Thursday, March 5, 2009

RESOLUSI MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009


Aku baru sahaja selesai menjalankan tanggungjawab aku sebagai penyambut tetamu (usher)untuk program yang julung-julung kali diadakan di Kompleks Yayasan Pahang pada 3-5 Mac 2009. Walaupun bertindak sebagai usher sahaja tapi ia dah cukup untuk aku mengetahui apa yang akan, sedang dan bakal berlaku. Disini aku tulis semula RESOLUSI yang telah dicapai sepanjang MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009.

RESOLUSI MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009


Multaqa Institusi Tahfiz Kebangssan 2009 yang berlangsung pada 3 hinga 5 Mac 2009 bersamaan 6 hingga 8 Rabiulawal 1430 Hijriah di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang telah membentang,meneliti dan membincangkan kertas-kertas kerja yang disertai anggota-anggota persidangan dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Negara Brunei Darussalam; dengan ini secara sebulat suara merumuskan resolusi seperti berikut :


(1) Mengiktiraf wujudnya keperluan pengajian integratif di kalangan institusi tahfiz di seluruh negara.


(2)Mengemas kini sistem dan kurikulum yang diguna pakai di institusi tahfiz dengan membangunkan suatu sistem dan kurikulum kebangsaan yang bersepadu.


(3)Menstruktur program-program tahfiz dalam penawaran pelbagai displin.


(4)Memasukkan pengajian Tahfiz dalam arus perdana pendidikan negara, justeru kerajaan melalui :


  1. Kementerian Pendidikan Malaysia mendirikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tahfiz.

  2. MARA menubuhkan Maktab Rendah Sains Tahfiz MARA.

  3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mewujudkan pengajian tahfizdan qiraat diperingkat universiti. Memandangkan Darul Quran yang telah ditubuhkan sejak tahun 1966, maka disarankan kepada kerajaan supaya menaiktaraf Darul Quran sebagai sebuah Universiti Al-Quran.

(5)Menjalinkan hubungan secara efektif di antara institusi tahfiz dan qiraat dengan Institusi Pengajian Tinggi bagi memudahkan para pelajar melanjutkan pengajian mereka.

(6)Menyarankan agar program-program yang dijalankan di Maahad Tahfiz mendapatkan pengiktirafan MQA daripada Kementerian Pengajian Tingi dan keahliannya terdiri daripada pakar penilaian pengajian Tahfiz.


(7)Mencadangkan supaya ditubuhkan Majlis Institusi Tahfiz di peringkat negara sebagai badan yang menentukan dasar dan forum yang membincangkan pembangunan serta perkembangan institusi tahfiz.


(8)Mencadangkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mengadakan peruntukan dalam belanjawan pembangunan Islam untuk membangunkan institusi tahfiz awam dan swasta di negara ini.


(9)Mewujudkan jalinan dan memperkukuhkan kolobrasi dikalangan Majlis Agama Islam Negeri, Kementerian Pelajaran, Jabatan Agama Islam dan Institusi Pengajian Tinggi.


(10)mencadangkan agar institusi tahfiz mempunyai visi dan misi yang jelas menggunakan pelan tindakan strategik yang mantap dan menyeluruh serta mengamalkan kaedah tadbir urus yang baik khususnya dalam menguruskan pentadbiran dan kewangan.


(11)Menyediakan Indikator Prestasi Utama (IPU) untuk meningkatkan kecemerlangan tenaga pengajar institusi tahfiz.


(12)Mencadangkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dinaikkan taraf sebagai sebuah kolej dan mempunyai kurikulum yang mampu melahirkan huffaz profesional yang dapat memenuhi keperluan pembangunan negara.


(13)Mencadang untuk ditubuhkan sebuah organisasi bagi Alumni Tahfiz memandangkan telah ramai graduan tahfiz dan qiraat di seluruh negara.


(14)Meminta jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk menyampaikan resolusi Multaqa Institusi Tahfiz Kebangsaan 2009 ini kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI)


(15)Menyembahkan ucapan junjung kasih Kebawah Duli Yang teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang di atas keperihatinan baginda terhadap Institusi Tahfiz di negeri Pahang khususnya dan Malaysia umumnya.


(16)Menyampaikan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas keperihatinan serta sokongan beliau dalam memartabatkan institusi tahfiz di Pahang khususnya dan di Malaysia umumnya.


Bagi merealisasikan resolusi ini, Majlis Agama Islam Negeri di peringkat negeri, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pendidikan Islam (LEPAI) yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja dan JAKIM akan bertindak sebagai urusetia untuk melaksana dan memantau keberkesanan resolusi.

1 comment:

Hanggokan said...

WAH! ini sudah bagus!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...