Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Get Hari Raya Graphics Here




Get Hari Raya Graphics Here




Get Hari Raya Graphics Here

Pengakuan Yang Membawa Bencana




Kata-kata yang menghiris kesucian Islam


Sesuatu yang luar biasa dan amat mengejutkan kita baru-baru ini telah berlaku. Bak kata pepatah,Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata celaka padahnya.

Berikut adalah antara kata-kata yang dikatakan oleh pemimpin atau manusia yang dikatakan baik dan mampu memberi keadilan kepada rakyat! Tapi keadilan pada diri sendiri pun tak dapat nak bagi so ape cerita?

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Aku tak sanggup nak cerita lebih panjang dan aku tahu semua orang tahu kes ini masih dalam siasatan dan dalam masa yang sama,bangsa Melayu terus diperbodohkan dan Islam terus dicemarkan oleh manusia yang memang jahil dan tidak berotak! mana PAS? Mana pemimpin-pemimpin dan ulamak yang dikagumi sehingga sanggup membiarkan kes begini terjadi? Hanya Allah sahaja yang tahu dan ia yang akan mengadilinya kelak.

p/s : Tergamak dia 'bergurau' kata zina itu sedekah? silap-silap zakat fitrah pun tak bayar lagi...

Thursday, September 25, 2008

Apakah Kesan 10sen?

Ini adalah Seposen

Berkuatkuasa hari ini,harga minyak turun RM0.10.Maksudnya seposen jelah.Hampeh tul.Ingat turun paling busuk pun 30sen?! Kat sini aku ingin menceritakan sedikit apakah kesan dari penurunan,kenaikan dan sebelum kesemua ini berlaku berkaitan dengan harga minyak yang memang dirunsingkan oleh rakyat jelata (kata Samy Vellu) termasuk aku.

Harga minyak sebelum kenaikan mendadak lagi GILA BABI dari orang yang GILA BABI adalah RM1.92. Wah,aku rindu saat itu tapi apakan daya,saat dan waktu itu sudah berlalu. Aku suka isi minyak 26 liter untuk 10hari pada jalan bandar atau istilah lainnya,jalan area town ngan rumah jelah sebab mudah kira.Dari kiraan untuk 26 liter,harga dulu dalam RM50. Saudara semua mesti ingat! kapasiti enjin yang aku gunakan adalah 1.6 CamPro (enjin Amz CamPro masih dalam pembikinan..hahaha)

Ini adalah Enjin CamPro (siap FuelMagna)

Setelah kenaikan sebanyak RM0.78 berlaku,ia ibarat tahi ayam yang jatuh ke muka dan hanya dibersihkan dengan menggunakan tisu bersaiz 1cm X 1cm. Bak kata adik aku,sakit gigi bila cabut macam kena besi buruk?? Argh! ape aku ngarut!? Aku ambil pengiraan mudah dan diringkaskan seperti dibawah :

Jarak diambil dari Kuantan ke Johor Bahru

Sebelum Kenaikan : RM50 = 26 liter = 300km
Selepas Kenaikan RM0.78 : RM70 = 26 liter = 350km (sebab aku guna fuel saver)

Selepas penurunan RM0.15 : RM66.30 = 26 liter = 350km (masih mengekalkan fuel saver)
Selepas penurunan RM0.10 : Rm63.70 = 26 liter = 350km (harap-haraplah)

So,penjimatan terbaru yang mampu terjadi hanya RM2.60! Tapi bila compare dengan zaman RM2.70/liter, dapat jimat RM6.30.

Dari penglihatan mata kasar dan hati ku yang halus ini,dapatlah aku simpulkan yang penurunan 10sen ibarat mencari 10sen dibawah pondok telefon yang dikais-kais sebab takde duit kecik untuk tukar tapi bila jumpa,dapat call orang tolong ambik sebab tertinggal bas...hahaha... Apa-apa pun,penggunaan fuel saver aku jauh lebih jimat dari penurunan 10sen...heheh

Jangan Lupa,rebat RM625 masih ada...Syukur...Syukur...Syukur
Bila kita bersyukur,nikmat akan bertambah dari-Nya

Wednesday, September 24, 2008

Skandal Susu Dari China-Produk Yang Perlu Dielakkan

Untuk makluman,barangan makanan seperti dibawah telah ditarik balik dari pasaran berikutan keracunan produk berasaskan susu yang boleh membawa maut :

1. M&M
2. Snickers
3. Mento's Yoghurt Bottle
4. Dove Chocolate
5. Oreo Wafer Sticks
6. Dutchlady Sterilised Milk
7. Wall's all natural mango
8. Mini Poppers Ice Cream
9. Magnum Ice Cream
10. Moo Sandwich Ice Cream
11. Mini Cornetto
12. Youcan Ice Cream

Di Singapura,ia semua dah di tarik balik. Di malaysia tak pasti tapi yang penting jangan makan dulu kalau was-was,kang tak raya plak...

