Sunday, September 18, 2011

Mudik : Upin Ipin Versi Indonesia

JARANG penerbit di Indonesia berani menerbitkan sebuah filem animasi terutamanya dalam bentuk tiga dimensi (3D). Bagi pelakon, Anjasmara, dia optimis untuk menghasilkan sebuah filem animasi 3D pada tahun hadapan.

"Insya- Allah pada tahun hadapan saya akan hasilkan sebuah filem kartun 3D. Soal ceritanya sudah ada tetapi pokoknya ia adalah sebuah filem animasi 3D," jelasnya.

Anjasmara yang ditemui media ketika pratonton filem Mudik baru-baru ini menjelaskan bahawa filem animasinya itu akan mirip siri animasi dari Malaysia yang berjudul Upin dan Ipin.

"Mungkin ia mirip Upin dan Ipin tetapi ia lebih baik. Semua tenaga kerjanya akan menggunakan kepakaran Indonesia," kata suami Dian Nitami itu.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...