Wednesday, October 5, 2011

Kursus Diploma Pengajian Bola Sepak Untuk Kaki Bola Sepak

Diploma Pengajian Bola Sepak, relevankah ia dalam aspek pendidikan? Ia agak menarik untuk diperkatakan. Mana taknya, kursus ini di tahap diploma di mana jumlah kredit pengajian biasanya antara 90-97 crdt untuk 5-6 semester. Ia bukan sijil yang lebih kepada menilai kemahiran seseorang tetapi ia lebih kepada teoritikal dan perjalanan objektif pembelajaran diploma itu.

Bagi aku, ia ada bagusnya, sekurang-kurangnya pemain bola sepak mempunyai ilmu dan diploma bagi menjamin masa depan. Bagaimana pula dengan aspek teknikal permainan bola sepak itu sendiri? Bagi aku, ia tidak mampu memberi kesan menyeluruh dalam aspek menaikkan martabat permainan sukan bola sepak ini. Berikut sedikit petikan akhbar Utusan dari Bernama tentang kursus ini :

Inikah kemungkinan rupa diplomanya,haha...

Lihat sahaja bidang sukan hari ini adalah terangkum dalam industri bernilai berbilion ringgit yang mampu menjana pendapatan terutama bagi mereka dengan kelayakan yang sesuai.

Dan apabila sebuah kolej tempatan mengambil keputusan untuk memperkenalkan Diploma Pengajian Bola sepak, ia menggabungkan pembelajaran mengenai sukan dan perniagaan bagi memenuhi potensi kewangan yang terdapat dalam sektor ini.

Program ini yang diperkenalkan pada 2006, kemungkinan yang pertama seumpamanya di negara ini dan ditawarkan oleh Cyberlynx International College (CIC), terletak di pusat banda raya Kuala Lumpur.

Pengarah Pentadbiran CIC, Evelyn Poon berkata, terdapat banyak sebab mengapa seseorang perlu mempertimbang untuk memperoleh kelayakan dalam bola sepak.

Menurut apa yang dikatakan tadi, aku tak nampak kursus ini untuk meningkatkan permainan bola sepak tetapi lebih kepada kemahiran dalam melaksanakan perniagaan berteraskan sukan bola sepak. So, siapa yang rasa nak pandai main bola, bila ko dapat diploma ini, tak semestinya ko pandai main bola,kalau dah kaki bangku,kaki bangku jugak...ok? hahaha




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...