Thursday, September 1, 2011

[Video] Ngeri Apabila Galah Lompat Bergalah Patah

Pernah anda tefikir tak galah untuk lompat bergalah terpatah ketika sukan berjalan? Galah yang direkacipta untuk sukan bergalah ini mempunyai ciri-ciri lenturan yang tinggi dan mampu menahan beban lenturan badan manusia. Bagi aku, aku tak pernah tengok live galah ini patah ketika acara sukan berlangsung tapi anda berpeluang menyaksikannya.

Dmitry Starodubtsev, peserta dari Rusia yang cuba melompat pada ketinggian 5.75 meters pada Isnin lalu di kejohanan IAAF World Championships di Korea Selatan adalah antara mangsa patahnya galah ini yang jarang kali kita saksikan. Kegagalan galah itu ketika tahap beban berada pada tahap tertinggi. Saksikan video di bawah :



Cuba anda bayangkan,jika galah yang patah itu betul-betul berada ketika beliau jatuh ke bawah? Dah tentu satu malapetaka berlaku dalam arena sukan antarabangsa. Tapi mujur, beliau hanya cedera ringan di bahagian tangan.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...