Saturday, September 10, 2011

Nurul Atikah : Penghidap Barah Tulang Kronik Meninggal Dunia

Nurul Atikah Bazilah Samsudin menjawab panggilan telefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di rumahnya di Kamunting, Perak pada 19 Ogos lepas. Dia meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam. 10 Sept. 2011

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Remaja yang menghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, yang impiannya untuk berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan bulan lepas, meninggal dunia pada pukul 11.05 malam semalam.

Menurut pegawai dari pejabat Perdana Menteri, jenazah Nurul Atikah kini berada di rumahnya di No 9, Lorong 4, Taman Mewah Kamunting Taiping dan akan dikebumikan esok.

Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya.

Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping Perak. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...