Thursday, September 22, 2011

2 Anugerah Aku Berikan Untuk Perlawanan Jepun Vs Malaysia Semalam

Kita semua sedia maklum, Malaysia tewas dengan jaringan 0-2 semalam danramai juga telah lebih awal tahu keputusan yang akan Malaysia terima sebelum menentang Jepun lagi. Mana taknya, Jepun terlalu jauh untuk dijadikan perbandingan dalam kancah bola sepak dunia dan ianya terbukti semalam. Kita terlalu dan masih lagi ketinggalan dalam banyak aspek teknikal asas bola sepak. Kita tidak hanya boleh mengharapkan semangat yang jitu dan kuat semata-mata tanpa mutu permainan yang baik.

Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung semalam, kita boleh lihat permainan Jepun cukup bersahaja, seolah-olah ini perlawanan persahabatn bagi mereka. Kawalan bola, posisi yang kemas, hantaran yang tepak, larian yang pantas betul-betul memukau. Pasukan kita ibarat ayam yang kehilangan ibunya di tengah padang. Strategi sahaj tidak cukup, kita masih terikut-ikut rentak permainan perlahan yang telah sinonim dalam bola sepak Malaysia.

Dalam perlawanan semalam, aku memuji dan aku tabik pada barisan pertahanan Malaysia yang diterajui Khairul Fahmi, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan lain-lain. Walaupun mereka hanya mampu mengeluarkan bola di kawasan bahaya yang nampak membabi buta, tetapi kefahaman mereka dalam benteng cukup baik. Lebih-lebih lagi, ketangkasan Khairul Fahmi dalam menjaga gawang negara dari di bolosi lebih banyak oleh Jepun. Ini memberikan keyakinan yang tinggi pada barisan pertahanan tetapi tidak pula berlaku pada barisan tengah dan serangan kita.

Aku hairan dan kadang-kadang rasa nak mengamuk pulak tengok permainan Izaq Faris Ramlan di hadapan ni. Aku terlalu kecewa dan sakit hati dengan permainan yang ditunjukkan. Sebelum-sebelum ini pun, permainan Izzaq ni terlalu lemah dan aku tak pasti kekuatannya di mana. Takkan mengharapkan ketinggian semata-mata? Mengharapkan kekuatan badan pun aku tengok cukup mudah di atasi lawan sampai selalu sangat jatuh dalam keadaan yang tidak sepatutnya? Larian? Terlau berat aku tengok, kepantasan dalam bertindak juga terlalu lemah.Ong Kim Swee tak nampak ke perkara ini? Kita seolah-olah bermain 10 orang sahaja semalam dan lagi menyakitkan, Izzaq diberi bermain full tima di padang.

Ong Kim Swee sepatutnya boleh nampak perkara ini. Kita memerlukan pemaian hadapan yang mampu bertindak cepat dan membantu barisan tengah tetapi dengan kelemahan yang ada pada Izzaq, kita gagal memasukkan kubu lawan dengan lebih yakin. Kubu Jepun boleh di masukki jika Izzaq ni mungkin digantikan dengan pemain yang lebih yakin dipadang dan mempunyai kekuatan yang lebih baik dari beliau. maka di sini, aku simpulkan ulasan aku dengan 2 ANUGERAH yang aku kurniakan kepada pemian kita semalam iaitu :

ANUGERAH PEMAIN PALING KAYU DI PADANG

Izzaq Faris Ramlan


ANUGERAH PEMAIN PALING CEMERLANG



(Seluruh pemain pertahanan yang diketuai penjaga gol Khairul Fahmi)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...