Nama penyerang utama Malaysia Safee Sali semakin meniti dibibir bukan sahaja rakyat Malaysia malah di Asia sejak akhir-akhir ini dan yang terbaru, Safee dikatakan di risik oleh pasukan Liga Jerman di Bundesliga. Pasukan yang dikatakan itu adalah pasukan FC Koln dan Schalke 04. Saksikan temuramah Safee bersama Astro Arena di bawah :
Aku memang berminat cara dan teknik permainan Safee Sali ni. Penyudahnya dan skillnya mempunyai aura tersendiri. Kalau benar seperti dikatakan, selepas niat Safee Sali bermain untuk Pelita Jaya baru-baru ini sebenarnya memang berbaloi. Permainannya semakin bagus dan mula mengorak nama di peringkat lebih luas. Jika Nor Shahrul tidak cedera, aku rasa mereka adalah pair yang cukup digeruni di Asia.
Jika Safee Sali betul-betul berhijrah ke sana, penyokong fanatik FC Koln seperti di atas akan menyebut2 nama Safee Sali. Jika beliau terus menyinar, namanya mungkin akan di sebut2 di seluruh dunia dan tidak mustahil mendapat tempat yang lebih baik lagi. Kita tunggu sahaja secara rasmi berita pelawaan ini.Jika benar, ia satu sejarah dalam bola sepak kita.
No comments:
Post a Comment