Thursday, September 11, 2008

Bila Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bagi Teguran

Tan Sri Abdul Aziz Zainal,Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Bila terdengar dan terbaca berita dan kisah dari TV atau laman-laman lain berkenaan dengan teguran atau pandangan Jeneral ATM berkaitan isu semasa yang semakin meruncing sekarang. Aku betul-betul rasa ia agak serius dan perlu di ambil berat. Kenapa? Mereka tahu,siapakah musuh yang sebenar yang akan menggangu gugat negara jika ia tidak dibendung.

Perpaduan dan saling menghormati diantara kaum-kaum di Malaysia adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dikekalkan kerana jika ia runtuh,ia adalah musuh utama kita yang akan menggugat keamanan,kesejahteraan dan kestabilan negara.

Lebih kurang macam tulah kata-katanya. Ringkas tapi penuh bermakna dan patut kita renungkan. Tak taulah apa nak jadi sekarang ni. Aku percaya,ia tidak lari dari punca kepimpinan Pak Lah sendiri sejak menerajui kerajaan yang agak lembap serta tidak tegas dalam sesuatu perkara dan juga terlepasnya Anwar Ibrahim yang terkenal dengan ayat-ayat dan janji-janji manisnya yang majoritinya tak boleh dipakai dan dipercayai. Sejak dibebaskan racist semakin menjadi-jadi dengan api perkauman disemarakkan pada setiap bangsa dengan cerita yang lebih memberi kepentingan pada kaum-kaum tertentu. Kira sana cakap lain,sIni cakap lain.

Perkauman perlu dielakkan. Agama perlu saling dihormati dan bukan disama levelkan kerana mereka masing-masing mempunyai kepercayaanya sendiri terutama Islam. Tak perlu membangkit kisah-kisah lama yang hampir seabad telah berlalu.Hidup perlu diteruskan. Terima lah hakikat,bangsa Cina menguasai ekonomi negara. Melayu perlu lagi menguatkan keazaman dan semangat ingin maju bagi mendekatkan lagi jurang ekonomi sedia ada dan terima jugalah hakikat bahawa pemerintahan negara perlu berada ditangan Melayu. Indian perlu mengorak langkah bagi sama-sama menceburi semua bidang yang sentiasa terbuka untuk mereka. Dengan sikat give and take,bantu- membantu,tidak menoleh ke belakang lagi,aku percaya semuanya akan berjalan dengan lancar dan negara ini lebih berjaya dan membangun.

Yang penting sekarang,tampok pemerintahan iaitu orang Melayu sendirilah yang perlu bijak mengawal emosi dan mengurus takbir negara dengan lebih efisyen dan tegas.

3 comments:

Farid Abu Talib said...

Kah Kah Kah.yang racist UMNO MCA dan MIC sbb parti perkauman. PKR parti berbilang kaum dan semakin diterima warga. kalau paklah hebat mentadbir kalau najib bijak mentadbir dan kalau UMNO ikhlas mentadbir aku pasti anwar tiada tempat lagi dlm hati rakyat malaysia. tapi fikirkan mengapa anwar kini menjadi hero di kalangan rakyat berbilang kaum? kenapa UMNO jatuh merudum dgn teruk? adakah itu salah cina? adakah salah encik gobalakrisnan? kahkahkah

Farid Abu Talib said...

woit, hujung mggu kita ke alif. apa macam? nk mintak petua menjadi suami mithali kahkahkah.

Amz CamPro said...

haha..aku sudah menjadi suami mithali.....! sepatutnya herol dulu...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...