Wednesday, September 21, 2011

[LIVE Streaming] Japan Vs Malaysia (3rd Round Olympic 2012 Qualification) 21/9/2011, Tosu Stadium, Fukuoka,Japan


Malam ini, skuad Harimau Muda kita akan bertemu Jepun di Stadium Tosu Fukuoka Jepun. Penantian setelah hampir 3 bulan selepas pusingan kedua dahulu dan setelah mereka berkelana di Slovakia selama 1 bulan mengikuti 7 perlawanan persahabatan dan 2 di Malaysia. Mereka adalah pasukan harapan kita dan petang ini (7ptg) adalah waktunya. Mereka harus membuktikan sesuatu.

Fizikal bukan penghalang kejayaan (compare dengan pemain MFK Slovakia)

Cabaran Jepun di bawah kendalian Taka- shi Sekizuka pasti tidak dipandang mudah apabila dijangka menurunkan bintang muda Arsenal, Ryo Miyaichi bagi mengucar-ngacirkan benteng pertahanan negara.

Jepun turut diperkuatkan muka-muka lama yang membantu pasukan itu mendapat- kan pingat emas Sukan Asia tahun lalu seperti Kensuke Nagai, Hotaru Yamaguchi, Kazuya Yamamura, Daisuke Suzuki, Yusuke Higa, Takuya Masuda dan Shunsuke Ando.

Tak silap aku, akan ada live di Astro 801 dan RTM hari ini dan aku akan cuba bagi link untuk LIVE STREAMING game petang ini untuk yang mungkin hanya mampu menyaksikkannya melalui streming video. Bukan kemenangan yang nyata mahu di buktikan tetapi jika mereka berjaya mencuri 1 mata di Jepun, ia sudah membanggakan. Jadikan perlawanan ini sebagai pentas menempa kejayaan mendatang. Teruskan bersama AmzCampro ok?


Free desktop streaming application by Ustream
Lain-lain link yang ada :





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...