Wednesday, October 5, 2011

Dato' Dr. Afifi Al-Akiti (Pensyarah Melayu Pertama Universiti Oxford) : Mentor Kepada Semua Pensyarah Melayu Di Malaysia

Petikan dari website rasmi Universiti Oxford (klik sini)

Aku kagum dengan beliau. Aku berbangga dengan beliau. Tokoh ilmuwan Islam kelahiran malaysia dan memang orang Melayu Islam dari Malaysia ini betul-betul membanggakan kita. Kita mungkin tidak sedar sebab beliau tergolong dengan para tokoh ilmuwan Islam yang memang di pandang enteng oleh sesetengah masyarakat. Dia bukannya artis, dia bukannya Yuna, dia bukannya Datuk Siti Nurhaliza, dia bukan ahli sukan, dia bukan Safee Sali malah dia bukan ahli politik dan ekonomi yang terkenal dengan gaya dan perilaku yang kadang-kadang indah khabar dari rupa.

Itulah Dr. Afifi Al-Akiti. Anak Melayu kelahiran Perak. Mendapat pendidikan asas di beberapa sekolah di sekitar Selangor, sekolah pondok dan madrasah. Mendapat pendidikan lanjutan BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM. Beliau juga di kenali sebagai Shaykh Afifi merupakan KFAS Felo dalam Pengajian Islam di Oxford Centre for Islamic Studies dan Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies di Faculty of Theology, University of Oxford, dan merupakan Fellow Worcester College,Oxford. Dr. Afifi Al-Akiti juga tersenarai dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh pada 2010.

Jangan di hina beliau kerana tidak berkhidmat di negara kelahiran sendiri. Dia lebih diperlukan bukan sahaja untuk kebanggaan negara Malaysia tetapi dia berjuang untuk seluruh tokoh ilmuwan Islam sedunia. Mungkin suatu hari nanti, suaranya mampu merubah dunia, mampu menjadikan negara kita ini, dunia Islam ini menjadi lebih baik.



Temuramah Astro Awani bersama Dr. Afifi Al-Akiti














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...