Saturday, September 3, 2011

[Gambar] Lagi Gambar Terakhir Allahyarham Noramfaizul Dan Detik Kejadian Berlaku

Kejadian yang berlaku betul2 mengejutkan kita. Kejadian ini bukan sahaja menjadi bualan di Malaysia malah seluruh dunia. Berikut adalah gambar terakhir Allahyarham dan seorang lagi kakitangan media TV3 yang tercedera serta keadaan kenderaan pacuan 4 roda yang telah di ambush semasa perjalanan di Mogadishu, Somalia.

Aji Siregar Mazlan, 26, (tengah) jurukamera TV3 yang mengalami kecederaan ditangan kanannya dan lelasan di bawah ketiak beliau. Muhamad Solleh Ahmad Kamal (kiri) dan Melissa Ong dari Ntv-7 menenangkan Aji selepas beliau menerima rawatan awal. Dua wartawan telah diserang dan menyebabkan satu kematian dan satu kecederaan.

Foto Allahyarham Noramfaizul yang diambil pada awal pagi bersama rakan-rakan media dan blogger, Bani Amin Ahmad Zabidi (Jinggo) beberapa jam sebelum dia ditembak, di sini, Jumaat.



Kenderaan 4WD mereka telah ditembak ketika di dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka selepas membuat liputan Bantuan Kemanusiaan Malaysia kepada Somalia. Lagi berita penuh, KLIK SINI.

Sumber : BERNAMA




1 comment:

Anonymous said...

cuma satu komen...kelihatannya seperti tidak memakai jaket kalis peluru yg sepatutnya dipakai...al-fatihah buat allahyarham noramfaizul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...