KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kedudukan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai satu daripada lapangan terbang pilihan terus terbukti apabila ia melonjak satu tangga lagi dengan menduduki tempat keempat dalam kategori “10 lapangan terbang terbaik seluruh dunia” dalam SmartTravelAsia.com 2011 Best In Travel Poll.
KLIA berada pada kedudukan kelima dalam undian tahun lepas.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAB) Tan Sri Bashir Ahmad berkata, MAB amat berbangga kerana diiktiraf sebagai satu daripada hab pilihan di dunia.
"Kita memberi penekanan bagi mempertingkat pengalaman pelanggan di semua lapangan terbang kita terutama sekali KLIA dengan meningkatkan standard perkhidmatan dan kemudahan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Smart Travel Asia merupakan satu-satunya majalah pengembaraan online dengan lebih sejuta pembaca di seluruh dunia. Ia menawarkan ulasan editorial yang ditulis oleh wartawan berpengalaman bagi membantu orang ramai membuat pilihan yang bijak.
SmartTravelAsia.com 2011 Best in Travel Poll kini memasuki tahun ketujuh yang menggarap persepsi pembaca dan jenama pengembaraan pilihan. - Bernama

No comments:
Post a Comment