Monday, September 8, 2008

Bila Dah Mula Sekali

BILA DAH MULA SEKALI,TIDAK MUSTAHIL PILIHANRAYA UMUM 4 ATAU 5 TAHUN SEKALI INI AKAN PUPUS.KERAJAAN AKAN SENTIASA BERTUKAR DENGAN PINTU BELAKANG SAHAJA.
Kabinet baru kerajaan 'baru' ni agaknya

Jikalau Anwar berjaya menakluki Putrajaya pada 16 September dengan menggunakan back door adalah perkara yang memalukan bagi seorang yang memperjuangkan keadilan.

Sebagai negara yang demokrasi dan berparlimen yang menentukan kepimpinan negara melalui peti undi adakah adil menarik MP BN menyertai PR bagi membolehkan PR memerintah negara. Ia seumpama seperti rampasan kuasa kerana rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah negara walaupun kalah di buah negeri. Inikah keadilan ? Mengapa tidak mahu menunggu PRU13 ? Jawapanya mudah kerana PR sebuah pakatan yang rapuh dan takut pakatan ini akan lebur sebelum pilihanraya yang akan datang dan kegopohan, ketamakan dan kegilaan kuasa pemimpin PR.

Jangan menggunakan alasan negara akan hancur kalau BN memerintah negara kerana jika PR memerintah negara menggunakan taktik yang teramat kotor, negara akan dalam kucar kacir jikalau anwar tidak dapat menunaikan janji-janji manisnya terhadap rakyat ? Sudah tentunya rusuhan, tunjuk perasaan, ketegangan antara kaum, jenayah akan meningkat dan lain-lain perkara buruk mungkin berlaku.


Inikah yang kita mahukan. Tunggulah PRU13 jika Anwar betul-betul GENTLEMEN !!!! Aku percaya,Anwar akan memenangi PRU13 ini denga majoriti yang agak besar jika beliau lebih bersabar. Tapi,belum apa-apa dah megamalkan cara demokrasi songsangnya.Memang kerajaan sekarang haprak tapi guna jalan yang betul. Aku percaya,bila KERAJAAN PIMPINAN ANWAR NAIK KELAK,MEREKA SEMUA AKAN MENGGUNAKAN KUASA VITONYA JUGA UNTUK MEMPERTAHANKAN KERAJAAN DARI DIGUGURKAN OLEH RAKYAT-RAKYAT LAIN (tidak semua sokong pada kerajaan 'baru' ini).

BAK KATA AKU, HARAKAH AKAN MENJADI BERITA HARIAN,SUARA KEADILAN AKAN MENJADI UTUSAN MALAYSIA DAN TVPAS AKAN MENJADI TV3. SUARA MEDIA AKAN TETAP DIGUNAKAN SEBAGAI MEMPERTAHANKAN DIRI. Kira tukar nama jelah nanti.

JIKA I.S.A HENDAK DIHAPUSKAN,KERAJAAN 'BARU' INI KELAK AKAN TAHU BETAPA PENTINGNYA I.S.A TERUS DIKEKALKAN KERANA IA MEMBENDUNG ORANG-ORANG EKSTRIMIS DARI MEMBUAT BENDA SESUKA HATI. I.S.A PERLU DIKEKALKAN CUMA PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN PERLU DIUBAH. AKU PERCAYA,JIKA I.S.A DIHAPUSKAN DAN AKTA LAIN DINAIKKAN (WALHAL POINT NYA SAMA JE) ORANG-ORANG EKSTRIMIS 'PEMBANGKANG' YANG BARU AKAN BOLEH BERBUAT SESUKA HATI UNTUK MENJATUH DAN MENGAIBKAN KERAJAAN 'BARU' INI. ITUPUN KALAU AMERIKA TAK CAMPUR TANGAN.

Takpo lah,kita tunggu dan lihat jelah.uhuk...

3 comments:

Farid Abu Talib said...

kahkahkah.lucu sekali dong. memang tidak demokratik. apa la anwar gila mau jd PM. PM bukan ada jawatan kosong.

Farid Abu Talib said...

woit. kau tau tak. walaupun dia belajar sastera tp dia lebih bijak dr saberi cheek. kahkahkah. dia ni lebih agresif dr dolah. lebih berani dr najib. kahkahkah. tahun 1994 pernah dinobatkan sebagai antara 4 menteri kewangan terbaik dunia. bukan anugerah dari berita harian tp majalah cuope de monde.kahkahkah

Hanggokan said...

jawatan kosong? aku tade keje lagik nih...jadik PM ok gak. sape nak interview aku? huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...