Thursday, August 18, 2011

Benjy, Nasib Kau Memang Baik


Pelakon Benjy didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram yang ditemui di kediamannya di Kondominium Menara Duta 2, tahun lalu. Begitulah keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas mamat pelakon yang pernah glamer satu ketika dahulu ini. Entah macam mane bangangnya dia, boleh terjebak dengan kancah musuh no 1 negara, najis dadah!

Gempar seketika satu malaya ni dek kerana kebangangannya bermain taik itu. Bukan kes ini sahaja yang melibatkan artis di Malaysia tapi banyak lagi cuma yang gempar nya kes dia ni adalah penemuan dia atau ketika dia kantoi ditangkap siap di khabarkan dia mempunyai makmal pemprosesan najis itu di rumahnya. Itu yang sedikit havoc tu tapi semuanya itu tinggal kenangan sebab mamat ini masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini dan cuma di denda RM5000 sahaja. Ikuti pula petikan surat rayuan dan ala-ala surat simpati diringankan hukuman oleh pihak mamat ini pada mahkamah :

Amer Hamzah sempat membaca sepucuk surat dalam bahasa Inggeris yang ditulis sendiri oleh pelakon drama Kerana Cintaku Saerah itu yang meluahkan perasaannya berhubung masalah kesihatan yang dihadapinya sejak ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor pada tahun lalu.

Dalam surat itu, Benjy menceritakan keadaan pusat tersebut yang menyebabkannya mengalami penyakit asma dan walaupun telah dibebaskan dari tempat tersebut pada Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital selama dua minggu serta menanggung kos rawatan RM65,000.

"Saya mempunyai seorang anak lelaki yang akan berusia lima tahun pada 5 September ini, kanak-kanak itu memerlukan kehadiran saya sebagai seorang ayah, selain menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap keempat," luah Benjy menerusi surat sepanjang tujuh perenggan yang dibacakan oleh Amer Hamzah.

Amer Hamzah mengakhiri rayuannya dengan menyatakan bahawa anak guamnya telah banyak mengalami perubahan ke arah yang lebih baik sejak dihadapkan ke mahkamah.


Huhu...memang trajis surat ini tapi semuanya bila nafsu mengatasi akal. Kalau dia berfikiran macam surat ini sebelum kerja giler ini dibuat kan bagus. Huhuhu...biasalah, dah berlaku baru nak sedarkan? Ramai yang mengharapkan dia sedar dan insaf dan ramai juga yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan. Apa2 pun, dia diberi satu lagi peluang untuk perbaiki kesilapan diri sebelum ia menjadi lagi terlambat.

Sumber : Utusan dan KOSMO






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...