TOKYO – Sebuah firma di Jepun memperkenalkan langkah penjimatan tenaga unik dengan mengarahkan 2,700 kakitangannya mendapatkan potongan rambut serupa, lapor sebuah akhbar semalam.
Firma Maeda Corporation yang beribu pejabat di sini mahu pekerja lelakinya memiliki rambut pendek di belah tepi, manakala staf wanita pula diminta berambut pendek dan ‘comel’.
Langkah tersebut diharap dapat memendekkan masa penggunaan pengering rambut dalam kalangan kakitangan firma berkenaan, sekali gus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
“Syarikat kami sangat berminat untuk melindungi alam sekitar. Jadi, kami menggalakkan staf kami mengamalkan banyak amalan yang mesra alam sekitar,” kata jurucakap firma berkenaan, Chizuru Inoue.
“Kami belum pasti mengenai bukti kajian. Tetapi kami percaya mereka yang berambut pendek tidak perlu menggunakan pengering rambut terlalu lama berbanding orang berambut panjang,” tambahnya.
Jepun mengalami kekurangan tenaga yang serius selepas penutupan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang bocor akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu.
Loji tersebut menyalurkan tenaga elektrik ke bahagian timur laut Jepun. – Agensi
Macam mane? Ok tak tips ini, ape lagi boleh keluar pekeliling bagi semua staff kerajaan dan swasta untuk proceed cara ini. Memang puas hati, banyak boleh jimat ni, nanti semua rambut same jer...memang lawak...kahkahkah...Takboleh carik makan TNB...Bayangkan semua orang macam ni,kahkahkah...
No comments:
Post a Comment