Thursday, September 18, 2008

Ancaman dan Ugutan Anwar Seterusnya

TEPAT JAM 2:20PETANG TADI,TAMATLAH SUDAH SIDANG MEDIA YANG DI SIARKAN SECARA LANGSUNG DI LAMAN-LAMAN WEB RASMI PKR YANG MENDESAK PERDANA MENTERI MALAYSIA,DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI SUPAYA MENGADAKAN SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI SELASA 23 SEPTEMBER 2008 DI PARLIMEN. DIKATAKAN DESAKAN TERSEBUT DIBUAT BERDASARKAN PERATURAN 11(3) PARLIMEN.

ANTARA LAIN DESAKAN ITU PERLU BAGI MEMBAHASKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PENTADBIRAN PIMPINAN PAK LAH DAN SEKALIGUS MENGUMUKAN AHLI PARLIMEN (MP) BARISAN NASIONAL YANG AKAN MENGUMUMKAN LOMPAT PARTI SEKALIGUS MENDAPAT MAJORITI PENUBUHAN KERAJAAN BARU. SURAT TERSEBUT DIKATAKAN TELAH MENDAPAT PERSETUJUAN DAN TANDATANGAN DARI PRESIDEN PAS,PRESIDEN DAP DAN ANWAR SENDIRI.

DIFAHAMKAN 35 ORANG TELAH BERSETUJU DAN MINTA DIRAHSIAKAN NAMANYA SEHINGGA WAKTU SESUAI UNTUK DIUMUMKAN BAGI MENGELAKKAN KERAJAAN PIMPINAN PAK LAH MENGAMBIL TINDAKAN I.S.A KEPADA MEREKA YANG AKAN BERPALING TADAH. SURAT TELAH DISAMPAIKAN KEPADA PERDANA MENTERI.

Sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan yang terbaik dan bukan yang terburuk terjadi keatas negara ini. Kita juga berdoa semoga Allah SWT dapat memberi petunjuk dan hidayahNya kepada siapa yang benar dan siapa yang salah dan semuanya atas keredhaan dariNya

Amin Ya Rabbal-Alamin


Sumber : HarakahDaily ; AnwarIbrahimBlog

2 comments:

Farid Abu Talib said...

alamak. anak pak berahim ni buta onar lagik la. woit anak pak berahim yang nak kacau dolah tidur tu apahal. dah takde kerje ke? kau kan ahli parlimen. banyak org mintak biasiswa ni tak dapat lgk. tolong la. jgn la kacau kerajaan unggul di bawah islam hadhari. tak tau ke ekonomi kita tengah mantap. rasuah paras yang terendah. dan negara kita negara islam model senatero dunia. kau nk masuk ISA ke? ke nak jadi mcm ISA samad? kahkahkah. apa punya ngok daa....

Did said...

aku berdoa supaya aku dpt kerja dulu...supaya aku dapat berbakti kepada negara! cewah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...