Friday, September 30, 2011
[Video] Temuramah Safee Sali Ketika Perlawanan Cardiff City Dengan Leicester City
Semakin Ramai Messi Datang Malaysia?
Naib Presiden Tourism Malaysia di sini, Salahuddin Mohd Ariffin, berkata hasil daripada strategi yang berkesan, bilangan rakyat Argentina yang melawat Malaysia tahun lepas meningkat kepada 6,000 orang, naik sembilan peratus dari 2009.
Pejabat Tourism Malaysia di sini yang turut meliputi rantau Caribbean dan Amerika Selatan (Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay), baru-baru ini menganjurkan satu origram promosi selama enam hari di ibu negara Argentina, Buenos Aires, dengan kerjasama Kedutaan Malaysia, Malaysia Airlines dan Sheraton Buenos Aires Hotel & Convention Centre.
Selain merasai masakan yang disediakan oleh tukang masak dari Malaysia, pengunjung juga menikmati persembahan oleh kumpulan kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Salahuddin berkata, pasaran Amerika Selatan menyediakan potensi perniagaan yang besar memandangkan pelancong dari rantau itu kini gemar berkunjung ke tempat-tempat baru selain dari destinasi biasa di Amerika Utara dan Eropah.
Ketika promosi itu, satu perbincangan diadakan antara delegasi Tourism Malaysia dan Inprotur, yang merupakan lembaga pelancongan Argentina.
"Kami bersetuju bahawa kami bukan saja akan membawa pelancong Argentina ke Malaysia tetapi juga membantu Argentina menarik pelancong Malaysia melawat negara itu," kata Salahuddin.
Beliau berkata, Tourism Malaysia akan menjemput 30 wakil media dan ejen pelancongan dari Argentina, Brazil, Paraguay dan Uruguay melawat Malaysia pada November ini sempena Festival Orang Asli Antarabangsa di Kuala Lumpur.
Mengulas hubungan udara antara Malaysia dan Argentina, Salahuddin berkata, Malaysia Airlines kini mengendalikan dua penerbangan seminggu ke Buenos Aires.
Duta Malaysia ke Argentina, Datuk Zulkifli Yaacob, pula berkata Malaysia dan Argentina telah menjalin hubungan diplomatik sejak 44 tahun lepas dan kini mencatat perdagangan dua hala melebihi AS$1 bilion.
Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Argentina.
Sambil menyeru lebih ramai rakyat Argentina melawat Malaysia, Zulkifli berkata, Malaysia mempunyai pelbagai tarikan pelancong khususnya kecantikan alam semula jadi.
"Terdapat pelbagai budaya dan agama di Malaysia, hutan belantara, pantai yang indah dan kemudahan penginapan yang mewah," katanya. - BERNAMA
Coli Bergantungan Di atas Jambatan?
PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.
Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.
Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.
Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.
"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi
Sumber : KOSMO
Thursday, September 29, 2011
[Video] Wow! Lompat Jauh Lepas 3 Kereta Mini Cooper
Club: Newham & Essex Beagles
Gender: Male
Date of Birth: 03/10/1985
Age Group: SEN
County: Essex
Region: London
National Championships
2010 UK Championships LJ silver, England Championships LJ gold
2008 Norwich Union European Indoor Championships Trials LJ bronze, CAU Inter Counties LJ silver
2007 Norwich Union World Trials LJ 4th, CAU Inter Counties LJ bronze
International Highlights
2007 European U23 Championships, Debrecen LJ 13Qf
[Video] Filem Al-Hijab Dan Sinopsis
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?
Basikal Fixie Boleh Bawa Maut?
Difahamkan basikal ini tidak mempunyai sistem asas sesebuah basikal iaitu sistem brek yang kebiasaannya ada pada setiap basikal. Menunggang dengan peralatan keselamatan seperti helmet dan lampu juga tidak dititikberatkan malah lebih memeranjatkan apabila kebanyakan daripada penunggang 'fixie' ini terdiri daripada pelajar sekolah.
Menurut seorang penunggang basikal ‘fixie’ yang hanya mahu dikenali sebagai Kecik, basikal ‘fixie’ ini boleh didapati secara meluas di kedai basikal dengan harga yang sangat murah. Kepelbagaian warna adalah salah satu cara untuk menarik minat pembeli. Ditanya mengapa tidak memasang sistem brek pada basikal, beliau menjawab ia adalah ‘trend’ baru, teknik memijak tayar belakang basikal ialah cara untuk memperlahan atau memberhentikan basikal ‘fixie.’
Mereka bukan saja tidak mengendahkan keselamatan diri mereka sendiri malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kecik menambah, terdapat banyak kumpulan ‘fixie’ sekarang. Jumlah penunggang boleh mencecah seramai 15 hingga 20 orang. Lewat malam ialah masa yang sinonim untuk mereka menunggang disebabkan pada waktu ini jalan raya mula kosong dan ini memudahkan mereka berlumba sesama mereka.
Ada juga antara mereka berani meniru lagak ngeri seperti aksi ‘wheelie’ dan ‘superman’ semata-mata untuk membuktikan kejantanan di jalan raya. Tidak kurang juga ada yang melanggar lampu isyarat dan tidak menggunakan laluan basikal yang disediakan. Masalah yang semakin menular di kalangan remaja ini perlu dibendung dengan segera. Semua pihak tidak harus berpeluk tubuh sebaliknya memainkan peranan masing-masing dalam membanteras isu ini.
[Video] Ribut Taufan Melanda Kuala Terengganu (27/9/2011), Peringatan DariNya
Turut terjejas adalah kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyebabkan lebih 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Malaysia bertempiaran lari.
Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan bumbung-bumbung rumah rosak teruk sementara lebih sepuluh kereta milik penonton yang diletakkan di luar stadium rosak dihempap pokok.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang turut berada di stadium berkenaan ketika kejadian berkata, bencana ribut itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca.
Bagaimanapun kata beliau, laporan awal mengesahkan beratus-ratus rumah telah rosak selain beberapa pokok besar di tengah bandar tumbang.
Mengenai kejadian di stadium, beliau menjelaskan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan setakat ini dan semua kerosakan akan dibaik pulih dengan segera.
Sementara itu, seorang penonton, Nurul Huda Hussain, 26, berkata, ribut dan angin kencang itu berlaku ketika perlawanan bola sepak baru memasuki minit kesepuluh.
[Gambar18SX] Rihanna Kena Halau Dengan Tuan Tanah Kerana Separuh Bogel
Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.
Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.
Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.
"Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh," kata Graham.
"Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik," tambahnya.
Wednesday, September 28, 2011
Konstabel Tertembak Kepala Sendiri Hingga Tembus
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata.
"Dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dan nampak keadaan mangsa dalam keadaan parah.
"Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.
Beliau berkata, peluru berkenaan adalah yang terakhir dalam revolver mangsa dan kejadian berkenaan dipercayai adalah kemalangan.
Katanya, anggota berkenaan sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun di IPD Kajang dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, baru saja berkahwin dan isterinya kini hamil tujuh bulan.
Sumber : HarianMetro
[Gambar] Inikah Wajah Pengebom Berani Mati Gereja Di Indonesia?
Serangan itu berlaku di Gereja Bethel Injil Sepenuh, Kepunton, Kota Solo pada kira-kira pukul 10.55 pagi selepas penganut Kristian selesai menjalani upacara agama.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Anton Bachrul Alam berkata, kejadian berlaku sebaik-baik penganut berkenaan keluar dari gereja itu.
''Ketika kejadian, pengebom berani mati terbabit ikut sama keluar dari gereja dan apabila sampai di pintu utama, dia meletupkan bom sehingga mencederakan ramai orang," katanya pada sidang media, di sini.
Bunyi letupan itu yang merosakkan beberapa bahagian gereja kedengaran sejauh 500 meter.
Jelasnya, pengebom berani mati itu dipercayai menyamar sebagai penganut Kristian dan ikut sama melakukan ibadat sebelum bertindak meletupkan bom.
''Letupan itu mengakibatkan bahagian tengah badan pengebom berani mati itu berkecai dan ususnya terburai.
''Polis masih menyiasat identiti pengebom termasuk jenis bom yang digunakan,'' ujarnya.
Menurut beliau, polis telah menyiarkan gambar wajah mayat pengebom berani itu dan merayu orang ramai tampil memberikan maklumat bagi mengenal identiti penyerang.
Sementara itu, Kerajaan Indonesia mengutuk keras kejadian serangan bom berani mati itu dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dijadual mengeluarkan kenyataan petang ini berhubung kejadian itu.
[Gambar 18SX] Wanita Separuh Bogel Sambut Presiden UEFA Michel Platini Di Ukraine
Kunjungan Platini dilakukan untuk memeriksa persediaan Ukraine sebagai tuan rumah bersama dengan Poland untuk kejohanan bola sepak Eropah, Euro 2012.
Seorang wartawan berkata, empat aktivis pertubuhan wanita Ukraine, FEMEN, ditangkap kerana 'membogelkan' tubuh mereka hingga paras pinggang di luar sebuah stadium utama di sini.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian mengenai kempen mereka dalam menentang pelancongan seks di Ukraine.
"FEMEN menuntut UEFA supaya mengambil inisiatif dengan melaksanakan program untuk mendidik para peminat bola sepak (yang akan berkunjung ke Ukraine) tentang kesan-kesan buruk pelancongan seks dan keburukan membiayainya," kata pertubuhan tersebut dalam satu kenyataan.
Malah, FEMEN turut mendakwa Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych tidak berbuat apa-apa untuk membantu kempen mereka bagi menentang aktiviti pelancongan seks di negara itu apabila Yanukovych sendiri pernah mempelawa warga asing supaya melawat Ukraine untuk menyaksikan kecantikan wanita di negara ini. - AFP
Safee Sali Diberi Peluang Latihan 2 Minggu Lagi?
Sebaik misi menjalani latihan selama dua minggu bersama skuad kendalian Malky Mackay itu terlaksana sudah kelmarin, pasti- nya ramai peminat bola sepak tempatan kini tertanya-tanya mengenai kesudahan bekas penyerang Selangor itu sama ada layak atau tidak menyarung jersi Cardiff selepas ini.
Apa yang pasti, pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee juga memahami perasaan penyokong tempatan ketika ini, namun pada masa sama masih menunggu 'lampu hijau' daripada Mackay sendiri sebelum boleh membuat sebarang kenyataan.
"Saya faham, satu Malaysia ternanti-nanti perkara ini (soal Safee menyarung jersi Cardiff) tetapi saya masih menunggu keputusan Mackay.
"Bagi saya, tidak adil untuk mengumumkan perkara itu hanya kepada Kosmo! semata-mata, justeru satu sidang akhbar rasmi akan dibuat oleh kami tidak lama lagi," katanya.
Safee sebelum ini mencetuskan keterujaan peminat bola sepak tempatan apabila berusaha menjadi anak Malaysia pertama beraksi di kancah bola sepak England.
Pemain kelahiran Kajang, Sela- ngor itu telah menjalani sesi lati- han bersama The Bluebirds sejak dua minggu lalu sebaik mendapat pelepasan daripada majikannya, Pelita Jaya.
Meskipun kredibiliti Safee dilaporkan berjaya memikat hati Mackay yang begitu kagum dengan disiplin dan skil yang ditun- jukkan sepanjang mengikuti lati- han tetapi masalah permit kerja dikatakan menggugat peluang Safee beraksi di England.
Namun, ia sedikit pun tidak menjejaskan semangat Safee yang menganggap pemergiannya ke Cardiff sebagai suatu pengalaman berguna bagi melonjakkan kariernya selaku pemain bola sepak.
Penyerang berusia 27 tahun itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini selepas berlepas dari bumi London semalam.
Dalam pada itu, pengurus peri- badi Safee, Zakaria Ab Rahim semasa dihubungi juga mengakui masih belum menerima apa-apa maklumat terkini berhubung perkara tersebut.
"Buat masa ini, Safee sihat dan kami akan menunggu kepulangannya di KLIA petang esok (hari ini).
"Mengenai keputusan (Safee menyarung jersi Cardiff), kita tunggu dan lihat," katanya.
Sebelum pulang ke Indonesia, Safee juga dijangka mewakili bekas majikannya, Selangor bagi aksi Piala Sultan Selangor menentang Singapura terlebih dahulu pada 1 Oktober depan, selain turut membawa cabaran pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan menentang Australia selepas itu.
Dalam pada itu, Kosmo! difahamkan, Safee akan me ngadakan pertemuan dengan Tien Ghee sebaik tiba di tanah air hari ini bagi membincangkan masa depannya bersama Cardiff.
Malah, Safee juga dikhabarkan dikehendaki datang semula ke Cardiff dalam tempoh dua minggu lagi untuk terus dinilai oleh Mac- kay.
Begitupun, ia tidak semudah dijangkakan lantaran khidmat Safee selepas ini pastinya ditagih skuad kebangsaan bagi menentang Australia, selain persoalan sama ada dilepaskan Pelita Jaya ataupun tidak kerana Liga Indonesia dijangka bermula pada 10 Oktober depan.
Sumber : KOSMO
Tuesday, September 27, 2011
[Live Streaming] Manchester United vs FC Basel, UEFA Champions League 2011
Wednesday, September 27, 2011
Time:
18:45 BST local time, 02:45 (GMT +8)
Venue:
Old Trafford, Manchester, England
Prediction:
Manchester United (3) - FC Basel (1)
Other Match Today:
CSKA Moscow - Inter Milan
Bayern Munich - Manchester City
Lyon - Dinamo Zagreb
Napoli - Villarreal
Trabzonspor - Lille
Otelul Galati - Benfica
Real Madrid - Ajax
Harga Emas Mula Jatuh Mendadak
Tapi semalam, diberitakan harga emas mula jatuh dan untuk sekian lamanya, kejatuhan ini antara kejatuhan paling tinggi sejak tahun 2008 dalam sehari. Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus. Kejatuhan 20% agak tinggi. bayangkan kita kira secara mudah, RM 208 akan turun menjadi lebih kurang RM166.40. Agak jauh jugak penurunan itu dan erti kata lain, boleh rugilah ni. Ikuti penjelasan lanjut dari segmen ekonomi Berita Harian :
ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu. Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat. Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.
Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak. Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS). Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya. Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar. Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya. Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.
Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya. Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek. Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters
[Video] Filem Bunohan, Filem Paling Ganas Di Malaysia?
Apabila Kereta Dah Murah Sangat
Dipuji pada 2008 sebagai kereta pencetus revolusi pengangkutan di India, penjualan kereta Nano mengalami kemerosotan ekoran kebimbangan berhubung tahap keselamatan kenderaan itu, masalah pengeluaran serta kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi.
"Sebuah kereta Nano terbakar di sini kelmarin. Kami telah menghantar pasukan jurutera untuk melakukan siasatan. Kami memerlukan masa untuk menyiasat kes berkenaan," kata jurucakap Tata Motor, Debasis Ray.
Menurutnya, pengeluar kereta berkenaan akan menghubungi pemilik kereta terbabit.
Terdahulu, akhbar tempatan The Times of India melaporkan bahawa dua adik beradik lelaki sempat melarikan diri selepas kereta terbabit tiba-tiba terbakar.
Pada tahun lalu, Tata Motor terpaksa menawarkan peningkatan ciri keselamatan percuma selepas beberapa kereta Nano terbakar dalam pelbagai insiden tetapi firma itu tetap bertegas bahawa kereta berkenaan tidak mengalami masalah.
Model asas kereta Nano dijual pada harga semurah AS$2,500 (RM7,956). - AFP
Sumber : KOSMO
Filem Lion King Tetap Dihati
Anggaran kutipan itu dibuat oleh studio tersebut pada Ahad lalu.
Filem itu mengatasi filem lakonan aktor Brad Pitt yang berjudul Moneyball terbitan Sony Pictures dengan kutipan sebanyak AS$20.6 juta (RM65.65 juta).
Berada di tempat ketiga ialah filem terbitan Warner Bros yang berjudul Dolphin Tale dengan kutipan sebanyak AS$20.3 juta (RM64.60 juta).
Dolphin Tale dibintangi oleh Harry Connick Jr., Ashley Judd dan Morgan Freeman. Filem Abduction menduduki tangga keempat dengan kutipan sebanyak AS$11.2 juta (RM35.64 juta) manakala Killer Elite berada di tangga kelima dengan kutipan sebanyak AS$9.5 juta (RM30.23 juta).
Berada di tempat keenam ialah filem Contagion yang mendapat kutipan sebanyak AS$8.6 juta (RM27.37 juta) manakala Drive menduduki tangga ketujuh dengan kutipan sebanyak AS$5.8 juta (RM18.45 juta). - AP
Monday, September 26, 2011
[Gambar] Kenangan Safee Sali Sepanjang Di Cardiff City
[Video] Inikah Video Rakaman Satelit Yang Jatuh?
Aku ada ulas isu ini juga pada posting lepas (KLIK SINI) tapi gambar ketika satelit masuk melepasi atmosfera bumi. Berikut ini artikel dari Utusan tentang lokasi ia terhempas :
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari mengesahkan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah jatuh di dua laluan utama yang dikenalpasti.
Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Mhd. Fairos Assillam berkata, dua laluan tersebut ialah di Lautan Pasifik dan timur Afrika.
"Satelit yang pecah kepada 26 bahagian itu dipercayai telah terbakar dan bertaburan di dua kawasan tersebut semalam, tetapi waktu sebenar belum dapat dipastikan.
"Kita cuma boleh mengesahkan waktu satelit tersebut memasuki atmosfera bumi iaitu di antara jam 11.23 pagi dan 1.09 tengah hari (waktu Malaysia) semalam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, setakat hari ini belum ada mana-mana laporan serpihan satelit itu dijumpai atau mengorbankan orang awam dan mengalami kerosakan harta benda.
Pada 21 September, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan NASA mengesan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) seberat enam tan yang berisiko untuk jatuh ke bumi dan diramalkan jatuh pada hari Jumaat lalu.
Tambah Mhd. Fairos, Malaysia antara negara yang terselamat daripada terkena serpihan itu kerana negara berada di laluan selamat.
Mengulas tentang orang ramai diingatkan tidak mengambil dan menyentuh objek pelik berhubung serpihan satelit, beliau memberitahu, serpihan tersebut dikhuatiri sangat panas disebabkan terbakar.
Selain itu, katanya, menurut Standard Operating Procedur, serpihan satelit itu mungkin mempunyai radiasi yang tidak dikenalpasti memandangkan sudah lebih 15 tahun di angkasa lepas.
Aku ada terjumpa satu video yang dikatakan ketika satelit itu jatuh. Tetapi tak pasti ia betul atau tidak. Kita saksikan :
[Video] Belajar Bermain Ragbi Dalam Tempoh 2:08 Minit
Mesti ramai yang ingin mempelajari sukan ini sejak akhir-akhir ini tapi takut nak cuba tapi jika coach kita seperti video di bawah ini, berani cuba,hahaha :
Menara TNB Patah Di Taman Negara
Menurut Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang, Sharuddin Mohd. Simin, kawasan sekitar voltan berkenaan dipercayai bervoltan tinggi dan dikhuatiri boleh menyebabkan kematian.
“Menara berkenaan yang menyalurkan kira-kira 33,000 voltan tenaga elektrik kepada lebih 1,000 buah rumah di situ patah akibat dihempap pokok berhampiran hutan Taman Negara.
“Akibat kejadian itu, sistem kecemasan TNB terputus secara automatik ke semua kawasan yang berhampiran iaitu di pekan Kuala Tahan, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, tindakan segera yang dilakukan TNB ialah menempatkan beberapa unit janakuasa di beberapa kawasan penempatan penduduk kerana bimbang kerja baik pulih itu akan memakan masa agak lama.
“Kerja mencari lokasi serta membaiki kerosakan amat sukar kerana talian terlalu panjang iaitu sejauh 96 kilometer yang merentasi kawasan hutan tebal berbukit serta tiada akses jalan masuk,” tambahnya.
Bagaimanapun katanya, TNB akan berusaha membaik pulih kerosakan itu secepat mungkin secara berperingkat dan dijangkakan kerosakan tersebut dapat dipulihkan pada hujung minggu ini.
“TNB juga sedang bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi meminimumkan risiko pokok tumbang atau sebarang ancaman lain terhadap talian TNB di sepanjang hutan antara Jerantut-Kuala Tahan-Mat Daling,” jelasnya.
Sumber : UtusanMalaysia
[Video] Apabila Kucing Jadi Spiderman
Sunday, September 25, 2011
Lagi Berita Terbaru Di WalesOnline Tentang Safee Sali Dan Cardiff City (25/9/2011)
Malaysian Beckham’ Safee Sali hoping to return after his trial with Cardiff City.
MALAYSIAN superstar striker Safee Sali admits his dream is to play for Cardiff City, but as he complete his two-week trial with the Bluebirds he fears it is an ambition which might not become a reality.
Sali said he had been impressed by Cardiff and manager Malky Mackay, but does admit that problems securing a work permit for the UK might scupper his dreams.
Safee begitu mengimpikan dapat bermain di sana dan berharap bahawa impian itu menjadi realiti tetapi hakikatnya, Safee menyedari kesukaran yang dihadapi. Ketakutan tidak dapat 'kembali' semula ke Cardiff sentiasa menjadi igauan buruk tetapi sperti dikatakan tadi, kesedaran hakikat sebenar menjadi penguat semangat.
“I tried hard, I’m not expecting too much though because there will be a work permit problem.
“But I still do hope I can play at Cardiff. I want to join Cardiff City.
“But whatever happens in the future, my time at Cardiff will make a big difference for me and my family too.
“I will take so many things with me from this very good experience at Cardiff.”
[Gambar] Kapal Selam Agosta 70 Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia
Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia sementara Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Pertahanan Perancis Yves Blanc mewakili kerajaan Perancis.
Turut hadir pada majlis itu ialah Atase di Kedutaan Malaysia Perancis Kapt Ismail Abdullah, menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Paris kepada Bernama di sini hari ini.
Perjanjian pemindahan itu telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada 16 Mei lepas.
Agosta akan diangkut di atas sebuah limbungan terapung ke Malaysia pada minggu pertama Oktober oleh Felda Transport dan ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka yang kemudian dijadikan sebuah muzium di Klebang, Melaka.
Sumber : Utusan Malaysia
Hakikat Sebenarnya : Najib Bukan Naik Bas Seperti Di Rasai Rakyat
"Dulu naik kereta, kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.
"Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat," katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di sini.
Itulah alasannya. Nampak sungguh memahami bukan? Rombongan ini melibatkan 5 buah bas dan hakikatnya bas ini bukan sebarang bas. Kalau benarlah ingin menyelamai rasa susah rakyat, rasa sebenar rakyat menaiki bas sebenar, naiklah bas yang betul-betul menjadi kenderaan rasmi setiap hari rakyat jelata, itu baru betul dan aku respek.
Ini bukan, apa yang aku rasa dan nampak setakat ini, bas ini mampu membeli 10 lagi bas kepada persatuan atau orang-orang yang lebih memerlukan. Kalau aku salah, tolong betulkan ok? Aku tak naik bas PM kita naik tu so kalau aku salah, buktikan yang PM kita tu naik bas biasa yang kita gunakan. Layankan gambar bas sebenar PM kita naik :
Kalau ini lah rupanya, duduk bertahun-tahun, jalan beribu kilometer pun takpe...huhu...maka, renung-renungkan dan selamat jalan!
Rambut Hafiz Terbesar Di Dunia?
AEVIN DUGAS mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambutnya. - Agensi
Namun, bagi seorang wanita di sini, Aevin Dugas, dia terpaksa mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut kerinting afronya.
Dugas, 36, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk kategori rambut afro asli terbesar di dunia.
Dia yang merupakan seorang pekerja agensi sosial, mengambil masa 12 tahun untuk menyimpan rambutnya hingga setebal 1.32 meter.
Dugas pernah menangis di lapangan terbang selepas pihak keselamatan AS memeriksa rambutnya untuk memastikan tiada bahan letupan disembunyikan di dalam 'mahkota' wanita itu. - Agensi
Full Time Result : Barclays Premier League (Saturday,24/9/2011)
Full Time Result : Piala Malaysia 2011 (24/9/2011)
Kedah 1 Sabah 0
Johor 1 Perak 2
KUMPULAN B
PKNS 0 Terengganu 1
Sime Darby 1 Negeri Sembilan 2
KUMPULAN C
Sarawak 1 Felda United 2
Johor FC 1 Kelantan 1
KUMPULAN D
PDRM 1 Selangor 4
T-Team 1 Kuala Lumpur 1
(Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Felda United, Kelantan, T-Team sudah melayakkan diri ke suku akhir)
Saturday, September 24, 2011
[Gambar] Satelit Jatuh : Jangan Sentuh Kalau Jumpa Benda Pelik
Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan tersebut dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.
Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat. — Bernama
Bekas Pemain Liverpool Dan Manchester United Akan Bersama Selangor
Langkah menggunakan dua tenaga import yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bagi memberi keseimbangan antara kekuatan Selangor dan Singapura yang dimantapkan dengan kehadiran ramai pemain berstatus 'nutralisasi'. Selain kehadiran dua bekas pemain EPL itu, Pilihan Selangor juga akan memanggil bekas pemain negeri itu yang kini beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali bagi memantapkan pasukan dalam usaha merampas kembali trofi kejuaraan dari pasukan jiran itu. Saya yakin gandingan Safee dan dua pemain import itu bukan saja mampu memperkuatkan Pilihan Selangor menghadapi lawan yang dibarisi ramai pemain import, tetapi ia juga mampu menyajikan satu perlawanan yang menarik untuk penonton, kata pengerusi jawatankuasa penganjur Piala Sultan Selangor 2011, Datuk Abdul Karim Munisar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
McAteer, 40, dan Blomqvist, 37, kedua-duanya pemain tengah masing-masing mewakili Liverpool dan United pada pertengahan 1990-an hingga sekitar 2000. McAteer kini berkhidmat sebagai pemain dan penolong pengurus untuk kelab di England, manakala Blomqvist masih aktif terbabit dalam perlawanan bola sepak di negara asalnya, Sweden.
Sekalipun agak berusia, kedua-dua mereka masih aktif dan pengalaman mereka beraksi dalam saingan EPL pastinya sedikit sebanyak akan membantu memantapkan skuad Pilihan Selangor.
Seperti edisi sebelum ini, selain aksi Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura, peminat turut akan dihiburkan dengan aksi veteran Selangor menentang Singapura. Tiket perlawanan berharga RM10 dijual di Hotel Quality Shah Alam dan City Center Kuala Lumpur; Hotel Concorde Shah Alam; Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan Stadium Shah Alam
Ada Partikel Yang Lebih Laju Dari CAHAYA?
Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.
Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein.
Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.
Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.
Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.
"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.
"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP
Friday, September 23, 2011
Apabila Kita Menembak Langsung Tak Mengena
Pengalaman aku tentang menjawab soalan objektif ni, bila sampai satu tahap kita tak mampu memikir dah, tekaan atau TEMBAKAN sniper amat-amat diperlukan. Ada yang malas pikir , sniper digunakan pada semua soalan seperti satu salinan jawapan OMR di bawah ni. Yang lagi bestnya, tembakan sniper ini dilakukan hanya pada jawapan C dan kemungkinan untuk betul mesti ada. Tetapi, kenapa keputusan untuk jawapan dibawah ini mendapat 0? Nak tau jawapannya?
Inilah jawapannya kenapa manusia di atas mendapat keputusan 0 dalam peperiksaan tersebut. Cikgu yang menanda jawapan manusia ini telah memberi kata dua :
Setiap Tahun saya selalu berusaha untuk meningkatkan nilai dan peringkat dari setiap murid dengan memberikan ujian yang sangat senang. Yang terdiri dari 100 soalan BETUL/SALAH dari hanya 3 chapter bahan. Selama 20 tahun saya mengajar mata pelajaran Comunication 101 ini saya tidak pernah melihat murid mendapat markah di bawah 65. Nilai 0 kamu ini pertama kalinya dalam sejarah dan membuatkan nilai purata kelas turun keseluruhan 8 angka.
Hanya ada 2 pilihan jawapan : A untuk BETUL, dan B untuk SALAH. Namun, kamu memilih C untuk semua jawapan dengan harapan mendapat kemungkinan 25 persen betul dari 100 soalan. Nampaknya kamu sama sekali tidak membaca soalan. Malang sekali ini menyebabkan anda tidak lulus.Jumpa anda tahun depan!
