Sunday, July 31, 2011

[Gambar & Video] Gempar Hidangan Sotong Menari


TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.



Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.

Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.

Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali. - Agensi


Sumber : KOSMO




Akhirnya, KFCM @ Apek Putus Tunang?


Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.
Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

Keputusan Undian Zon Asia Piala Dunia Brazil 2014


Setelah selesai pusingan kedua yang menyaksikan kita gagal teruskan kecemerlangan ke pusingan ketiga, undian peringkat kumpulan dalam pusingan ketiga telah berjalan. Berikut keputusan undian :

Kumpulan A – China, Jordan, Iraq, Singapura
Kumpulan B – Korea Selatan, Kuwait, UAE, Lebanon
Kumpulan C – Jepun, Uzbekistan, Syria, Korea Utara
Kumpulan D – Australia, Arab Saudi, Oman, Thailand
Kumpulan E – Iran, Qatar, Bahrain, Indonesia

Bila tengok undian,terasa sayangnya,bayangkan jika kita duduk kumpulan menggantikan Singapura di kumpulan A, nampak laluan kita lebih mudah dan seimbangkan nak banding dengan Thailand. Ruginya...Tak mustahil Singapura ke next stage. Kalau kita dapat main dalam pusingan kumpulan ini pun dah cukup tinggi dah.Mungkin belum rezeki.Kita tunggu sahaja skuad Harimau Muda menyinar pula.





Saturday, July 30, 2011

[Gambar & Video] UFO Di Rakam Secara LIVE!

IMEJ objek terbang tidak dikenali (dalam bulatan) dirakamkan oleh seorang jurugambar stesen televisyen KXAS di Fort Worth, Texas baru-baru ini.

FORT WORTH, Texas - Satu imej objek terbang tidak dikenali (UFO) dirakamkan oleh seorang jurugambar sebuah stesen televisyen secara kebetulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Para penonton dapat melihat satu objek berwarna putih bergerak semasa menonton program siaran langsung mengenai perkembangan lalu lintas di Forth Worth di stesen televisyen KXAS pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan baru-baru ini.

Di bahagian kanan atas video itu kelihatan cahaya terang dari langit yang kemudian lenyap daripada pemandangan. Tayangan gerak perlahan menunjukkan cahaya samar berwarna putih berada di sebelah kanan gambar.

Terdapat beberapa penonton yang membuat spekulasi bahawa ia mungkin terjadi disebabkan pantulan cahaya daripada menara televisyen.

Namun, terdapat juga beberapa orang yang menyatakan mereka telah melihat objek itu.



Video dirakam pada 26 Julai 2011

"Saya sedang duduk di luar rumah jiran saya dan saya melihat satu cahaya di langit bergerak di atas pokok.

"Jiran saya, Bill juga melihat imej itu," kata seorang saksi yang menghantar mesej di laman web stesen berkenaan.

Menurut seorang lagi saksi, imej itu kelihatan seperti tahi bintang yang sudah tiba di atmosfera Bumi. - Agensi





Gempar! Mohd Ashraf Hafiz a.k.a Aleesha Meninggal Dunia


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal duniaKatanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Sumber : MalaysiaKini




Friday, July 29, 2011

Penduduk Malaysia Mencecah 28.3 Juta Orang

PUTRAJAYA 29 Julai - Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Nor Mohamed berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

"Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci,” katanya.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia





Ranking FIFA Malaysia Jatuh, Singapura Naik Mencanak!

Tahukah anda,selepas perlawanan pusingan pertama di Singapura dimana kita tewas 5-3, Singapura mendapat point antara tertinggi di tambah pula perlawanan persahabatan yang pernah dilalui Singapura semuanya bertaraf antarabangsa (boleh dapat point ranking). Mengikut ranking FIFA yang di update pada 27 Julai 2011 sehari sebelum mereka menyingkirkan kita untuk terus ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, mereka telah naik 11 anak tangga dalam ranking dan terus menduduki tangga ke-131 dari 144.







Kita pula jatuh 2 anak tangga dan masih kekal tangga ke-146 mungkin kerana ada negara yang turut jatuh rankingnya.Aku percaya, selepas diambil kira game semalam dan ditambah pula kemenangan mereka menyingkirkan Malaysia untuk mara lebih jauh,sudah semestinya mereka akan lagi jauh meninggalkan kita. FAM harus buka mata. banyakkan lagi perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa yang boleh dinilai FIFA untuk menaikkan ranking kita. Saksikan ranking terbaru FIFA di bawah :

Ranking FIFA Update 27 Julai 2011

Malaysia vs Singapura : Orang Yang Memancar Laser Dah Di Kesan!

