Bunyi macam jarang berlaku kan? Siapa duduk kuantan, aku rasa ramain yang tau Taman Gelora ni. Orang luar pun mungkin tau sebab dia glamer dengan taman riadah yang cantik dan tempat makan rojak ayam dan nasi goreng ayam yang menjadi trade mark taman itu. Tapi sedar tak kita, sebenarnya di Taman Gelorak pun banyak beruk macam dekat Teluk Chempedak? Walaupun aku tak perasan sangat tapi rupanya ada. Baca artikel di bawah :
Tinjauan di pusat rekreasi itu mendapati perbuatan vandalisme masih berlaku walaupun pelbagai tindakan dilakukan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi menjaga kemudahan awam daripada dirosakkan. Antara kemudahan awam yang menjadi sasaran ialah tempat duduk diconteng, selain penutup tong sampah dan sampah dibuang ke dalam tasik di taman berkenaan.
Jika tiada langkah segera dilakukan, dibimbangi keadaan itu bertambah serius, sekali gus memerlukan kos yang tinggi untuk menggantikan kemudahan yang rosak. Pengunjung, Ng Lia Mau, 65, berkata tindakan individu melakukan kegiatan vandalisme termasuk membuang penutup tong sampah ke dalam tasik, dianggap tidak bermoral.
"Saya kecewa kerana Taman Gelora bukan saja lokasi utama masyarakat Kuantan beriadah, malah saya dan rakan sering berjoging untuk menyihatkan badan di sini. "Bagaimanapun, disebabkan beberapa kemudahan awam dirosakkan atau menjadi sasaran vandalisme, Taman Gelora yang serba lengkap dan cantik ini mungkin tidak menjadi pilihan pengunjung jika tiada langkah menanganinya dengan segera," katanya.
Pelajar Tingkatan Tiga, Haikal Muhamad, 15, berkata dia dan rakan sekelas yang menjadikan taman itu pusat untuk bersenam pada setiap hujung minggu, mahu tindakan segera dilakukan bagi memastikan keindahan Taman Gelora dikekalkan. "Beriadah di sini dapat melegakan tekanan kepada pelajar seperti saya tetapi jika kegiatan vandalisme berterusan, suasana indah dan nyaman di Taman Gelora akan terjejas,” katanya.
Itulah beruk yang aku maksudkan. Beruk ni dikurniakan akal fikiran. Boleh berfikir sebenarnya tapi bangang tak kena tempat. Merosakkan harta benda awam. Merosakkan keselesaan orang awam dan juga membuat kekotaran macam bapak dia yang bayar. Itu semuanya kerja-kerja beruk yang membongkar sampah sebenarnya. So takde bezanya dengan manusia yang sikapnya begini. Renung-renungkan dan selamat beramal...!
No comments:
Post a Comment