Tuesday, October 25, 2011

[Gambar] Syiling Baru Jimat 49% Kos Pembuatan Tapi Ada Bintang Israel?

Inikah syiling baru itu? Rasenye betul dah...

Kita ni mewah dok buat duit baru jer. Dulu buat duit baru RM5 pastu last2 bukan tahan lama pun,dok koyak jer lebih. Kat mane entah kualiti dan keselamatannya. Rupanya ada malaun yang terlibat di sebalik projek duit baru RM5 tu yang dah makan duit haram dan dah pun di tahan. Duit syiling baru ni tak tau pulak, tak mustahil ade malaun yang sama. Kelebihan duit syiling ni adalah korang boleh baca artikel di bawah :

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai (gambar) berkata, pengeluaran duit syiling siri ketiga, awal tahun depan menggantikan syiling semasa dijangka menjimatkan kos pengeluaran Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga 49 peratus.

Katanya, penjimatan itu berdasarkan penggunaan logam terpilih bagi penghasilan syiling selain penggunaan teknologi penempaan dan spesifikasi teknikal lebih baik. berbanding syiling terdahulu.

“BNM memperkenalkan duit syiling ketiga dan wang kertas siri keempat sebagai usaha berkala memperkukuhkan ciri-ciri keselamatan terkini bagi menangani pemalsuan mata wang,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, semua pengeluaran wang siri terbaru itu diperkenalkan dengan dengan reka bentuk lebih menarik, mesra pengguna dan beridentiti keunikan Malaysia.

Cuma aku pun ade perasan, duit kita ni kalau sekali imbas memang ada ciri bintang negara Israel. Dieorang ni tak perasan ke? Kat duit 10sen jer yang aku perasan. Memang betul, gambar tu adalah gambar lain tapi ia boleh menimbulkan syak dan pandangan sinis. Kita yang tengok ni pun rasa lain macam. Terserahlah pada yang bertanggungjawab.






3 comments:

Otak Geliga said...

gambar yg mirip lambang dlm bendera Israel tu gambar apa sebenarnya???.....bunga ke???

dr letak bunga, baik letak lambang bulan sabit & bintang spt bendera Mas....lg BERKAITAN.

pandangan aku je la

Amz CamPro said...

tulah pasal...byk lagi simbol islamik atau bercirikan malaysia yang boleh diletakkan,ini gambar yang leh was2...

lonewolf said...

ape salah nye? lambang tu kepunyaan nabi daud jauh sblm israel claim kepunyaan diorang. lambang tu juga digunakan sbg cop mohor nabi sulaiman. nak kate x islamic x boleh juga sbb lambang tu asalnya milik nabi kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...