Kadang2 betul jugak, aku pun rase macam belajar tinggi2 ni tak berbaloi jer,heheh...Bukan pandai sangat pun tapi usaha dan ilmu yang diberi itu lebih dihargai dan mahal untuk dibalas kecuali selepas PTPTN kerok duit kami ibarat Along Besar yang kita sebenarnya tak perasan. Berbalik isu gaji golongan profesional ini, ikuti cerita PM Najib kita tentang hal ini di Utusan Malaysia :
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku golongan profesional Malaysia dibayar gaji rendah berbanding rakan mereka di luar negara, sekali gus menghalang usaha mengekalkan serta menarik mereka yang berbakat bekerja di negara ini.
Beliau berkata, meskipun golongan profesional Malaysia bagus, daripada segi gaji, pada skala antarabangsa, mereka tidak dibayar sebaik rakan mereka di negara lain.
"Sudah lama saya menggesa sektor awam dan swasta agar membayar gaji mengikut bakat dan kemahiran pekerja berdasarkan standard antarabangsa.
"Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat kadar gaji kita meningkat dengan mantap seiring produktiviti,” katanya pada Persidangan Global Forbes ke-11 di sini semalam.
Najib berkata, satu usaha yang fokus perlu dilakukan bagi mengekalkan rakyat Malaysia yang berbakat serta berkemahiran untuk terus berada di negara ini selain menarik golongan profesional yang berkhidmat di luar kembali ke tanah air, dan kadar gaji lebih baik boleh menjadi faktor penarik. - Bernama
Maka, tak mustahillah, ramai tenaga pakar kita bekerja di luar negara dari bekerja dalam negara sendiri. Bak kata si Husin, " Teman bekerja di Singapore tu hah, jadi SUPERVISA, gaji teman $3000, cuba kali dengan duit Malaysia...teman dah berjaya sebab tu teman balik nak kawin dengan cik Nin" hahaha...Lawak yang sinis dan bermakna dari Mamat Khalid.
No comments:
Post a Comment