Monday, September 22, 2008

Celaka Padahnya!

Klik pada gambar untuk gambar pada sudut lain

Kejadian ini dikatakan berlaku di PMU Bukit Keteri,Perlis. Inilah padahnya bila nak curi kabel. Giler ke hape mamat ni nak curi kabel bervoltan tinggi ni. Memang hangus terus lah. Kat dunia dah dapat balasan. Renung-renungkanlah...


Thursday, September 18, 2008

Ancaman dan Ugutan Anwar Seterusnya

TEPAT JAM 2:20PETANG TADI,TAMATLAH SUDAH SIDANG MEDIA YANG DI SIARKAN SECARA LANGSUNG DI LAMAN-LAMAN WEB RASMI PKR YANG MENDESAK PERDANA MENTERI MALAYSIA,DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI SUPAYA MENGADAKAN SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI SELASA 23 SEPTEMBER 2008 DI PARLIMEN. DIKATAKAN DESAKAN TERSEBUT DIBUAT BERDASARKAN PERATURAN 11(3) PARLIMEN.

ANTARA LAIN DESAKAN ITU PERLU BAGI MEMBAHASKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PENTADBIRAN PIMPINAN PAK LAH DAN SEKALIGUS MENGUMUKAN AHLI PARLIMEN (MP) BARISAN NASIONAL YANG AKAN MENGUMUMKAN LOMPAT PARTI SEKALIGUS MENDAPAT MAJORITI PENUBUHAN KERAJAAN BARU. SURAT TERSEBUT DIKATAKAN TELAH MENDAPAT PERSETUJUAN DAN TANDATANGAN DARI PRESIDEN PAS,PRESIDEN DAP DAN ANWAR SENDIRI.

DIFAHAMKAN 35 ORANG TELAH BERSETUJU DAN MINTA DIRAHSIAKAN NAMANYA SEHINGGA WAKTU SESUAI UNTUK DIUMUMKAN BAGI MENGELAKKAN KERAJAAN PIMPINAN PAK LAH MENGAMBIL TINDAKAN I.S.A KEPADA MEREKA YANG AKAN BERPALING TADAH. SURAT TELAH DISAMPAIKAN KEPADA PERDANA MENTERI.

Sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan yang terbaik dan bukan yang terburuk terjadi keatas negara ini. Kita juga berdoa semoga Allah SWT dapat memberi petunjuk dan hidayahNya kepada siapa yang benar dan siapa yang salah dan semuanya atas keredhaan dariNya

Amin Ya Rabbal-Alamin


Sumber : HarakahDaily ; AnwarIbrahimBlog

Mari Kita Renungkan dan Bersyukur

Petikan dari Harian Metro (16/9/2008)

Aku tersentak dan terkejut apabila terbaca dari artikel akhbar tempatan bertarikh 16 September 2008 (Selasa) berkenaan tentang 23 orang warga Indonesia maut berebut pemberian zakat dari seorang hartawan. Di negara kita,ia lebih dikenali dengan bakal penubuhan kerajaan baru. Zakat yang sedang diagihkan itu bernilai RM14.90 dan mereka sanggup mati kerana ingin mendapatkan wang zakat itu. Mereka terdiri daripada beribu-ribu fakir miskin yang datang kerumah hartawan berkenaan. Kita renungkan,disini pemberian zakat dikutip oleh jabatan agama dari setiap negeri dengan nilai mengikut hisab tertentu dan kemudian akan diagih-agihkan kepada mereka yang berhak mendapatkannya dengan penuh kemudahan dan keselesaan.

Kenapa terjadi begitu? Di Indonesia, rakyat beragama Islam lebih gemar mengeluarkan zakat dengan secara terus kepada fakir miskin bagi mengelakkan ia disalahgunakan oleh pegawai yang berkenaan kerana gejala rasuah sangat berleluasa di negara itu.

Entahlah,kekadang aku kasihan dan betul-betul tak faham dengan negara Indonesia ni. Mereka terkenal dengan negara Islamnya tapi masih mengamalkan perkahwinan campur. Hidup jauh lebih kebaratan dan sikap rakyatnya yang lebih sukakan keganasan. Adakah malapetaka yang diturunkan disana disebabkan amalan pemerintah dan cara hidup rakyatnya yang telah berpaling tadah pada ajaran sebenar? Hanya Allah sahaja yang tahu. Indonesia bukan satu contoh negara yang baik walaupun masih ada sebilangan ulamak yang masih kuat memperjuangkan agama Allah di sebalik kehidupan Islam semakin di anak tirikan.

