Monday, September 26, 2011

[Video] Inikah Video Rakaman Satelit Yang Jatuh?

Isu satelit jatuh dari langit ni agak hangat diperkatakan. Bukan apa, agak jarang sebenarnya kejadian ini berlakutetapi pihak NASA mengatakan, ia kerap berlaku kerana di atmosfera kita ni ibarat sampah sarap yang tunggu gugur ke bumi jer. Cuma kes yang selalu berlaku adalah sampah-sampah yang jatuh dari atas ini akan hancur dan berterabur dalam partikel yang kecil. Tapi ada pengesahan tentang isu ini mengatakan satelit ini terhempas di Lautan Pasifik, timur Afrika.

Aku ada ulas isu ini juga pada posting lepas (KLIK SINI) tapi gambar ketika satelit masuk melepasi atmosfera bumi. Berikut ini artikel dari Utusan tentang lokasi ia terhempas :

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari mengesahkan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah jatuh di dua laluan utama yang dikenalpasti.

Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Mhd. Fairos Assillam berkata, dua laluan tersebut ialah di Lautan Pasifik dan timur Afrika.

"Satelit yang pecah kepada 26 bahagian itu dipercayai telah terbakar dan bertaburan di dua kawasan tersebut semalam, tetapi waktu sebenar belum dapat dipastikan.

"Kita cuma boleh mengesahkan waktu satelit tersebut memasuki atmosfera bumi iaitu di antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengah hari (waktu Malaysia) semalam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, setakat hari ini belum ada mana-mana laporan serpihan satelit itu dijumpai atau mengorbankan orang awam dan mengalami kerosakan harta benda.

Pada 21 September, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan NASA mengesan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) seberat enam tan yang berisiko untuk jatuh ke bumi dan diramalkan jatuh pada hari Jumaat lalu.

Tambah Mhd. Fairos, Malaysia antara negara yang terselamat daripada terkena serpihan itu kerana negara berada di laluan selamat.

Mengulas tentang orang ramai diingatkan tidak mengambil dan menyentuh objek pelik berhubung serpihan satelit, beliau memberitahu, serpihan tersebut dikhuatiri sangat panas disebabkan terbakar.

Selain itu, katanya, menurut Standard Operating Procedur, serpihan satelit itu mungkin mempunyai radiasi yang tidak dikenalpasti memandangkan sudah lebih 15 tahun di angkasa lepas.

Aku ada terjumpa satu video yang dikatakan ketika satelit itu jatuh. Tetapi tak pasti ia betul atau tidak. Kita saksikan :






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...