Wednesday, October 5, 2011

Loji Kimia Di AS Terbakar, Apa Jaminan Lynas Di Kuantan Selamat?

API dan asap hitam menjulang tinggi di Loji Kimia Magnablend Inc. yang terbakar di Waxahachie, Texas, kelmarin.


Bila terbaca cerita ini, aku terpikir, apakah jaminan yang mengatakan Lynas di Gebeng Kuantan ini selamat? AS yang begitu bangga dengan teknologi dan kepakaran tenaga mahirnya pun tidak mampu melawan takdir jika sesuatu malapetaka berlaku disebabkan kelalaian manusia atau kegagalan teknikal. So jangan angkuh dan bongkak orang Malaysia terutama yang menyokong isu Lynas ini. Nyawa tetap di hujung tanduk. Jangan nafikan perkara hakiki.


Kalau keuntungan dikejar tetapi nyawa terancam untuk apa? Ibarat menjual dadah, untungnya besar tetapi risiko di tangkap dan dihukum di bawah akta 39B yang boleh bawa gantung sampai mati. Tiada bezanya orang yang menjual dadah denagn pembangunan Lynas ini. Mereka sama sahaja cuma cara lebih nampak harmoni dan tak nampak ancamannya. Kita renungkan. Baca artikel KOSMO di bawah :


DALLAS - Satu kejadian kebakaran besar di sebuah loji kimia di selatan Dallas menyebabkan asap tebal kelihatan sehingga memaksa ratusan penduduk di bandar Waxahachie dipindahkan kelmarin, kata beberapa pegawai bomba.

Kebakaran di Loji Kimia Magnablend Inc. itu berlaku kira-kira pada pukul 11 pagi dan merebak dengan cepat.

Ketua Bomba Waxahachie, David Hudgins memberitahu wartawan kelmarin, 80 peratus daripada kebakaran itu berjaya dikawal.

Asap daripada kebakaran itu boleh dilihat dari jarak jauh tetapi tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

Sebahagian daripada mereka yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang kelmarin, jelas seorang jurucakap bandar Waxahachie, Amy Hollywood.

Loji tersebut menghasilkan pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam pertanian, pengeluaran minyak, pembersihan perdagangan dan perindustrian serta rawatan air. - Reuters





4 comments:

Anonymous said...

Semua industri ada risikonya bro. Yang terbakar tu loji petrokimia. jangan samakan dengan loji nadirbumi. loji nadir bumi lain risikonya dan langkah-2 keselamatan perlu dilakukan dengan sempurna. rumah sendiri pun ada risiko untuk terbakar.

Amz CamPro said...

itu betul,bukan aku tak dapat beza nadirbumi dan petrokimia...isu aku bincangakan adalah keselamatan...jangan letakkan risiko sbg kesan di kemudian hari...hati akan merasa tidak tenang jika kediaman bersebelahan dgn kilang walaupun kilang biskut..tq

Orang Sg Isap 1 said...

Tak sangka penulis blog ini rendah tahap ilmunya..jika semua perkara dilakukan dgn SOP semua tidak ada masalah..setiap benda musti ada risiko..

Amz CamPro said...

ok...semoga semuanya selamat...amin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...