Aku hairan,bila rakyat Indonesia membuat kecelakaan dinegara ini hingga mengorbankan nyawa dan keselamatan,kita hanya mendiamkan sahaja tetapi mereka disana sanggup membakar bendera kita dek kerana marahkan polis yang menahan seorang jurulatih silatnya.
Tontonilah Hentikan Ganyang Malaysia di YouTube dengan mengklik pada tajuk berkenaan.

Diharapkan rakyat kita dan orang yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal kebajikan seperti zakat dan sebagainya betul-betul sampai kepada orang yang memerlukan dan tidak menggunakan wang yang ada kejalan yang haram dan tidak diredhai Allah.

p/s : Dokumentari yang dihasilkan sendiri oleh kami.


Saturday, September 13, 2008

Dulu Lain Sekarang Lain dan Bila Dah Mula Sekali

BILA DAH MULA SEKALI,TIDAK MUSTAHIL PILIHANRAYA UMUM 4 ATAU 5 TAHUN SEKALI INI AKAN PUPUS.KERAJAAN AKAN SENTIASA BERTUKAR DENGAN PINTU BELAKANG SAHAJA.

Betul jugak,kenapa perlu ambil MP BN kalau dah hampeh sangat?

Jikalau Anwar berjaya menakluki Putrajaya pada 16 September dengan menggunakan back door adalah perkara yang memalukan bagi seorang yang memperjuangkan keadilan.

Sebagai negara yang demokrasi dan berparlimen yang menentukan kepimpinan negara melalui peti undi adakah adil menarik MP BN menyertai PR bagi membolehkan PR memerintah negara. Ia seumpama seperti rampasan kuasa kerana rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah negara walaupun kalah di buah negeri. Inikah keadilan ? Mengapa tidak mahu menunggu PRU13 ? Jawapanya mudah kerana PR sebuah pakatan yang rapuh dan takut pakatan ini akan lebur sebelum pilihanraya yang akan datang dan kegopohan, ketamakan dan kegilaan kuasa pemimpin PR.

Jangan menggunakan alasan negara akan hancur kalau BN memerintah negara kerana jika PR memerintah negara menggunakan taktik yang teramat kotor, negara akan dalam kucar kacir jikalau anwar tidak dapat menunaikan janji-janji manisnya terhadap rakyat ? Sudah tentunya rusuhan, tunjuk perasaan, ketegangan antara kaum, jenayah akan meningkat dan lain-lain perkara buruk mungkin berlaku.


Inikah yang kita mahukan. Tunggulah PRU13 jika Anwar betul-betul GENTLEMEN !!!! Aku percaya,Anwar akan memenangi PRU13 ini denga majoriti yang agak besar jika beliau lebih bersabar. Tapi,belum apa-apa dah megamalkan cara demokrasi songsangnya.Memang kerajaan sekarang haprak tapi guna jalan yang betul. Aku percaya,bila KERAJAAN PIMPINAN ANWAR NAIK KELAK,MEREKA SEMUA AKAN MENGGUNAKAN KUASA VETONYA JUGA UNTUK MEMPERTAHANKAN KERAJAAN DARI DIGUGURKAN OLEH RAKYAT-RAKYAT LAIN (tidak semua sokong pada kerajaan 'baru' ini).

Bak kata aku, HARAKAH AKAN MENJADI BERITA HARIAN,SUARA KEADILAN AKAN MENJADI UTUSAN MALAYSIA DAN TVPAS AKAN MENJADI TV3. SUARA MEDIA AKAN TETAP DIGUNAKAN SEBAGAI MEMPERTAHANKAN DIRI. Kira tukar nama jelah nanti. Sekarang pun dah tau kalau baca akhbar-akhbar mereka.

Jika I.S.A HENDAK DIHAPUSKAN,KERAJAAN 'BARU' INI KELAK AKAN TAHU BETAPA PENTINGNYA I.S.A TERUS DIKEKALKAN KERANA IA MEMBENDUNG ORANG-ORANG EKSTRIMIS DARI MEMBUAT BENDA SESUKA HATI. Nama pun Akta Keselamatan Dalam Negeri so kita kena jagalah orang-orang ekstrimis ni dari duk mengapi-api benda sensatif. I.S.A PERLU DIKEKALKAN cuma PENDEKATAN yang digunakan PERLU DIUBAH. Aku percaya,JIKA I.S.A DIHAPUSKAN ORANG-ORANG EKSTRIMIS 'PEMBANGKANG' YANG BARU AKAN BOLEH BERBUAT SESUKA HATI UNTUK MENJATUHKAN DAN MENGAIBKAN KERAJAAN 'BARU' INI. ITUPUN KALAU AMERIKA TAK CAMPUR TANGAN. Silap-silap,AKTA lain ditubuhkan tapi format asalnya macam I.S.A sebab nak cover orang ekstrimis yang membangkang kerajaan 'baru' ni.


