Friday, March 13, 2009

Dr. Mohd Asri : Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.

Sumber : Minda Tajdid


Amz CamPro berkata :


Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Dr. Asri itu. Isu ini terlalu kecil untuk diperbesarkan tetapi kita risau yang kecil boleh menjadi besar. Saya setuju juga, JAKIM menggunakan ayat mengatakan Kerajaan Malaysia Mengharamkan Penggunaan Nama Allah pada agama lain bagi mengelakkan kekeliruan.

Bagi mengukuhkan lagi isu ini,JAKIM telah pun membincangkan hal ini pada majlis muzakarah tahun ke-82 nya iaitu pada 5-7 Mei 2008 dan telah memutuskan hal ini iaitu penggunaan Allah khusus untuk umat Islam sahaja. (rujuk web JAKIM dan PanglimaPerangCyber)

3 comments:

Anonymous said...

saya juga bersetuju dengan langkah kerajaan mengehadkan penggunaan nama Allah kepada org islam sahaja, dengan alasan mengelakkan kekeliruan. dan saya bersetuju dengan saudara, agar menyatakan bukan islam yang larang, tapi kerajaan yang larang demi sebab2 tertentu.

pada pandangan saya kebanyakan umat islam di negara ini sendiri masih kurang penghayatan islam itu. jadi apabila dicampur adukkan dgn agama lain, sudahnya umat islam negara ini akan lebih keliru. dan apabila mereka keliru, mereka hanya akan mengambil perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada diri mereka sahaja.
kalau tersalah ikutan, maka rosaklah akidah mereka.

wallahualam

Hanggokan said...

benar itu. ia terlalu di politikkan sedangkan ia boleh dijelaskan.
tapi kenapa masalah sosial masih membelenggu masyarakat kita? kahkahkah!

Amz CamPro said...

masyarakat kita terlalu ingin tahu...tu masalahnya..dah tahu rase seronok nak cube,dah cube jd ketagih..dah ketagih jd sesat..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...