Sunday, September 7, 2008

Ada Yang Tak Kena Antara PKR & Ramlang Porigi

Berikut adalah laporan akhbar di dalam MalaysiaKini 5 Sept :

Pegawai timbalan perdana menteri hari ini menafikan mengarahkan Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan, mengatur majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 15 Ogos lepas.

Prof Madya Khairil Annas Jusoh berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang, ketika membuat penjelasan di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".

Menurut agensi berita itu lagi, beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali Ramlang dan "tidak pernah pada bila-bila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."

"Oleh itu, tuduhan Ramlang yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," kata Khairil Annas.

Beliau dilaporkan menambah, pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.

Berikut pula adalah temuramah Suara Keadilan on-line bersama Ramlang Porigi pada 25hb Ogos 2008. Di antaranya :-

SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?

RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.

SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?

RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.

SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?

RP- Tidak ada.

Penulis dapati sebenarnya, intipati perbualan Ramlang dengan pegawai khas itu sangat ringkas dan Ramlang sebenarnya tidak ditekan atau dipaksa kerana Ramlang boleh pula berdolak dalih dengan berkata "...dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful."

Dan semua tahu, jika seseorang itu diarahkan atau dipaksa, seseorang itu terpaksa mengikut perintah tanpa melawan atau pun bergantung kepada kelapangan orang itu.

Tetapi Ramlang jelas mengatakan yang sebaliknya dan boleh pula "....kalau sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful" !

Makanya, masih bolehkah kita menerima alasan beliau itu atau pun beliau sebenarnya telah diperalatkan oleh parti Keadilan ?

Dan amat menyedihkan apabila Ramlang Porigi membuat penilaian yang terburu-buru dan cetek hanya berdasarkan sebuah foto di dalam internet. Padahal, sebagai seorang yang berkedudukan tinggi, beliau sepatutnya mendapatkan gambaran yang jelas dan tidak berat sebelah sebelum menuduh sesiapa.

Sekarang, Prof. Madya Khairil Annas telah menafikan dakwaan Ramlang Porigi dan Khairil mempunyai ALIBI kukuh (berada di Pulau Pinang bersama keluarga dan kawan-kawa beliau).

Apakah tindakan Ramlang Porigi selepas ini? Bersembunyi sekali lagi? Atau mahu membuat surat akuan sumpah (statutory declaration) seperti Petra dan Dr Osman?

Jika ya, apakah Ramlang sudah lupa bahawa sumpah di atas nama Allah swt adalah yang terbaik dan sepatutnya di terimapakai serta didokong penuh oleh orang berpendidikan agama seperti beliau sendiri?

sumber : novandri.blogspot.com

3 comments:

Farid Abu Talib said...

woit, betul ka? kahkahkah woit, cerita dr osman mengatakan yg saiful tidak diliwat oleh anwar ade tak si kharil anas ni jawab?.kahkahkah apsal ahli parlimen BN semua mau lari keluar negara menjelang 16 sept ni.mahu buat lawatan sambil belajar? kahkahkah chutia punya cerita mcm budak sekolah alor akar mau pergi tasik kenyir.kahkahkah.berapa duit kita kene songlap bayar minyak kapal terbang da..... apa punya turrrr...

Hanggokan said...

nasib baik bkn imam masjid kuantan.
nak terawih pon kena dgn imam buleh dipercayai...kalau tak yakin,baik kita terawih sendri2! hehehe...lepak alif lepas terawih jom!

Amz CamPro said...

bereh...keta siap dok? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...