Thursday, September 18, 2008

Mari Kita Renungkan dan Bersyukur

Petikan dari Harian Metro (16/9/2008)

Aku tersentak dan terkejut apabila terbaca dari artikel akhbar tempatan bertarikh 16 September 2008 (Selasa) berkenaan tentang 23 orang warga Indonesia maut berebut pemberian zakat dari seorang hartawan. Di negara kita,ia lebih dikenali dengan bakal penubuhan kerajaan baru. Zakat yang sedang diagihkan itu bernilai RM14.90 dan mereka sanggup mati kerana ingin mendapatkan wang zakat itu. Mereka terdiri daripada beribu-ribu fakir miskin yang datang kerumah hartawan berkenaan. Kita renungkan,disini pemberian zakat dikutip oleh jabatan agama dari setiap negeri dengan nilai mengikut hisab tertentu dan kemudian akan diagih-agihkan kepada mereka yang berhak mendapatkannya dengan penuh kemudahan dan keselesaan.

Kenapa terjadi begitu? Di Indonesia, rakyat beragama Islam lebih gemar mengeluarkan zakat dengan secara terus kepada fakir miskin bagi mengelakkan ia disalahgunakan oleh pegawai yang berkenaan kerana gejala rasuah sangat berleluasa di negara itu.

Entahlah,kekadang aku kasihan dan betul-betul tak faham dengan negara Indonesia ni. Mereka terkenal dengan negara Islamnya tapi masih mengamalkan perkahwinan campur. Hidup jauh lebih kebaratan dan sikap rakyatnya yang lebih sukakan keganasan. Adakah malapetaka yang diturunkan disana disebabkan amalan pemerintah dan cara hidup rakyatnya yang telah berpaling tadah pada ajaran sebenar? Hanya Allah sahaja yang tahu. Indonesia bukan satu contoh negara yang baik walaupun masih ada sebilangan ulamak yang masih kuat memperjuangkan agama Allah di sebalik kehidupan Islam semakin di anak tirikan.

Aku hairan,bila rakyat Indonesia membuat kecelakaan dinegara ini hingga mengorbankan nyawa dan keselamatan,kita hanya mendiamkan sahaja tetapi mereka disana sanggup membakar bendera kita dek kerana marahkan polis yang menahan seorang jurulatih silatnya.
Tontonilah Hentikan Ganyang Malaysia di YouTube dengan mengklik pada tajuk berkenaan.

Diharapkan rakyat kita dan orang yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal kebajikan seperti zakat dan sebagainya betul-betul sampai kepada orang yang memerlukan dan tidak menggunakan wang yang ada kejalan yang haram dan tidak diredhai Allah.

p/s : Dokumentari yang dihasilkan sendiri oleh kami.


1 comment:

Hanggokan said...

betul tuh...tidak disangsikan lagi! renung-renungkan dan selamat beramal!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...