Takpo lah,kita tunggu dan lihat jelah.uhuk...


Friday, September 12, 2008

Melayu Dari Perspektif Sebenar - Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim

Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim

“ Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara……….

Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latarbelakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain….” Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”

Sumber : AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER 2006) dari IsuHangat

Thursday, September 11, 2008

Pengalaman Lailatul-Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Bila Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bagi Teguran

Tan Sri Abdul Aziz Zainal,Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Bila terdengar dan terbaca berita dan kisah dari TV atau laman-laman lain berkenaan dengan teguran atau pandangan Jeneral ATM berkaitan isu semasa yang semakin meruncing sekarang. Aku betul-betul rasa ia agak serius dan perlu di ambil berat. Kenapa? Mereka tahu,siapakah musuh yang sebenar yang akan menggangu gugat negara jika ia tidak dibendung.

Perpaduan dan saling menghormati diantara kaum-kaum di Malaysia adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dikekalkan kerana jika ia runtuh,ia adalah musuh utama kita yang akan menggugat keamanan,kesejahteraan dan kestabilan negara.

Lebih kurang macam tulah kata-katanya. Ringkas tapi penuh bermakna dan patut kita renungkan. Tak taulah apa nak jadi sekarang ni. Aku percaya,ia tidak lari dari punca kepimpinan Pak Lah sendiri sejak menerajui kerajaan yang agak lembap serta tidak tegas dalam sesuatu perkara dan juga terlepasnya Anwar Ibrahim yang terkenal dengan ayat-ayat dan janji-janji manisnya yang majoritinya tak boleh dipakai dan dipercayai. Sejak dibebaskan racist semakin menjadi-jadi dengan api perkauman disemarakkan pada setiap bangsa dengan cerita yang lebih memberi kepentingan pada kaum-kaum tertentu. Kira sana cakap lain,sIni cakap lain.

Perkauman perlu dielakkan. Agama perlu saling dihormati dan bukan disama levelkan kerana mereka masing-masing mempunyai kepercayaanya sendiri terutama Islam. Tak perlu membangkit kisah-kisah lama yang hampir seabad telah berlalu.Hidup perlu diteruskan. Terima lah hakikat,bangsa Cina menguasai ekonomi negara. Melayu perlu lagi menguatkan keazaman dan semangat ingin maju bagi mendekatkan lagi jurang ekonomi sedia ada dan terima jugalah hakikat bahawa pemerintahan negara perlu berada ditangan Melayu. Indian perlu mengorak langkah bagi sama-sama menceburi semua bidang yang sentiasa terbuka untuk mereka. Dengan sikat give and take,bantu- membantu,tidak menoleh ke belakang lagi,aku percaya semuanya akan berjalan dengan lancar dan negara ini lebih berjaya dan membangun.

Yang penting sekarang,tampok pemerintahan iaitu orang Melayu sendirilah yang perlu bijak mengawal emosi dan mengurus takbir negara dengan lebih efisyen dan tegas.

Wednesday, September 10, 2008

BIDEN Issues Statement on the Arrest of Malaysian Leader Anwar Ibrahim

Biden and Israel: I am a Zionist. You do not have to be a Jew to be a Zionist!

July 17, 2008

Washington, DC - Chairman of the Senate Foreign Relations Committee Joseph R. Biden, Jr. (D-DE) issued the following statement today on the arrest of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim:

“I am shocked and disheartened by the arrest yesterday of Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia. This action appears to be motivated by political considerations: it comes less than a day after Mr. Anwar’s announcement of his intention to stand for election to Parliament, and three months after Mr. Anwar’s party made the strongest electoral showing by an opposition party in Malaysian history.

“The charges against Mr. Anwar closely mirror those levied against him in 1998: then, too, politically-motivated allegations were made against Mr. Anwar at the precise moment when he seemed poised to challenge a sitting Prime Minister. He spent six years in prison before a court finally overturned his conviction.

“A decade ago, the spectacle of Mr. Anwar’s mistreatment and imprisonment on transparently political grounds greatly discredited Malaysia in the eyes of the world community. The action tarnished the reputation of then-Prime Minister Mahathir Muhammad. I certainly hope that the current Prime Minister, Abdullah Badawi, does not repeat the mistakes of the past. I urge him to drop this political attack on a respected opposition figure, and commit himself to rule of law and good governance in Malaysia.”

