Isu kes buang bayi memang tak dinafikan semakin menjadi-jadi. Isu buang bayi dalam tong sampah, dalam longkang, lubang tandas mahupun tepi jalan sudah biasa kita dengar. Tetapi sejak akhir-akhir ini, kejadian ini semakin kejam dan antaranya adalah kejadian bayi di campak atau di buang dari tingkat 2. Memang sebak dan sayu melihat gambar bayi itu. (taknak tunjuk,mungkin boleh menggangu perasaan)
Kemuncak buang bayi ni sebenarnya boleh di lihat berdasarkan tarikh-tarikh besar yang dirayakan atau disambut oleh negara kita ini antaranya adalah :
- Sambutan Ambang Merdeka (30 Ogos setiap tahun)
- Sambutan Tahun Baru (31 Disember setiap tahun)
- Konsert-konsert atau jelajah tahunan seperti Jom Heboh
Kes di Metro hari ini pula, lain pula ceritanya, si ibu dek kerana terperanjat dan takut ditangkap oleh penguatkuasa kerana mengemis bersama-sama anaknya sanggup mencampakkan anaknya yang baru berusia 6 bulan ke dalam laut. Sebak dan sedih melihat keadaan bayi ini. Mujur dia masih hidup disebabkan tindakan cepat pegawai tersebut terus terjun menyelamatkan bayi itu.
Entahlah, apa nak jadi dengan sosio kehidupan kita sekarang ini. Semakin hari kita dengar cerita yang makin pelik-pelik dan tak masuk akal tapi hakikatnya ia masih berlaku. Kes bayi luar nikah dah satu hal, ini kes ibu kandung pun satu hal. Institusi kekeluargaan negara seolah-olah sudah semakin lama semakin hancur. Apa perlu kita buat?

No comments:
Post a Comment