Wednesday, March 11, 2009

Pertemuan Pak Lah-Anwar : Hanya Yang Waras Mampu Menilai

Cukuplah 2 keping gambar sahaja aku sertakan dalam blog aku memandangkan dah ramai yang mula bercerita disebalik gambar kontroversi dan aku rasa antara yang paling hot setakat ini sebelum peralihan kuasa berlaku bulan Mac ini. Lebih hangat dari kisah kain terselak Pn. Eli . Untuk maklumat lanjut boleh klik pada link dibawah dan baca lah kat situ. Nak salin pun benda sama so ulasan lebih menarik :

Apa yang aku nak ulas kat sini adalah 3 watak utama yang wujud dalam gambar dan pertemuan yang dikatakan agak sulit itu adalah PAK LAH (Perdana Menteri Malaysia), ANWAR IBRAHIM(Ex-TPM dan Ketua Pembangkang Malaysia) dan yang paling menarik adalah SYEIKH MAHMUD AL-KEDAHI (yang telah difatwakan sebagai sesat). Apakah yang sedang berlaku sekarang? Pertemuan ini dikatakan berlaku sebelum pembentangan bajet mini oleh Najib.
Aku hanya dapat menyimpulkan disini dengan seribu satu persoalan untuk kita renungkan dan cuba menilai :
  1. Adakah pertemuan ini berkait rapat dengan khabar-khabar angin mengatakan ia berkaitan dengan proses mengekalkan jawatan PM olehPak Lah? Supaya Najib dan orang-orangnya akan rasa terancam?
  2. Ada yang mengatakan ia adalah pertemuan yang dirancang secara 'perangkap' oleh Anwar dengan menjemput Pak Lah tanpa diketahui agenda dan ahli jemputannya?
  3. Adakah ini satu permulaan dimana Pak Lah dan Anwar sudah berbaik dari istilah politik? Tapi apakah pula tujuan Syeikh Mahmud menjadi pengantaranya?
  4. Adakah ini salah satu cara halus yang dimainkan Anwar untuk meneruskan dakwah sesatnya dalam agenda agama terutama Islam kerana Syeikh Mahmud terlibat sama?
  5. Adakah ini salah satu cara psikologi oleh 2 orang yang berpengaruh ingin meneruskan agenda yang tidak diketahui rakyat dengan Syeikh Mahmud orang kuatnya?

Rakyat harus bijak menilai. Jangan mengikut emosi dan mementingkan kepentingan politik semata-mata. Agama, bangsa dan negara harus menjadi keutamaan. Renung-renungkanlah...

9 comments:

Hanggokan said...

kahkahkah...
knp bila aku lepak kedai jalan kopi bersama encik prit dan bob tidak pula dijadikan bahan?

Amz CamPro said...

hahaha...mereka tidak tahu bisanya sengatan en prit dan en bob..hahaha

Anonymous said...

hebat lah lu penulis blog. anwar jumpa paklah pun jadi isu besar. kunun nk ajak pak lah sesatkan umat melayu.

anwar jumpa saiful lagi lah tak kena. hehe.

anwar jumpa yusuf qardhawi apa cerita? sejak bila yusuf qardhawi jd ejen yahudi? hehe.

rekod altantuya hilang di imigresen apa cerita?

anak toyo guna duit balkis pergi disneyland tokyo apa cerita?

lembu-lembu khalid pun nk juga. hehe.

woit. altantuya ni sipa? ejen yahudi ka? hehe.

gua hadiahkanlu satu gelaran. pelampau blog. hehe.

hatiminda said...

bahasa badan anwar bahasa badan seorang yang PENIPU!!!!

Anonymous said...

Imam besar mazhab hadari jumpa Dato' Seri Mahamariaman St. Anvar Avraheem.

Amz CamPro said...

Eh...eh...ko ni...pengampu betul ek? klu ko percaya sgt altantuya terlibat,ape buktinya? smpai masa akan terbongkar juga...

hidup ko baca dan percaya jer ka? bacalah dulu..aku hanya bagi 5 persoalan,bukan fakta...

kalau nak kate orang korup so kena berubah,jgn senyap biar die buat kije..klu ko rase die tak buat kije,mohon SPA mintak kerja kat sana..

klu ko rase pemimpin2 tak kire krajaan atau pmbangkang tak bagus,join politik pegi bertanding...

tengok ok ke tak ok...

Anonymous said...

kau bagi ke soalan tu. ke copy dr blogger pembela bangsa? hehe

Unknown said...

Bismillahhirrahmanirrahim

Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud Al-Kedahi?

1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
Rujukan:
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
Ini disalin dari booklet bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS

Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
Wallahualam

"Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]

Unknown said...

5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
(Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

Booklet berkenaan bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
(Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
Cetakan Pertama - 2000
Cetakan Ketujuh - 2006

Aurad Ismailiah
(Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

Latar belakang
1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

Ciri- Ciri Kesalahan
1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...