Ni lah malaun yang memalukan negara.Lebih hina dia dari kalah atas padang 5-0.
Gambar ehsan
: Rilekslah.com

Semalam sekali lagi isu tembakan laser menjadi topik perbualan. Memalukan betul. Kenapa ada manusia bangang macam ni dalam Malaysia? Aku boleh bagi ayat mudah, dia ni lebih hina dari orang yang main atas padang bila kalah 10-0. Memalukan negara. Silap2 dengan cara mereka,FIFA boleh amik tindakan. Polis boleh buat tangkapan sebenarnya sebab menggangu perlawanan dan mencemarkan nama baik pasukan negara sendiri.Kat bawah ini video ketika kejadian berlaku semalam :







Harimau Muda Mengaum Di Slovakia Untuk Sesi 2011!


Walaupun skuad seniiro kita kalah semalam tapi penuh dengan maruah.Mereka tetap terbaik. Dalam kita sedang fokus pada team senior,skuad Harimau Muda yang kini berada di Slovakia telah memulakan perlawanan persahabatan pertamanya semalam dan keputusan sangat membanggakan! Malaysia memenanginya dengan jaringan tunggal Wan Zack Haikal. Ikuti laporan yang telah dibuat :

Skuad Harimau Muda yang berkelana ke Slovakia memenangi perlawanan sulung ketika bertemu dengan kelab FK Bodva Moldava nad Bodvou hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-47.



Skuad b-23 tahun yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee kini dalam rangka persiapan menjelang kelayakan Olimpik September ini serta dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Harimau Muda dijangkan akan mengadakan 12 perlawanan persahabatan dengan Kelab Liga Divisyen Satu Slovakia termasuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad Olimpik Austria dan Republik Czech.





Thursday, July 28, 2011

Final Result & Video Gol : Malaysia Gagal Layak Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014


MALAYSIA (1) vs (1) SINGAPURA
Safee Sali (57')
Shi Jiayi (72')

Kita gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga selepas hanya mampu seri di gelanggang sendiri. Perlawanan ini lebih baik sebenarnya dan ketangkasan keeper Apek banyak menyelamatkan kita dari bolos lebih banyak gol. Taktik Singapura yang melambat2 permainan betul2 menjadi. Konsentrasi kita memang terganggu. Kelemahan pertahanan masih ketara Asraruddin menjadi punca.Aku masih tak faham tugas sebenar dia ni. Terlalu banyak bertindak naik ke atas tetapi gagal menjalankan tugas sebenar di pertahanan.

Harimau Malaya seolah-olah menyorokkan taringnya. Kenapa ini berlaku? Jadikan ini sebagai satu pengajaran yang berharga.Gagal adalah guru terbaik. Pasukan ini jangan digugurkan.Mereka masih yang terbaik.Teruskan menimba pengalaman.









Penjaga Gol Malaysia Khairul Fahmi Sudah Berubah?


Ura-ura mengatakan penjaga gol Malaysia Apek ini sudah mula berubah. Hubungan pertunangan mereka seperti telur di hujung tanduk. Tapi kebenarannya masih tidak dipastikan. Tuan empunya badan kena jawab sendiri. Kalau perkara ini betul,sedihlah kita. Kenapa bila dah glamer perlu berubah? hmmm..harap2 bukan macam tu...Tapi pihak risikan telah menemui komen di Facebook yang dikatakan tunang Apek telah secara tidak langsung membuktikan ura-ura itu.Layankan petikan dibawah :


Jangan kerana ini,prestasi Apek jatuh dan negara kita dipertaruhkan. huhuhu...harap2 semuanya baik2 belaka.

Sumber : Oh! Bulan.com




Live Streaming : Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011 Stadium Bukit Jalil



Malam ini adalah perlawanan hidup dan mati kita dalam meneruskan kesinambungan bola sepak kita dipentas antarabangsa. 90 minit ini sangat berbaloi jika kita mampu manfaatkannya dan menyingkirkan musuh tradisi kita untuk layak ke pusingan ketiga dalam merebut tempat layak ke Piala Dunia 2014 Brazil. Banyak kata-kata semnagat telah di berikan,samada dari orang perseorangan, VVIP, malah seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan mereka dan berharapkan kita mampu sedar dari melakukan kesilapan yang boleh dianggap bodoh dalam bola sepak.


Diharapkan senyuman ini kekal selepas kita melayakkan diri ke pusingan ketiga


Kata-kata semngat dari jurulatih sendiri, menteri dan terbaru Tengku Abdullah menunjukkan betapa prihatinya kita supaya mereka ini terus berjuang 90 minit ini bagi membuktikan kekuatan sebenar mereka bermain di atas padang rumput.Kembalinya Aidil Zafuan membolehkan kita pmempunya pemimpin di bahagian pertahanan dan jika Safee diberi tugas kapten, beliau akan mempin pula bahagian tengah dan serangan. Ketiadaan Shahrul Idlan Talaha terpaksa ditelan.Mereka kena buktikan mereka setanding dengan penggempur yang pernah meranapkan impian Indonesia ini dulu. Ketajaman sepakan jauh Ashari Shamsudin diperlukan. Ikuti kata-kata semangat Tengku Abdullah :


“MALAM esok (hari ini) bakal menjadi malam keramat dan mudah-mudahan kemenangan akan memihak kepada kita.

