Friday, September 5, 2008

Bilakah Pula DAP Nak Minta Maaf?

Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh

Bilakah DAP pula nak minta maaf?


Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tulisan jawi. Selepas itu, bila menang lima buah negeri dalam PRU12 dan projek RM100 juta diluluskan, dia memanggang pula lima ekor MR B. Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?

Teresa menunjuk nunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh


Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar laungan azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Siapa yang ganggu ketenteraman siapa sebenarnya?



Pada 15 Julai 2007, Namewee telah menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube. “Kritikan berhubung nyanyian Negaraku oleh Wee Meng Chee di Internet menggambarkan hipokrasi pimpinan BN. Dengan mengambil sikap jumud, ia akan mengekang kreativiti rakyat. Ruang mesti diberikan untuk rakyat bersikap kreatif dan bebas bersuara.” komen Anwar Ibrahim berhubung isu Namewee dalam blognya. Bersifat kreatif kah kita jika membuat lagu menghina azan?

Berdasarkan komen Anwar dalam blognya terhadap Namewee, apakah Ketua Pembangkang sendiri memberi green light untuk orang lain membuat sesuka hati terhadap bangsanya sendiri? Siapa yang hipokrasi? Tanpa sebarang rasa bersalah, mereka enggan pun memohon maaf malah meminta orang lain pula memohon maaf.



Jangan hairan, jika ada orang Melayu yang malu mengaku dia Melayu lagi. Mereka rela membiarkan DAP bersikap sedemikian tanpa berasa bersalah pun. DAP yang berulang kali menolak dasar negara Islam, tidak pernah pun minta maaf pada rakan kongsinya iaitu PAS. Sepatutnya orang PAS desak DAP minta maaf terlebih dahulu. Barulah boleh berpakat buat kerajaan baru. Atau Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang minta maaf bagi pihak DAP.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


Sumber :
anginperubahan.blogspot.com


3 comments:

Farid Abu Talib said...

kahkahkah bahlol betul la teresa kok ni.tahap bahlol macam ahmad ismail.kahkahkah.

Farid Abu Talib said...

woit koprg tau tak ahli parlimen BN dapat pakej melancong ke australia dr 7 sept ni.kahkahkah mana mau pigi da... ini betul betul punya cerita bukan ramlang porigi punya cerita.dr osman pusrawi pun dh mengaku yg saipol x kena liwat.woit ini betul ka tipu ka? kahkahkah apa la saipol lain kali pergi check la die kedai tayar jgn di tempat doktor pakar.aku ingt sepol ini biol lagi bendol la.mcm la die jambu sgt.jambu lg yelena isinbayeva.apa punya turrr..

hafiz said...

ape2pun...rasis perlu dihapuskan! sama perlu wajibnya menghapuskan umno yang sangat rasis dan buta sejarah tu... teresa kok bagus, banyak tolong orang susah...dan taman siputeh tu pun bukan majoriti melayu....kalau bubuh tulisan jawi buat meningkatkan kos jer...hahaha RACIST SUCKS!!! if umno tak mula, dap tak bicara...! HIDUP DAP!hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...