Sunday, September 25, 2011

Rambut Hafiz Terbesar Di Dunia?

Adakah rambut Hafiz af terbesar dunia? Mesti bukan. Alleycat pun macam betul jugak tapi diiktiraf ke? Jawapannya adalah seperti di artikel KOSMO dibawah :

AEVIN DUGAS mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambutnya. - Agensi

NEW ORLEANS, Amerika Syarikat (AS) - Ramai suami dan teman lelaki gemar mengadu bahawa kaum wanita mengambil masa terlalu lama untuk berdandan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang wanita di sini, Aevin Dugas, dia terpaksa mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut kerinting afronya.

Dugas, 36, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk kategori rambut afro asli terbesar di dunia.

Dia yang merupakan seorang pekerja agensi sosial, mengambil masa 12 tahun untuk menyimpan rambutnya hingga setebal 1.32 meter.

Dugas pernah menangis di lapangan terbang selepas pihak keselamatan AS memeriksa rambutnya untuk memastikan tiada bahan letupan disembunyikan di dalam 'mahkota' wanita itu. - Agensi





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...