak pasal keeper yang dikatakan lupa diri ini dengan isunya ke party yang dihidangkan minuman keras. Beutifulnara.com telah menerima email menunjukkan gambar ini sebenarnya melibatkan parti hari jadi Dahlia Teck aka aweknya sendiri. Maka takkan tak tahu ape cerita kan? Untuk gambar2 lain, boleh ke web abang nara tersebut,ok? Kita boleh berfikir positif, mungkin hidangan itu air coke atau sebagainya yang menggunakan peralatan bercap arak tapi bile sudah menimbulkan syak, ia tetap tidak manis. Harap ini menjadi pedoman pada kita.
PHILADELPHIA 8 Nov. - Joe Frazier, bekas juara tinju heavyweight dunia meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah menderita kanser hati.
Frazier terkenal di dalam dunia tinju kerana berjaya mengalahkan Muhammad Ali buat kali pertama dan selepas itu terpaksa tunduk kepada Ali pada perlawanan ulangan di Manila yang dikenali sebagai “Thrilla in Manilla” pada tahun 1970-an.
Frazier dikesan mengidap penyakit tersebut seminggu lagu, disahkan oleh ahli keluarganya meninggal dunia hari ini. - Agensi
Thrilla in Manila Fight
Sedikit sedutan kekalahan Muhammad Ali di tangan Joe Frazier suatu ketika dulu :
AMBIGA (kiri) diiringi Irene Fernandez (tengah) dan Marina Mahathir (kanan) bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi Seksualiti Merdeka 2011 di pejabat Tenaganita, di sini hari ini.
Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang tadi.
Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.
Khee Teik ketika ditemui pemberita berkata, beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
''Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Khee Teik.
Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.
"Dua tahun lepas saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah. Sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya. — BERNAMA
Amz Campro berkata:
Tak tahu dah aku nak kate ape. Senang citelah, korang tak payah lah support benda dah memang haram dalam agama. Memang ikutkan banyak kita kena tentang. Judi kat Genting tu patut di tentang jugak. Cuma isunya janganlah kita support benda2 macam ni... Kalau anak bekas PM pun support, nak kate ape? Sendiri mau ingatlah. Tergolek doglah BN pasni,kahkahkah...kenapalah susah sangat...
Pelik tapi benar. Puncanya kecil jer aku rasa, kemalangan kecil yang biasa berlaku ketika jem di jalan raya. Ape lagi, sodok belakanglah maksudnya. Tengok mula-mula agak tenang jugaklah tapi tup2 bertumbuk macam nak rak kat tengah-tengah lebuhraya yang sesak dengan kenderaan. Macam orang giler pun ade, haha...Korang layankan sendiri yer?
SUNGAI BESAR 7 Nov — Ibu kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kandar, 35, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi ini selepas setahun bertarung dengan barah payu dara.
Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Haji Dorani di sini selepas Zohor.
Rosli Abdul Rahim, 40, bapa kepada pasangan kembar berusia 13 tahun itu, berkata beliau akan menunaikan amanah untuk menjaga lima anaknya termasuk Ahmad dan Muhammad sebaik mungkin seperti dilakukan arwah sebelum ini. "Pesanan terakhirnya ialah supaya saya tabah dalam membesarkan anak-anak.
"Saya akan ambil semangat isteri yang tidak pernah tunjuk sakit depan anak-anak walaupun beliau menderita kesakitan, termasuk terlantar tidak boleh bergerak sejak dua bulan lepas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Ahmad dan Muhammad mendapat perhatian media kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.
Ahmad, selaku abang sulung kepada adik-adiknya, berkata dia akan selalu ingat pesanan arwah ibu supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga adik-adiknya.
"Saya sedih sebab ibu pergi ketika Hari Raya Aidiladha, tapi bersyukur kerana sempat bacakan surah Yasin untuk ibu bersama Muhammad malam tadi.
"Saya bercita-cita menjadi seorang arkitek dan adik (Muhammad) mahu jadi pelukis. Kami akan berusaha mencapai impian seperti janji kami kepada arwah ibu,” katanya.
Korang masih ingat tak Johan mengajuk atau meniru gaya pakat motivasi Dr. Fadzilah Kamsah dalam satu drama bersiri di Astro Warna? Kalau korang tak ingat, korang boleh tengok balik video tu kat bawah ni sekarang...hahaha...memang lawak dan ade jugaklah gaya yang di tirunya.
Ini yang terbaru, yang terbaru ni, Johan kantoi sendiri dengan Dr.Fadzilah Kamsah. Aku tak pasti ia betul2 kantoi atau pihak ERA sendiri yang kantoikan tapi muka Johan agak cuak dan berubah jugaklah. Tapi dieorang ni baik Johan dan Dr.Fadzilah memang cool dan sempoi.Tak melatah tak kena tempat. Korang layan pulak video kantoi kat bawah ni:
Inikah mummy yang di katakan datang pada ASK 2011 baru-baru ini? Bukan ini, ada lagi ngeri, mummy ini tidak berdarah kain balutannya. Yang kat bawah tu yang ngeri. Cuba tengok :
Mummy ini kain balutannya merah menyala. Mengerikan betul kan? kahkahkah...sape pulak terupload dalam Facebook ni kang,kahkahkah...
