Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan
BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.
BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.
BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.
BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.
BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.
BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...
DAULAT TUANKU !!!!
Yang benar :
Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara
Tambahan :
Resolusi 4 / 2009
Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia
Resolusi 4 / 2009
Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia
1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia
2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri
3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.
4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian
5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….
Yang benar,
Blogger Pembela Negara
Disedia oleh :
Panglima Perang Cyber
YDP BPN
Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm
3 comments:
alamak. kes fauzi musa apa cerita? cabar polis hadap ke mahkamah utk dedahkan pembelian adun perak oleh najib.
SPRM xmau siasat ke? lembu shj nk siasat?. SPRM khidmat utk negara ke utk najib ke utk BPN.
BPN ni apa? ada dijual dimana? jusco? berapa sekati?
kristian ini dahulu ajaran nabi isa. dlm kuran dipanggil nasrani. nabi isa menyembah Allah. nasrani menyembah allah.
sebab itu sampai sekarang kristian di arab dan indonesia menggunakan perkataan Allah.
Ini sejarah. sejarah tidak dpt dipadamkan oleh sesiapa.termasuk khir toyo.
kaw pun satu bangang la cici,skang ni depa ikut ajaran nabi isa ke..kalau betol mana dtg konsep trinity,nabi isa ada ajar ke..kalau ye pun membangkang jgn la sampai tahap "menghalalkan cara" utk kepentingan sendiri,isk!
~lalala~
bos aku cam sial la...jom sepak dia
Post a Comment