Sumber Asal : JoeBiden (Senator US For Delware)
Sumber Kedua : Biden and Israel

Monday, September 8, 2008

Bila Dah Mula Sekali

BILA DAH MULA SEKALI,TIDAK MUSTAHIL PILIHANRAYA UMUM 4 ATAU 5 TAHUN SEKALI INI AKAN PUPUS.KERAJAAN AKAN SENTIASA BERTUKAR DENGAN PINTU BELAKANG SAHAJA.
Kabinet baru kerajaan 'baru' ni agaknya

Jikalau Anwar berjaya menakluki Putrajaya pada 16 September dengan menggunakan back door adalah perkara yang memalukan bagi seorang yang memperjuangkan keadilan.

Sebagai negara yang demokrasi dan berparlimen yang menentukan kepimpinan negara melalui peti undi adakah adil menarik MP BN menyertai PR bagi membolehkan PR memerintah negara. Ia seumpama seperti rampasan kuasa kerana rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah negara walaupun kalah di buah negeri. Inikah keadilan ? Mengapa tidak mahu menunggu PRU13 ? Jawapanya mudah kerana PR sebuah pakatan yang rapuh dan takut pakatan ini akan lebur sebelum pilihanraya yang akan datang dan kegopohan, ketamakan dan kegilaan kuasa pemimpin PR.

Jangan menggunakan alasan negara akan hancur kalau BN memerintah negara kerana jika PR memerintah negara menggunakan taktik yang teramat kotor, negara akan dalam kucar kacir jikalau anwar tidak dapat menunaikan janji-janji manisnya terhadap rakyat ? Sudah tentunya rusuhan, tunjuk perasaan, ketegangan antara kaum, jenayah akan meningkat dan lain-lain perkara buruk mungkin berlaku.


Inikah yang kita mahukan. Tunggulah PRU13 jika Anwar betul-betul GENTLEMEN !!!! Aku percaya,Anwar akan memenangi PRU13 ini denga majoriti yang agak besar jika beliau lebih bersabar. Tapi,belum apa-apa dah megamalkan cara demokrasi songsangnya.Memang kerajaan sekarang haprak tapi guna jalan yang betul. Aku percaya,bila KERAJAAN PIMPINAN ANWAR NAIK KELAK,MEREKA SEMUA AKAN MENGGUNAKAN KUASA VITONYA JUGA UNTUK MEMPERTAHANKAN KERAJAAN DARI DIGUGURKAN OLEH RAKYAT-RAKYAT LAIN (tidak semua sokong pada kerajaan 'baru' ini).

BAK KATA AKU, HARAKAH AKAN MENJADI BERITA HARIAN,SUARA KEADILAN AKAN MENJADI UTUSAN MALAYSIA DAN TVPAS AKAN MENJADI TV3. SUARA MEDIA AKAN TETAP DIGUNAKAN SEBAGAI MEMPERTAHANKAN DIRI. Kira tukar nama jelah nanti.

JIKA I.S.A HENDAK DIHAPUSKAN,KERAJAAN 'BARU' INI KELAK AKAN TAHU BETAPA PENTINGNYA I.S.A TERUS DIKEKALKAN KERANA IA MEMBENDUNG ORANG-ORANG EKSTRIMIS DARI MEMBUAT BENDA SESUKA HATI. I.S.A PERLU DIKEKALKAN CUMA PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN PERLU DIUBAH. AKU PERCAYA,JIKA I.S.A DIHAPUSKAN DAN AKTA LAIN DINAIKKAN (WALHAL POINT NYA SAMA JE) ORANG-ORANG EKSTRIMIS 'PEMBANGKANG' YANG BARU AKAN BOLEH BERBUAT SESUKA HATI UNTUK MENJATUH DAN MENGAIBKAN KERAJAAN 'BARU' INI. ITUPUN KALAU AMERIKA TAK CAMPUR TANGAN.

Takpo lah,kita tunggu dan lihat jelah.uhuk...

Sunday, September 7, 2008

Ada Yang Tak Kena Antara PKR & Ramlang Porigi

Berikut adalah laporan akhbar di dalam MalaysiaKini 5 Sept :

Pegawai timbalan perdana menteri hari ini menafikan mengarahkan Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan, mengatur majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 15 Ogos lepas.

Prof Madya Khairil Annas Jusoh berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang, ketika membuat penjelasan di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".

Menurut agensi berita itu lagi, beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali Ramlang dan "tidak pernah pada bila-bila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."

"Oleh itu, tuduhan Ramlang yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," kata Khairil Annas.

Beliau dilaporkan menambah, pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.

Berikut pula adalah temuramah Suara Keadilan on-line bersama Ramlang Porigi pada 25hb Ogos 2008. Di antaranya :-

SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?

RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.

SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?

RP- Tidak ada.