Aku nak share satu video yang dikatakan bermula dari keceluparan seorang polis yang menyebut 'pukimak' kepada seorang pemandu lori berbangsa India. Kejadian perang mulut yang dikatakan berlaku akibat dari kemalangan jalan raya berlaku di khalayak umum dan betul-betul menampakkan ketidakpuashatian pemandu yang mendengar polis itu mencarut padanya.
Benarkah itu berlaku? Jika betul, polis itu patut tahu etikanya sebagi polis. Agak tenang juga polis itu mengawal perasaannya tetapi sepatutnya tiada lagi provokasi dari pihak polis. Dia sepatutnya lebih tenang dan sabar. Tetapi lain pula, polis turut provok si pemandu yang terang2 memang panas. Lawaknya pulak, seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota polis yang bergaduh, bertindakmeleraikan pergaduhan itu macam yer yer jer bercakap kat telefon. Saksikan sendiri kejadian tersebut :
Kita di Malaysia meneruskan ibadah di musim haji dengan melakukan ibadah korban.Apa kata kita menghayati secara LIVE terus dari Masjidil-Haram, Mekah yang sedang melakukan ibadah haji yang di jangka mencecah 3 juta muslimin dan muslimat. Semoga mendapat hidayah dan merasainya bersama-sama :
Laman YouTube serta Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi bekerjasama untuk menyediakan liputan musim haji secara siaran langsung di Mekah.
"Berjuta-juta orang dari seluruh dunia boleh memberikan komen mengenai musim itu menerusi video," kata laman yang dimiliki Google itu.
Lebih 2.5 juta jemaah haji Islam mula meninggalkan Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah kelmarin yang merupakan lokasi Nabi Muhammad menyampaikan khutbah haji terakhir. - AF
Salam Aidiladha dari AmzCampro untuk semua rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. Kepada yang sedang menunaikan Fardhu Haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Doakan kesejahteraan kita bersama dan kita mendoakan kesejahteraan mereka di Tanah Suci Mekah. Allahuakbar Walillah-Ilham...Kita di sini, pergilah solat sunat aidiladha di masjid-masjid dan surau-surau. Lepas tu, sama-sama join ibadah korban. Semoga mendapat keberkatan dariNYa.Amin.
Ibadah korban aku pada tahun 2009 bersama rakan sepejabat
Ibadah korban aku bersama sanak saudara pada tahun 2010
KUALA LUMPUR - Raja pandu kereta mengundur, I. Rajagopal (gambar kecil), 56, bakal melakar sejarah tersendiri apabila merancang memandu secara mengundur pada jarak paling jauh berbanding dua rekod sebelum ini.
Pada penjelajahan sejauh 1,500 kilometer (km) bermula pada 12 Disember 2012 bersempena tarikh 12.12.12 itu, beliau akan menggunakan kereta jenis Proton Saga 1.6 bermula di bandar raya Johor Bahru.
RAJAGOPAL memandu kereta secara mengundur sejauh 999 kilometer dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, Kedah pada tahun lalu.
"Dari Johor Bahru, saya akan memandu secara mengundur dengan purata kelajuan 40 kilometer hingga 50 kilometer sejam mengelilingi Semenanjung Malaysia sebelum kembali semula ke Johor Bahru.
"Penjelajahan ini dijangka mengambil masa selama 10 hari," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pada 2008, Rajagopal mencipta rekod pertama memandu secara mengundur dengan purata kelajuan 55 kilometer sejam sejauh 88 kilometer dari Jalan Ungku Puan, Johor Bahru hingga ke pantai peranginan Desaru di Kota Tinggi.
BUENOS AIRES, Argentina — Fossils of a tiny and previously unknown saber-toothed, squirrel-like creature have been discovered in Argentina, providing new clues to how small mammals lived among dinosaurs more than 93 million years ago, scientists said Thursday.
Cronopio dentiacutus had extremely long teeth, a narrow snout and large eye sockets, meaning it probably moved around at night to be able to survive among huge carnivorous beasts in the late Cretaceous period, according to the team that discovered the fossil in the Patagonian province of Rio Negro. The fossil was found in a bed of sediment that also has produced a variety of much larger dinosaur bones.
A fossil as discovered at the Riversleigh World Heritage site in north-west Queensland. It's a creature that's been nick-named 'the Scrat' and looks a bit like a sabre-toothed bandicoot. (A Meyer - University of New South Wales)
The two partial skulls and jaws bridge a 60- million-year gap in the mammalian fossil record, said Sebastian Apesteguia, Leandro Gaetano and Guillermo Rougier, who described their find in Thursday's edition of the journal Nature.
Lakaran pelukis tupai tersebut mengikut struktur fosil yang di temui
The little creature was probably less than 6 inches long and shared similar characteristics with the saber-toothed squirrel in the "Ice Age" movies. But Cronopio probably ate insects, not the nuts that drive the animated character Scrat so crazy, and was a dryolestoid, an extinct group more like today's marsupials than squirrels, the scientists said.