Tuesday, September 2, 2008

Doa Berbuka Puasa dan Adab-Adab Ketika Berbuka

DOA BERBUKA PUASA



“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”



ADAB-ADAB KETIKA BERBUKA PUASA


1) Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.

2) Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering

3) Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib.

4) Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.

5) Berdoa ketika berbuka

-Amin-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...