Penulis dapati sebenarnya, intipati perbualan Ramlang dengan pegawai khas itu sangat ringkas dan Ramlang sebenarnya tidak ditekan atau dipaksa kerana Ramlang boleh pula berdolak dalih dengan berkata "...dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful."

Dan semua tahu, jika seseorang itu diarahkan atau dipaksa, seseorang itu terpaksa mengikut perintah tanpa melawan atau pun bergantung kepada kelapangan orang itu.

Tetapi Ramlang jelas mengatakan yang sebaliknya dan boleh pula "....kalau sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful" !

Makanya, masih bolehkah kita menerima alasan beliau itu atau pun beliau sebenarnya telah diperalatkan oleh parti Keadilan ?

Dan amat menyedihkan apabila Ramlang Porigi membuat penilaian yang terburu-buru dan cetek hanya berdasarkan sebuah foto di dalam internet. Padahal, sebagai seorang yang berkedudukan tinggi, beliau sepatutnya mendapatkan gambaran yang jelas dan tidak berat sebelah sebelum menuduh sesiapa.

Sekarang, Prof. Madya Khairil Annas telah menafikan dakwaan Ramlang Porigi dan Khairil mempunyai ALIBI kukuh (berada di Pulau Pinang bersama keluarga dan kawan-kawa beliau).

Apakah tindakan Ramlang Porigi selepas ini? Bersembunyi sekali lagi? Atau mahu membuat surat akuan sumpah (statutory declaration) seperti Petra dan Dr Osman?

Jika ya, apakah Ramlang sudah lupa bahawa sumpah di atas nama Allah swt adalah yang terbaik dan sepatutnya di terimapakai serta didokong penuh oleh orang berpendidikan agama seperti beliau sendiri?

sumber : novandri.blogspot.com

Saturday, September 6, 2008

Kalaulah Macam Ni Buka Puasa?!


Janganlah kita berbuka puasa sampai tak ingat dunia seperti diatas! heheheh...Bukan setakat nak sembahyang maghrib dengan terawih dah tak larat,ni tak bangun terus pun masuk akal..hahaha...Ikutilah adab-adab berbuka dan sunnah Rasullullah S.A.W


Kenyataan Akhbar Dan Akuan Bersumpah Dr. Osman

Di bawah adalah kenyataan akhbar Dr Osman yang dibacanya pagi tadi (terjemahan)

Kenapa aku? Cek pun saloh,tak cek pun saloh? uhuk


"Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.


Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di laman web Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.

Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.

Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.

Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit"

Sumber : Tranungkite

Friday, September 5, 2008

Bilakah Pula DAP Nak Minta Maaf?

Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh

Bilakah DAP pula nak minta maaf?


Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tulisan jawi. Selepas itu, bila menang lima buah negeri dalam PRU12 dan projek RM100 juta diluluskan, dia memanggang pula lima ekor MR B. Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?

Teresa menunjuk nunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh


Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar laungan azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Siapa yang ganggu ketenteraman siapa sebenarnya?



Pada 15 Julai 2007, Namewee telah menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube. “Kritikan berhubung nyanyian Negaraku oleh Wee Meng Chee di Internet menggambarkan hipokrasi pimpinan BN. Dengan mengambil sikap jumud, ia akan mengekang kreativiti rakyat. Ruang mesti diberikan untuk rakyat bersikap kreatif dan bebas bersuara.” komen Anwar Ibrahim berhubung isu Namewee dalam blognya. Bersifat kreatif kah kita jika membuat lagu menghina azan?

Berdasarkan komen Anwar dalam blognya terhadap Namewee, apakah Ketua Pembangkang sendiri memberi green light untuk orang lain membuat sesuka hati terhadap bangsanya sendiri? Siapa yang hipokrasi? Tanpa sebarang rasa bersalah, mereka enggan pun memohon maaf malah meminta orang lain pula memohon maaf.



Jangan hairan, jika ada orang Melayu yang malu mengaku dia Melayu lagi. Mereka rela membiarkan DAP bersikap sedemikian tanpa berasa bersalah pun. DAP yang berulang kali menolak dasar negara Islam, tidak pernah pun minta maaf pada rakan kongsinya iaitu PAS. Sepatutnya orang PAS desak DAP minta maaf terlebih dahulu. Barulah boleh berpakat buat kerajaan baru. Atau Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang minta maaf bagi pihak DAP.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


Sumber :
anginperubahan.blogspot.com


Thursday, September 4, 2008

Proton MPV

Macam-macam bentuk dan rupa aku dapat tengok dan hayati untuk model terbaru proton versi MPV ni. Sekarang ni,ramai yang berminat dan beralih kepada kenderaan jenis MPV ni atas faktor-faktor keselesaan bagi keluarga yang besar dan bentuknya yang nampak lebih garang dan elegant. Kiranya seolah-seolah pakai kereta tapi dengan muatan seolah-olah van. Berikut adalah serba sedikit gambaran orang ramai,spy camera dan macam-macam lagi gosip orang tentang rekabentuk MPV keluaran Proton yang akan menjengah industri pemotoran MPV.

