KUALA LUMPUR 11 Ogos – Rusuhan ganas di London dan beberapa bandar lain di England seharusnya membuka mata rakyat Malaysia mengenai betapa buruknya kesan sesuatu perhimpunan haram, kata beberapa pemerhati sosial.
Mereka berpendapat, rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh untuk mengadakan demonstrasi jalanan, termasuk yang terlibat dalam perhimpunan haram 9 Julai lepas, wajar mengambil pengajaran bahawa tiada pihak yang dapat memberi jaminan perhimpunan yang bermula aman akan terus berlangsung dalam aman.
"Apa pun punca rusuhan itu, kita rakyat Malaysia perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada kita mahu tragedi serupa terjadi di Malaysia?
“Mahukah kita kehilangan nyawa kaum keluarga dan kemusnahan harta benda peribadi dan awam?" kata Prof Datuk Hamdan Adnan ketika diminta mengulas keganasan meluas di England yang berterusan selama tiga hari sejak 8 Ogos.
Kejadian yang turut melibatkan perbuatan mencuri dan merompak premis perniagaan dan pembakaran kenderaan, bangunan, pasar raya malah balai polis oleh ribuan perusuh itu, juga seharusnya membuka mata rakyat negara ini betapa cekap dan tepatnya tindakan polis di Malaysia dalam menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas itu, katanya. – Bernama
Amz CamPro berkata :
Aku amat bersetuju dengan artikel akhbar Utusan di atas. Sebenarnya, sejak hari pertama perhimpunan itu dilaksanakan, aku dah dapat rasa yang perhimpunan itu akan berakhir dengan rusuhan. Siapa tidak kenal masyarakat Britain yang rata-ratanya remaja yang suka memberontak dalam memuaskan kehidupan sendiri. Menakutkan rusuhan yang berlaku di London itu. Semakin lama semakin merebak, harta benda musnah, nyawa melayang, kerugian mencecah setengah bilion ringgit. Inikah sebenarnya yang kita mahukan?
Kepada mereka yang terlalu bangga dengan perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, perkara beginikah yang anda mahukan? Perhimpunan aman kononya, tetapi bertukar menjadi perhimpunan yang tidak terkawal dan seperti dirasuk syaitan. Aku percaya, masyarakat kita tidak jauh bezanya dengan masyarakat di England ini. Maaflah kalau aku menyinggung pembaca sekalian tapi aku bercakap atas pendapat aku. Rata-rata yang memberontak adalah remaja dan apa yang terjadi di Malaysia juga adalah di kalangan remaja yang menjadi pendukung kepada pemimpin yang terlalu mengikut emosi.
Terkejut jugak aku melihat cara polis dan pihak berkuasa melawan rusuhan yang berlaku. Bagi aku, ini bukan ciri kemanusian dan hak asasi manusia yang diperjuangkan. Kalau dah terlalu berlembut sampai bakar harta benda, membunuh, merompak, itu hak asasi dan kebebasan macam mana yang di mahukan? Habis, orang yang merusuh itu penuh sifat kemanusiaan ke? Penuh dengan ciri-ciri hak asasi ke? Ambil contoh di London. Tindakan seperti manusia tiada undang-undang merompak dan memusnahkan harta benda awam, menyusahkan orang lain, jauh dari sifat kemanusiaan.
Dalam hal ini, aku rasa setuju sangat tindakan polis Malaysia menangani isu BERSIH 2.0 baru-baru ini. Cegah dan tegas (kasar) dahulu sebelum menjadi lebih buruk. Hak asasi ada batasnya, kemanusiaan ada batasnya. Jika sampai merosakkan negara, nyawa dan ketenteraman, itu bukan kebebasan dan hak asasi yang diperjuangkan. Semalam PM David Cameron mengatakan kekecewaannya dan baru MEMBERI KEBENARAN kepada polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan seperti menggunakan pancutan air dan gas pemedih mata. Mak aii, memang lembut hati pihak berkuasa di Britain ini setelah semuanya seperti tidak terkawal baru tindakan di ambil.
Mungkin itu yang di mahukan sebahagian rakyat Malaysia, dapat mebuat huru-hara baru nak berundur. Memang betul, sesetengah tindakan kerajaan kita sekarang ini kadang-kadang sangat pahit untuk dutelkan dan diterima tetapi itulah kehidupan. Gunakanlah cara yang bertamadun dan berhemah untuk menentang anasir-anasir jahat dan pemimpin yang tamak haloba ini. Bukannya dengan cara memberontak tak tentu pasal. Renung-renungkanlah rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment