Wednesday, September 14, 2011

TNB Mahu Naikkan Tarif Elektrik Lagi Ke?


Bila aku baca isu dan aku dengan komen bos besar TNB ni semalam, aku terus terlintas, menipu betul dia ni masa ketika kita masih marahkan lagi kenaikkan harga tarif elektrik yang kononnya dikatakan tidak membebankan sebilangan besar rakyat tetapi hakikatnya tidak. Aku tahu, majoritinya akan sokong dengan aku dimana bil elektrik masing-masing majoritinya naik 2X ganda dari biasa, betul tak? So, kat mana kata tidak membebankan pengguna tu? Harga barangan juga turut meningkat tanpa disedari efek dari kenaikan tarif industri.

Kat situ kita sebenarnya sudah tertipu secara total dari pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai pembekal sumber elektrik dan tenaga negara. Senang jer aku, aku boleh cakap, mereka menipu sebenarnya dan yang terbaru ini, tak mustahil lah kita juga turut rasa bebannya. Ikuti petikan akhbar Harian Metro dibawah :

TENAGA Nasional Bhd (TNB) yang berdepan dengan isu kekurangan bekalan gas, perlu menanggung kos tambahan yang dianggarkan RM3 bilion bagi penjanaan tenaga tahun ini, selain usaha untuk meningkatkan pembiayaan bagi operasi sebagai langkah untuk mengekalkan kelangsungannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, sekiranya tiada penyelesaian segera ditemui bagi menangani krisis gas berkenaan, ia akan adalah tindakan pertama kali bagi syarikat untuk ke pasaran bagi mendapatkan wang untuk operasi.

Beliau berkata, sebelum ini, semua dana diperoleh adalah untuk perbelanjaan modal dan proses pengurangan gas oleh Petronas menyebabkan TNB perlu membeli bahan api yang disuling dengan kosnya lima kali lebih daripada gas bagi meneruskan penjanaan elektrik.

“Loji janakuasa dalam negara tidak dibina untuk menggunakan bahan disuling. Bagi menjana 1,000 MGW menggunakan bahan api alternatif, kami memerlukan belanja tambahan RM10 juta sehari dan sudah tiba masa negara menyemak semula dasar peruntukan gas,” katanya pada majlis rumah terbuka TNB di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, kekurangan gas lebih ketara tahun ini dan bagi seluruh 2011, kos tambahan bagi minimum penjanaan tenaga adalah kira-kira RM2.6 bilion.

Beliau berkata, bekalan gas akan mencukupi pada Julai tahun depan apabila terminal pengegasan semula Petronas bagi Gas Asli Cecair di Melaka siap. -Bernama

Amacam? Agak2 tak mustahilkan tarif kita mungkin berubah lagi? ataupun die cover dengan benda lain yang secara tidak langsung memberi kesan pada kita. Sejak dari dulu sampai sekarang, isu ini tidak pernah selesai, balik2 kos modal cari bahan mentah yang memang dah mahal. Tak faham jugak aku, keuntungan tetapp nak carik last2 kita jadi mangsa. Aku pernah ulas isu ini tentang sumber tenaga yang kita boleh gunakan yang tidak habis macam gas asli dan arang batu ni. (KLIK SINI).

Kita harap mereka yang kat atas sana memikir dengan bijak dan sedar akan tindakan merka ini sebenarnya meletakkan kerajaan sedia ada di ambang kejatuhan.




1 comment:

Anonymous said...

ada benarnya yang dikatakan oleh datuk ceo TNB itu,
dalam hal ini, kos operasi TNB meningkat kerana kekurangan gas yang dibekalkan oleh PETRONAS. Ini menyebabkan TNB terpaksa menjana elektrik menggunakan sumber alternatif yang lain seperti distillate (diesel), MFO (Medium fuel oil) yang kos nya tinggi seperti dalam statement beliau.
Apa yang nak ditekankan adalah tidak adil sekiranya TNB terpaksa menanggung kerugian ini sedangkan ia berpunca daripada PETRONAS yang tidak dapat membekalkan gas yang cukup. Disamping itu TNB juga terpaksa menangung beban pembelian eletrik daripada IPP. Dengan itu, mungkin sudah tiba masanya perjanjian PPA ini direview semula supaya ia tidak berat sebelah dan beban TNB ini dapat dikongsi bersama PETRONAS dan IPP.

secara kasarnya pada ketika ini. kos generate elektrik 35sen/kwj tapi jual 21.8sen/kwj. untung -13.2sen/kwj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...