Sunday, September 11, 2011

Kedai Mamak Pun Nak Pakai Pengawal Keselamatan?


Sejak kecoh kes samun bersenjata di kedai mamak area Shah Alam yang dah masuk 2 kes dah setakat yang aku tahu dan salah satunya adalah pada posting yang aku pos bersama video CCTV tersebut (KLIK SINI) pada bulan puasa lalu dan tak lama selepas itu, satu lagi rompakan yang menggunakan modus operandi yang sama berlaku di Shah Alam.

Disebabkan kejadian yang sudah mula membuka mata rakyat ini, satu langkah yang sama diambil oleh kedai emas akan dipraktikkan iaitu penggunaan pengawal keselamatan. Isu rompakan kerap berlaku sebenarnya cuma jarang dilaporkan kerana ingin menjaga reputasi kedai amamk seluruh negara tentang tahap keselamatannya. Ikuti petikan KOSMO di bawah :

KUALA LUMPUR - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mencadangkan semua restoran mamak dilengkapi pengawal keselamatan bersenjata ekoran beberapa kejadian rompakan di premis-premis itu baru-baru ini.

Presidennya, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, cadangan itu dirasakan wajar demi menjaga keselamatan pelanggan dan pemilik restoran daripada sebarang kejadian tidak diingini.

"Kami juga mencadangkan masa perniagaan restoran mamak dipendekkan bagi kawasan yang berisiko berlaku rompakan atau jika tidak, mereka boleh menempatkan pengawal keselamatan bersenjata," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menurut beliau, kejadian rompakan ke atas restoran mamak bukan perkara baharu, sebaliknya sudah lama berlaku tetapi tidak dilaporkan oleh pemilik restoran.

Kata beliau, keengganan pengusaha melaporkan perkara tersebut adalah kerana tidak mahu kehilangan pelanggan termasuk masa yang panjang untuk berurusan dengan pihak berkuasa selain jumlah kerugian yang kecil.

Satu langkah yang bijak tetapi pada masa yang sama, mencemarkan kredabiliti polis kerana tindakan pengusaha kedai mamak ini tidak melaporkan kes yang terjadi pada polis untuk tindakan selanjutnya atau pun pihak polis tak dapat nak selesaikan perkara ini? Itu terpulanglah, ape2 pun mereka perlu selesaikan hal ini kerana nyawa rakyat mungkin terancam ketika kite minum2.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...