Sumber: isuhangat.net[Video] Cage-Fighting Kids,Preston : Budak 8 Tahun Bergaduh
Rakaman video itu diambil di kelab Greenlands yang terletak di Preston di barat laut England pada awal bulan ini.
Video itu turut menggambarkan kedua-dua budak lelaki itu bergelut tanpa menggunakan pad perlindungan dan ditonton seramai 250 orang. – AFP
Pengguna Facebook Tak Puas Hati
Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.
Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.
"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.
Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.
Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.
Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Facebook banyak memberi tumpuan untuk mencipta kaedah-kaedah baharu supaya para pengguna dapat mengawal aspek penerimaan dan perkongsian maklumat dengan lebih baik.
Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter.
Selain itu, Facebook juga membenarkan penggunanya membuat pilihan tentang jenis kemas kini daripada rakan-rakan yang dibenarkan dipaparkan di laman Facebook mereka.
Panel sembang Ticker di kolum kanan skrin Facebook pula membolehkan orang ramai bersembang melalui mesej teks jika terdapat paparan imej baharu atau penghantaran lain.
Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini.
Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional.
Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook. - AFP
Thursday, September 22, 2011
[Video] Ramli Pemain Malaysia Pertama Bermain Untuk Manchester United
Itulah dia RAMLI. Pemain yang telah mula jadi sebutan di negara kita tapi hakikatnya ia rupanya hanya sebuah iklan Telekom Malaysia TM. Iklan ini memang mempunyai kelasnya tersendiri. Ianya betul-betul memberikan kesan kepada rakyat Malaysia. TM telah menghasilkan iklan yang menggunakan pemain sebenar MU kerana TM adalah antara penaja untuk pasukan MU selain Master Potato baru-baru ini. Saksikan :
2 Anugerah Aku Berikan Untuk Perlawanan Jepun Vs Malaysia Semalam
Dalam perlawanan semalam, aku memuji dan aku tabik pada barisan pertahanan Malaysia yang diterajui Khairul Fahmi, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan lain-lain. Walaupun mereka hanya mampu mengeluarkan bola di kawasan bahaya yang nampak membabi buta, tetapi kefahaman mereka dalam benteng cukup baik. Lebih-lebih lagi, ketangkasan Khairul Fahmi dalam menjaga gawang negara dari di bolosi lebih banyak oleh Jepun. Ini memberikan keyakinan yang tinggi pada barisan pertahanan tetapi tidak pula berlaku pada barisan tengah dan serangan kita.
Aku hairan dan kadang-kadang rasa nak mengamuk pulak tengok permainan Izaq Faris Ramlan di hadapan ni. Aku terlalu kecewa dan sakit hati dengan permainan yang ditunjukkan. Sebelum-sebelum ini pun, permainan Izzaq ni terlalu lemah dan aku tak pasti kekuatannya di mana. Takkan mengharapkan ketinggian semata-mata? Mengharapkan kekuatan badan pun aku tengok cukup mudah di atasi lawan sampai selalu sangat jatuh dalam keadaan yang tidak sepatutnya? Larian? Terlau berat aku tengok, kepantasan dalam bertindak juga terlalu lemah.Ong Kim Swee tak nampak ke perkara ini? Kita seolah-olah bermain 10 orang sahaja semalam dan lagi menyakitkan, Izzaq diberi bermain full tima di padang.
Ong Kim Swee sepatutnya boleh nampak perkara ini. Kita memerlukan pemaian hadapan yang mampu bertindak cepat dan membantu barisan tengah tetapi dengan kelemahan yang ada pada Izzaq, kita gagal memasukkan kubu lawan dengan lebih yakin. Kubu Jepun boleh di masukki jika Izzaq ni mungkin digantikan dengan pemain yang lebih yakin dipadang dan mempunyai kekuatan yang lebih baik dari beliau. maka di sini, aku simpulkan ulasan aku dengan 2 ANUGERAH yang aku kurniakan kepada pemian kita semalam iaitu :
Izzaq Faris Ramlan
ANUGERAH PEMAIN PALING CEMERLANG
(Seluruh pemain pertahanan yang diketuai penjaga gol Khairul Fahmi)