Beginilah keadaan Allahyarham Noramfaizul selepas dikatakan tertembak dengan peluru sesat ketika konvoi mereka dalam perjalanan pulang ke penginapan. 2 gambar yang diperolehi iaitu gambar Allahyarham dan keadaan kenderaan pacuan 4 roda mereka memberikan pandangan dan analisis secara awal tentang kejadian yang berlaku. Berikut adalah analisis dari pandanagn aku berdasarkan 2 gambar tadi dan laporan berita dunia :
- Perhatikan keadaan kesan tembakan pada bahu Allahyarham, ia menunjukkan tembakan itu datang dari arah atas kanan atau seolah-olah bersudut iaitu keadaan lebih tinggi dari kedudukan Allahyarham. Ini menunjukkan tembakan itu seolah-olah memang mahu disasarkan pada konvoi yang sedang bergerak. Kebanyakan tembakan pada sasaran di Mogadishu datang dari kedudukan bangunan tinggi di sepanjang jalan.
- Kesan tembakan yang membunuh Allahyarham cukup kuat. Kesan tembusan tembakan mengenai organ dalaman. Kesan tembakan seolah-olah datang dari senjata jenis RIFLE yang biasa digunakan oleh seorang SNIPER. Tembakan sniper mampu membunuh 100% sasaran.
- AU atau African Union dikatakan menjadi punca tembakan rambang ini mengikut saksi kejadian. AU merupakan kumpulan tentera maka tidak mustahil ia dilakukan oleh seorang tentera.(UPDATE : KLIK SINI)
Kita pernah kehilangan seorang perajurit di sana pada tahun 1993 pada misi PBB di Mogadishu. Prebet Mat Aznan Awang terkorban semasa misi disana ketika menyelamatkan sekumpulan tentera US yang terkepung di zon perang Mogadishu. Pengorbanan Allahyarham Mat Aznan yang merupakan seorang tentera semasa beliau sedang memandu Condor konvoi menyelamat tentera US adalah satu pengorabanan seorang pahlawan negara. Kerajaan perlu mengambil iktibar hal ini. Kita telah kehilangan 2 nyawa di Mogadishu dan menurut statistik sudah 38 orang wartawan seluruh dunia terkorban sejak tahun 1992.
Kejadian yang menimpa Allahyarham Noramfaizul ini tidak mustahil berlaku lagi. Sedangkan seorang tentera yang memang terlatih dan mempunyai pelbagai senjata dan sokongan boleh terkorban, inikan pula seorang rakyat biasa yang bertugas dalam misi bantuan. Amerika Syarikat sendiri telah menyatakan ketidakmampuannya menyelesaikan isu di Somalia kerana apa yang berlaku di Somalia bukan peperangan biasa. Peperangan saudara di Somalia tidak mengira mangsa dan ia akan berterusan.
Kejadian yang menimpa Allahyarham Noramfaizul ini tidak mustahil berlaku lagi. Sedangkan seorang tentera yang memang terlatih dan mempunyai pelbagai senjata dan sokongan boleh terkorban, inikan pula seorang rakyat biasa yang bertugas dalam misi bantuan. Amerika Syarikat sendiri telah menyatakan ketidakmampuannya menyelesaikan isu di Somalia kerana apa yang berlaku di Somalia bukan peperangan biasa. Peperangan saudara di Somalia tidak mengira mangsa dan ia akan berterusan.
2 comments:
aku setuju ngan analisis bro....memang arwah kena tembakan dari atas bangunan....nie memang keje mereka yang arif dengan long range rifle yang selalu digunakan oleh sniper....tengok kesan tembakan confirm peluru yang dipakai jenis besar...maybe 0.50 cal....
yup...kesian die...kes allahyarham ni lain sebab die di tembak dalam kereta dan ia seperti sudah dirancang...somalia ni kes lain, islam die pun benci sesama islam klau salah fahaman...
Post a Comment