Monday, September 1, 2008

Rukun Berpuasa di Bulan Ramadhan

Rukun puasa ada dua iaitu;

a) Niat

b) Menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa



Sedikit Huraian Tentang Niat


Para ulama’ mazhab Syafi’ie menggariskan 3 syarat yang perlu dipenuhi agar sahnya niat bagi puasa Ramadhan (dan juga puasa-puasa wajib yang lain iaitu puasa nazar dan kifarat). Tiga syarat tersebut ialah;

a) Dilakukan niat pada malam hari sebelum terbit fajar (yang menandakan masuk waktu subuh). Jika dilakukan selepas terbitnya fajar, maka batallah niat itu dan dengan itu tidak sah pula puasa.

b) Hendaklah dita’yinkan (ditentukan jenis puasa) iaitu diqasadkan dalam hati bahawa puasa yang hendak dikerjakan besoknya adalah puasa Ramadhan (atau puasa nazar atau puasa kifarah). Jika diqasadkan semata-mata puasa (tanpa penentuan puasa Ramadhan atau sebagainya itu) maka tidak sah niat puasa itu.

c) Diulang-ulangkan niat pada setiap malam. Hendaklah niat dilakukan pada setiap malam. Tidak memadai –dalam mazhab Syafi’ie- niat dilakukan sekali sahaja bagi keseluruhan bulan Ramadhan. Ini kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadat yang satu tetapi ibadat yang berulang-ulang pada setipa hari, maka kerana itu wajib diniatkan berasingan bagi setiap hari di dalam bulan Ramadhan itu.

Melafazkan niat dengan lidah

Tempat niat adalah dalam hati. Jadi melafazkan niat dengan lidah tidaklah menjadi syarat sahnya niat. Di sisi ulama’ mazhab Syafi’ie melafazkan niat dengan lidah itu hukumnya sunat kerana ia membantu menghadirkan niat di dalam hati. Lafaz niat puasa Ramadhan yang sempurna ialah;



نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَاْنَ هَذِهِ السَّنَةِ لَلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.


2 comments:

Hanggokan said...

niat saja tak cukup kalau tak dilakukan, dok gitu? wakakaka!
jangan lupe pas terawih kite ke alif!

Farid Abu Talib said...

did kau jgn sediakan perempuan.ini bulan puasa.jgn jadi tukang taja seperti biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...