Wednesday, September 28, 2011

[Gambar] Inikah Wajah Pengebom Berani Mati Gereja Di Indonesia?


JAKARTA 25 Sept. - Seorang pengebom berani mati terbunuh, sementara 20 orang lagi cedera dalam kejadian serangan bom berani mati di sebuah gereja di kota Solo, Jawa Tengah, pagi ini.

Serangan itu berlaku di Gereja Bethel Injil Sepenuh, Kepunton, Kota Solo pada kira-kira pukul 10.55 pagi selepas penganut Kristian selesai menjalani upacara agama.


Ketua Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Anton Bachrul Alam berkata, kejadian berlaku sebaik-baik penganut berkenaan keluar dari gereja itu.

''Ketika kejadian, pengebom berani mati terbabit ikut sama keluar dari gereja dan apabila sampai di pintu utama, dia meletupkan bom sehingga mencederakan ramai orang," katanya pada sidang media, di sini.

Bunyi letupan itu yang merosakkan beberapa bahagian gereja kedengaran sejauh 500 meter.

Jelasnya, pengebom berani mati itu dipercayai menyamar sebagai penganut Kristian dan ikut sama melakukan ibadat sebelum bertindak meletupkan bom.

''Letupan itu mengakibatkan bahagian tengah badan pengebom berani mati itu berkecai dan ususnya terburai.

''Polis masih menyiasat identiti pengebom termasuk jenis bom yang digunakan,'' ujarnya.


Menurut beliau, polis telah menyiarkan gambar wajah mayat pengebom berani itu dan merayu orang ramai tampil memberikan maklumat bagi mengenal identiti penyerang.

Sementara itu, Kerajaan Indonesia mengutuk keras kejadian serangan bom berani mati itu dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dijadual mengeluarkan kenyataan petang ini berhubung kejadian itu.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...