Monday, March 16, 2009

Terbuka Switzerland : Menang Juga Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong

Lee Chong Wei mempamerkan aksi tenang, sabar tetapi bertenaga ketika menentang Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka Switzerland di Arena St. JacobShalle, Basel, semalam. Kali terakhir dia menewaskan Lin Dan ialah pada 15 September, 2007 di separuh akhir Terbuka Jepun. – AP


DATUK Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi kekalahannya kepada Lin Dan apabila menewaskan pemain China itu 21-16, 21-16 untuk menjuarai Terbuka Switzerland, semalam.

Kejayaan manis pemain nombor satu dunia itu bukan sahaja berjaya menebus kekalahannya kepada pemain nombor dua dunia itu pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008 malah Terbuka China 2008 dan Seluruh England 2009 minggu lalu. Turut muncul juara semalam adalah pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan beregu Denmark, Martias Boe-Carsten Mogensen 21-14, 21-18 untuk mengungguli acara beregu lelaki.

Amz Campro berkata:
Akhirnya menang juga Chong Wei dan beregu utama kita pada terbuka Switzerland semalam kan? Sebenarnya mereka boleh buat cuma mungkin nasib tak menyebelahi mereka. Tahniah kepada mereka. Aku rasa Chong Wei antara pemain no 1 dunia negara yang akan pegang rekod paling lama duduk no 1 dunia perseorangan. Harap-harap begitulah...Tahniah!

5 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Makluman : Semua blogger yang siar logo BPN diminta tanpa paksaan untuk memerika beberapa perkara di bawah ini :

- Logo mesti berada di bahagian atas blog
- List ahli Bpn tidak bercampur dengan bukan ahli dan sentiasa dikemaskini berdasarkan list bpn saya.
- Chatroll dipasang di blog
- Resolusi terkini mestilah disiarkan di blog masing masing.


Selain itu BPN juga berharap agar semua dapat mengaktifkan Yahoo Messenger masing masing dan telah pun add YM Panglima bagi urusan perang siber dan juga apa apa sebaran am BPN yang terkini.

Etika Blogger BPN akan dibuat atas permintaan sahabat BPN demi memastikan BPN terus gagah dan kukuh dari semasa ke semasa.

Kegagalan mematuhi Etika BPN akan menimbulkan masalah dan akan dikenakan tindakan sewajarnya seperti digantung atau dibuang keahlian.

Sebarang kekeliruan atau persoalan boleh dinyatakan kepada saya menerusi email atau YM.

Sekian,


Yang Benar,


Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Ahad 15 Mac 2009

Anonymous said...

menarik atas kejayaan dia ni..

ana rasa dia akan masuk Islam satu hari nanti.

hubungan dia amat rapat dengan misbun n family..

tak mustahil dia akan convert !

Anonymous said...

bagus dia kekalkan rentak tu..

kasi naik nama malaysia.

Hanggokan said...

Malaysia Boleh!
Malaysia Bolih! - ini ejaan klasik.

taipingmali said...

tahniah,,,,,,ada naik ada terjun kali naik naik balik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...