Tuesday, August 16, 2011

JAKIM Sahkan Mentega Pure Creamery Butter-Golden Churn HARAM Di Pasaran Malaysia


Berikut adalah sebahagian artikel dalam akhbar KOSMO dari pihak JAKIM yang mengesahkan HARAM dan TIDAK HALALNYA butter buatan New Zealand ini di pasaran seluruh Malaysia :

"KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam."

Maka, secara rasminya ia telah diHARAMkan di Malaysia. Sebelum ini ia telah di HARAM kan di Sarawak dan Johor dan akhirnya ia telah diperakui sendiri oleh pihak pengeluar di New Zealand. MasyaAllah, kita hanya mampu berdoa dan memohon keampunan darinya jika kita dah termakan atau terguna produk ini. Mujur ia akhirnya dapat dikesan, kalau tidak ia akan merosakkan banyak lagi darah daging anak Melayu Islam kita. Semoga menjadi ikhtibar.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...