Ini antara bentuk terbaru yang dilihat sedang diuji pandu di jalan raya (klik pada gambar untuk gambar pada pandangan lain)



Ini pula antara latest design yang dikatakan bakal dipasarkan (klik pada gambar untuk gambar pada pandangan lain)



Ini pula adalah sketch atau ilustrasi rekabentuk MPV yang pernah dikeluarkan di berita TV3 (klik pada gambar untuk gambar pada pandangan lain)


Tengok pada bentuk-bentuk yang ada,kira boleh tahan lah design MPV Proton ni. Harga pula dikatakan ditawarkan antara RM70000-RM90000 mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan bakal dipasarkan pada akhir tahun ini atau awal tahun 2009. Sama-sama kita nantikan.




Wednesday, September 3, 2008

Sedikit Kisah Anwar Dan Rekod Lamanya

Kenangan Anwar disamping 'orang kuatnya' dahulu

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ada dalam kerajaan dulu mungkin lain ceritanya. Penasihat PKR ini berbelas tahun dalam kerajaan dan pernah pegang jawatan Menteri Kewangan manakala kemuncaknya Timbalan Perdana Menteri.Jangan lupa beliau juga lama dilihat sebagai blue eye boy kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum berlaku apa yang sudah jadi cacatan sejarah.Malah sebelum 1998 pada waktu puncaknya apa pandangan ‘ Pak Sheikh’ lebih digeruni dari bayang Dr Mahathir sendiri. Bukan saja Pak Sheikh tetapi waktu itu orang-orang kanan bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga ‘sama naik dan sama hebat ’ digeruni oleh kawan dan lawan sertai ingin didekati sesiapa saja yang mengintai peluang-peluang ekonomi yang ada.

Seorang pemimpin UMNO yang pernah rapat dengannya waktu itu kata semua sejarah itu masih segar dalam ingatannya. Beliau secara sinis beritahu Agendadaily mungkin Lim Kit Siang dan Datuk Seri Haji Hadi Awang akan tersenyum diam-diam dalam hati mengenang kata-kata dan janji Anwar menjelang 16 September yang semakin hampir.


“You ingat dak waktu tu pernah tidak Anwar ada sebut pasal perlunya cuti umum pada 16 September sebagai tanda hari kebesaran kemasukan Sabah dan Sawarak ke dalam Malaysia.


“Ada tidak waktu dipuncak kuasa tu Pak Sheikh pernah sedetikpun sebut atau desak seorang peribumi Iban harus jadi Ketua Menteri Sarawak dan begitu juga Dusun di Sabah.


“Pasal ISA…pasal tender terbuka..pasal nak habus DEB…pasal nak turun cukai pendapatan dan lain-lain janji manis yang begitu manis disebutnya sekarang.Rasa macam tak pernah dengar,”katanya.

Beliau lantas bertanya,“You pernah dengar Lim Kit Siang ada puji belanjawan yang dibentangkan oleh Anwar semasa beliau jadi Menteri Kewangan dulu?”


Katanya senario politik boleh berubah tetapi sejarah tetap sejarah.


“Sekarang tak perintah dia boleh janji bulan dan bintang.Tengok sudah kerajaan PKR Selangor nak tunai janji air percuma pun terhegeh-hegeh sampai jadi kontroversi baru nak buat.Dah tu banyak lagi janji pilihanraya yang belum tertunai.Cakap bolehlah…

“Anwar kata bajet yang dibentang oleh Pak Lah adalah gula-gula…jadi jangan harian menjelang 16 September ni you akan dengar macam-macam lagi gula-gula yang hendak dijualnya,”ujarnya.

Selasa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengadakan sidang akhbar di ibupejabat PKR mengumumkan beliau akan bentang bajet baru yang mengandongi tawaran-tawaran yang indah belaka bila melangkah masuk ke Putrajaya nanti. Untuk menolak keraguan tentang dakwaanya mampu ambilalihkuasa menerusi ‘ pintu belakang’ itu Anwar dengan penuh yakin kata kepada para wartawan ,

" Persoalannya ialah bukan ' jika'… tetapi ' bila '."
Tumpuan kepada bajet ' kerajaannya' kelak ialah mengurangkan defisit, turun cukai pendapatan dan koprat serta memenuhi janji pilihanrayanya mengurangkan harga minyak. 'Falsafah ekonomi saya sentiasa "tiada cukai, tingkatkan produktiviti', saya tidak pernah mengubah pendirian itu. Kurangkan cukai, produktiviti yang lebih baik dan lebih tinggi," katanya.

