NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 19 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2.
Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu.
"Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual.
"Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya.
Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik.
Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Sumber : KOSMO
AmzCamPro berkata :
Tahniah aku ucapkan kepada semua pelajar-pelajar yang telah berjaya mengambil keputusan SPM 2008 dengan memperolehi keputusan yang membanggakan. Di khabarkan keputusan SPM 2008 kali ini mencatatkan kenaikan keputusan yang membanggakan iaitu 10,080 daripada 442,936 pelajar mendapat 10A atau lebih dalam matapelajaran yang diambil. Antara pelajar terbaiknya adalah kisah petikan dari KOSMO diatas iaitu memperolehi 19A1 DAN 1A2
Banyak orang mengatakan proses dan hasil keputusan peperiksaan besar sejak kebelakangan ini (atau pun dah lame berlaku) adalah mengikut keadaan dan taraf pembelajaran sesuatu sesi itu. Di mana gred tahap pencapaian minimum (lulus) diubah-ubah mengikut kehendak statistik yang takut-takut lebih untuk kepentingan politik atau membuktikan kesahihan sesuatu projek yang dijalankan itu berjaya.
Contohnya,tahap lulus subjek Matematik untuk sesi ini adalah 15% maka tahap perolehan A1 sudah tentu lebih rendah dari kebiasaan (A1 biasanya 85% keatas sekurang-kurangnya). Maka dapat dilihat disini,pencapaian pelajar boleh berubah-ubah tahun demi tahun mengikut apa yang dikehendaki apabila gred standard sesuatu subjek boleh berubah-ubah. KUALITI sudah tentu akan hilang dek kerana mengejar agenda sendiri. Tak guna KUANTITI bertambah tapi KUALITI menjadi persoalan.
DIHARAPKAN IANYA TIDAK BERLAKU LAH YER? BUKAN NAK TUDUH-TUDUH TAPI INI BOLEH BERLAKU DAN MUNGKIN SUDAH BERLAKU APABILA CERITA-CERITA INI SENTIASA BERMAIN DI MINDA PENDIDIK.
P/S : Aku musykil kerana setiap kali ditemuramah dan minta tips dari pelajar-pelajar yang berjaya kebelakangan ini biasanya akan menjawab mereka terkejut dengan keputusan yang mereka dapat, belajar mengikut mood, tiada kelas tambahan dan sebagainya. Adakah rakyat kita semakin bijak? Kalau begitu baguslah...Jangan kerana nak PPSMI kata berjaya semua turunkan gred...Adus!
5 comments:
kahkahkah...
tapi ada rakan kita yang takde A tetiba dapat 5A lepas buat rayuan semak semula.
ini mmg cerita karut nan dongeng.
kahkahkah...
ia satu kisah dongeng yang akan menjadi lagenda.
hahaha...aku ingat sape dia...LK fail tetiba dpt A..mmeng kesah dongeng yg lbh dongeng dr segala yg dongeng...
Gua pun baru tahu kesah dogeng ini. Itu macam kisah pak pandir makan taik. :D
http://pkrpasdap.blogspot.com
kuantity- betulah dia dapat 20 A
dan kualiti ialah diri budak itu wp dari anak nelayan
dengar khabar, PAS kata budak itu berjaya sebab pemerintahan PAS...
Yang penting kualiti bukan kuantiti..
Tapi tentu semuanya nak bergelar juara....
Tahniah kepada semua...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Post a Comment