Thursday, September 25, 2008

Apakah Kesan 10sen?

Ini adalah Seposen

Berkuatkuasa hari ini,harga minyak turun RM0.10.Maksudnya seposen jelah.Hampeh tul.Ingat turun paling busuk pun 30sen?! Kat sini aku ingin menceritakan sedikit apakah kesan dari penurunan,kenaikan dan sebelum kesemua ini berlaku berkaitan dengan harga minyak yang memang dirunsingkan oleh rakyat jelata (kata Samy Vellu) termasuk aku.

Harga minyak sebelum kenaikan mendadak lagi GILA BABI dari orang yang GILA BABI adalah RM1.92. Wah,aku rindu saat itu tapi apakan daya,saat dan waktu itu sudah berlalu. Aku suka isi minyak 26 liter untuk 10hari pada jalan bandar atau istilah lainnya,jalan area town ngan rumah jelah sebab mudah kira.Dari kiraan untuk 26 liter,harga dulu dalam RM50. Saudara semua mesti ingat! kapasiti enjin yang aku gunakan adalah 1.6 CamPro (enjin Amz CamPro masih dalam pembikinan..hahaha)

Ini adalah Enjin CamPro (siap FuelMagna)

Setelah kenaikan sebanyak RM0.78 berlaku,ia ibarat tahi ayam yang jatuh ke muka dan hanya dibersihkan dengan menggunakan tisu bersaiz 1cm X 1cm. Bak kata adik aku,sakit gigi bila cabut macam kena besi buruk?? Argh! ape aku ngarut!? Aku ambil pengiraan mudah dan diringkaskan seperti dibawah :

Jarak diambil dari Kuantan ke Johor Bahru

Sebelum Kenaikan : RM50 = 26 liter = 300km
Selepas Kenaikan RM0.78 : RM70 = 26 liter = 350km (sebab aku guna fuel saver)

Selepas penurunan RM0.15 : RM66.30 = 26 liter = 350km (masih mengekalkan fuel saver)
Selepas penurunan RM0.10 : Rm63.70 = 26 liter = 350km (harap-haraplah)

So,penjimatan terbaru yang mampu terjadi hanya RM2.60! Tapi bila compare dengan zaman RM2.70/liter, dapat jimat RM6.30.

Dari penglihatan mata kasar dan hati ku yang halus ini,dapatlah aku simpulkan yang penurunan 10sen ibarat mencari 10sen dibawah pondok telefon yang dikais-kais sebab takde duit kecik untuk tukar tapi bila jumpa,dapat call orang tolong ambik sebab tertinggal bas...hahaha... Apa-apa pun,penggunaan fuel saver aku jauh lebih jimat dari penurunan 10sen...heheh

Jangan Lupa,rebat RM625 masih ada...Syukur...Syukur...Syukur
Bila kita bersyukur,nikmat akan bertambah dari-Nya

4 comments:

Farid Abu Talib said...

woit!! syukur lah woi 10 sen pun dah kira ok. kita perlu berterimakasih dan terus beri sokongan untuk pacu ekonomi. kahkahkah.

Amz CamPro said...

aku tgh bersyukur lah ni,sujud syukur trus nih x bangun2..hahaha

Hanggokan said...

uih,ko dah siap kire? lu mmg dasat aljabar logik magnetik la bro. itulah duit raya pemberian pak lah. mmg patot kite bersyukur! hahaha. gile aaa...dpt duit raya dari PM tu.

dj said...

Nak tanya. Ko pakai fuel saver jenis ape ye. Igt nk try gak lah kt persona aku ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...