Wednesday, October 5, 2011

Gunung Berapi Anak Krakatau Semakin Aktif. Kronologinya?

Keadaan tenang di gunung anak krakatua sebelum tanda aktif mula terjadi

Bila sebut gunung berapi krakatau, memang menggerunkan. Gunung berapi ini merupakan gunung berapi antara yang paling kuat dan membunuh yang paling tinggi di dunia. Kesan gunung berapi ini boleh merebak sehingga beribu kilometer. Itulah penangan gunung berapi krakatau. Tapi krakatau itu adalah genung berapi utama atau ibunya.

Terbaru, gunung berapi yang merupakan anak kepada krakatau ini mula menunjukkan sifat-sifat keaktifannya. Ledakkannya tidak kurang hebatnya dan kedudukannya sebagai sebuah pulau betul-betul menakutkkan dan tidak kurang juga, ia cantik untuk di lihat. Laporan dari pihak kerajaan Indonesia menunjukkan kebimbangan tercetusnya ledakkan dari anak krakatua ini. Lihat dan baca artikel dari Utusan di bawah :

Keadaan gunung anak krakatau yang mula mengeluarkan asap

JAKARTA 4 Okt. - Istana Presiden akan terus memantau perkembangan semasa aktiviti Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda yang semakin aktif sejak kebelakangan ini.

Bahagian yang khusus menangani masalah bantuan sosial bencana alam istana berkenaan berkata, pada masa ini gempa yang terjadi di gunung berapi itu semakin kuat.

"Lonjakan gempa tercetus lebih daripada 1,000 peratus dalam tiga hari ini. Lebih daripada 4,000 gempa yang tercetus dalam pelbagai skala berlaku secara terus-menerus," kata jurucakap Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bahagian berkenaan, Andi Arief di sini hari ini.

Berdasarkan catatan rakaman alat pemantauan gunung tersebut, kebiasaannya aktiviti gempa secara purata mencapai sebanyak 300 kali.

Ketua Jabatan Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Dr. Surono berkata, berdasarkan teori, perkembangan semasa Gunung Anak Krakatau dengan kadar gempa yang tinggi pasti akan menyebabkan tercetusnya erupsi.

"Bagaimanapun, apakah jenis letusannya masih belum dapat disimpulkan kerana masih dalam tahap pemantauan intensif," jelasnya.

Jabatan berkenaan juga sudah melakukan koordinasi dengan badan yang bertanggungjawab menangani bencana alam untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Kelmarin, jabatan vulkanologi menjelaskan status Gunung Anak Krakatau kini berada dalam kedudukan berjaga-jaga, termasuk kemungkinan mengumumkan status darurat jika keadaan semakin meruncing.

Mungkinkah ledakkan anak krakatua seperti digambarkan di atas? Kita tidak tahu, hanya Allah sahaja yang tahu. Kita doakan semoga letusannya tidak membahayakan banyak nyawa di sekitarnya. Jika ia berlaku, kita hanya mampu berserah.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...