Kata Anwar lagi sistem tender terbuka juga akan dijadikan teras pentabirannya. Beliau memperlekehkan bajet yang bentang oleh Perdana Menteri baru ini sebagai bajet orang yang dah merasai hari-harinya semakin hampir tamat. Ini bila beliau mendakwa bajet itu melibatkan langkah berbelanja secara tidak bertanggungjawab dan tidak menghiraukan beban yang akan ditanggung oleh generasi akan datang. Cadangan bajet ‘ kerajaannya’ itu dibentangkan dalam sidang akhbar itu dua hari selepas beliau mencadangkan cuti umum pada 16 September di lima negeri diterajui oleh barisan pembangkang sebagai menghargai Sabah dan Sawarak. Kerajaan Pulau Pinang dan Kelantan telah menerima cadangan berkenaan.


Beberapa pihak termasuk Cuepacs telah mempertikaikan cadangan tersebut kerana merasakan sudah terlalu banyak cuti umum lagipun ia terlalu rapat dengan 31 Ogos. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulas hal itu Selasa berkata kerajaan pusat tidak setuju dengan cadangan cuti umum 16 kerana sebagai sebuah negara patut ada satu sahaja hari kemerdekaan saja.


"Jadi memberi (cuti) hari yang lain boleh memberi macam-macam intepretasi, polimik dan juga tidak sihat dari segi perpaduan nasional.
Ini pendirian kita, kita pentingkan perpaduan dan integrasi nasional," katanya.

Sesetengah pemerhati politik menilai cadangan Anwar mengenai cuti umum itu tidak lebih dari usaha ‘ main perasaan dan sentimen ’ orang Sabah dan Sarawak. Ini mengenangkan beliau habis-habisan hendak memancing 24 kerusi Ahli Parlimen BN Sabah dan 30 di Sawarak.
Semua orang tahu tumpuan utamanya ialah memancing mereka untuk mendapat angka 30 kerusi lagi yang diperlukan oleh barisan pembangkang untuk ke Putrajaya. “Jadi apa saja yang boleh memikat mereka termasuk tawar jawatan Ketua Menteri kepada orang Iban pun akan ditaburnya... asalkan dia dapat berkuasa,” kata salah seorang pemerhati.

Sumber : AgendaDaily

Tuesday, September 2, 2008

Doa Berbuka Puasa dan Adab-Adab Ketika Berbuka

DOA BERBUKA PUASA



“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”



ADAB-ADAB KETIKA BERBUKA PUASA


1) Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.

2) Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering

3) Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib.

4) Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.

5) Berdoa ketika berbuka

-Amin-

Monday, September 1, 2008

Rukun Berpuasa di Bulan Ramadhan

Rukun puasa ada dua iaitu;

a) Niat

b) Menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa



Sedikit Huraian Tentang Niat


Para ulama’ mazhab Syafi’ie menggariskan 3 syarat yang perlu dipenuhi agar sahnya niat bagi puasa Ramadhan (dan juga puasa-puasa wajib yang lain iaitu puasa nazar dan kifarat). Tiga syarat tersebut ialah;

a) Dilakukan niat pada malam hari sebelum terbit fajar (yang menandakan masuk waktu subuh). Jika dilakukan selepas terbitnya fajar, maka batallah niat itu dan dengan itu tidak sah pula puasa.

b) Hendaklah dita’yinkan (ditentukan jenis puasa) iaitu diqasadkan dalam hati bahawa puasa yang hendak dikerjakan besoknya adalah puasa Ramadhan (atau puasa nazar atau puasa kifarah). Jika diqasadkan semata-mata puasa (tanpa penentuan puasa Ramadhan atau sebagainya itu) maka tidak sah niat puasa itu.

c) Diulang-ulangkan niat pada setiap malam. Hendaklah niat dilakukan pada setiap malam. Tidak memadai –dalam mazhab Syafi’ie- niat dilakukan sekali sahaja bagi keseluruhan bulan Ramadhan. Ini kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadat yang satu tetapi ibadat yang berulang-ulang pada setipa hari, maka kerana itu wajib diniatkan berasingan bagi setiap hari di dalam bulan Ramadhan itu.

Melafazkan niat dengan lidah

Tempat niat adalah dalam hati. Jadi melafazkan niat dengan lidah tidaklah menjadi syarat sahnya niat. Di sisi ulama’ mazhab Syafi’ie melafazkan niat dengan lidah itu hukumnya sunat kerana ia membantu menghadirkan niat di dalam hati. Lafaz niat puasa Ramadhan yang sempurna ialah;



نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَاْنَ هَذِهِ السَّنَةِ لَلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...