“Saya harap mereka dapat tunjukkan permainan mantap, kurangkan kesilapan yang boleh merugikan kita. Saya dan jurulatih yakin pemain akan bangkit.

“Dengan sorakan ramai penyokong esok (hari ini) ia bakal menjadi malam keramat dan mudah-mudahan kemenangan akan memihak kepada kita,” kata Tengku Abdullah.


MALAYSIAKU : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!


Untuk perlawanan malam ini,aku akan cuba bagikan link Live Streaming bagi yang tak dapat tengok live di TV dan ASTRO.Banyak Live streaming sekarang perlu menjadi ahli dahulu,baru leh tengok,sebab tu kadang-kadang tak dapat tengok.hmmm,aku cuba tau...








Manusia Bangang Dera Kucing Ini Cuma Kena Denda RM400? Cilakak!

Inilah manusia bangang itu

PETALING JAYA - Seorang penjaja wanita, Chow Xiao Wei, 21, didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada 19 Februari lalu.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan.

Petikan dari CCTV bagaimana penderaan itu berlaku.Aku tak sanggup tengok video tu lagi.Cukup zalim manusia ini!

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti tiga ekor kucing antara pukul 4.25 hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan dekat sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM400 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sebelum ini, video yang diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup berhampiran tempat kejadian dimuat naik di laman sosial Facebook tersebar luas menunjukkan tertuduh menzalimi kucing berkenaan.





Wednesday, July 27, 2011

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 1432 Hijrah


KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).






Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Sumber : KOSMO

Rekod Dunia : Budak Ada 34 Jari

Akshat Saxena

NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki.

Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India. Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet. Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi. - Agensi





Tahukah Anda : Sepak Takraw Sukan Paling Lasak Di Dunia?

Bagi kita, sukan sepak takraw tidak asing lagi dan kita rasakan ia sukan antara yang dah sebati di nusantara tapi tahukah anda,masyarakat barat dan eropah menganngap sukan ini antara sukan terlasak dan susah di dunia? Siap bagi amaran lagi, jangan cuba di rumah...hahaha...Takpe,korang baca artile yang ditulis baru-baru ini oleh pihak Yahoo! Sports :

Don't Try This At Home: Sepak Takraw May Be The Toughest Sport On The Planet

How about a little volleyball this summer?

How about not using your hands or arms?

Say what?

Say hello to Sepak Takraw, a sport so impossible that a pickup game between you and your friends would almost undoubtedly end in a 0-0 tie.

You can only use your legs, chest and head to touch the ball, which means unless you have Abby Wambach's forehead, you're going to have to execute some bicycle kicks.


The sport is popular all over Asia, and the name is a neat combination of a Malay word "Sepak" -- or "kick" -- and a Thai word "Takraw" -- which roughly translates to "ball." (The ball usually is made of rubber or rattan.) Takraw is not too big in the U.S., though a group of college students in California organized a team in the mid-1980s. There was even a U.S. contingent at the World Championships in 1989. The Americans didn't fare all that well. And can you blame them?

If you want to read more about Sepak Takraw, head over to Out of Bounds or check out this Yahoo! Sports story on up-and-coming hockey star Andreas Athanasiou. And yes, he's a Canadian of Greek heritage who loves this Asian sport. What did you expect?





Mario Balotelli Yang Bangang : Nak Buat Trick Gol Tapi Tak Jadi


Siapa tak kenal Mario Balotelli ni.Sekarang dia dah main dengan Manchester City dibawah pimpinan Roberto Mancini. Banyak isu mengenai pemain ini tetapi apa yang aku nak tunjukkan adalah sikap dia yang aku rasa dah sampai tahap kemuncak bangangnya dalam satu siri perlawanan di mana ia ingi melakukan satu jaringan trik yang cantik tetapi tak menjadi dan akhirnya ia di bawa keluar oleh pengurusnya untuk diganti.


Ketika itu pula,timbul pertengkaran di bangku simpanan yang berjaya dirakam ESPN. Mungkin kerana tak puas hati dengan sikapnya yang tak serius dalam padang. Tetapi ada isu mengatakan sebenarnya ketika itu bola sudah pun offside maka sebab itu dia tak teruskan sepakan ke arah gol.Cara dia menjelaskan pada Macini seolah-olah menunjukkan wisel dah bunyi tu macam betul.Entahlah,aku pun tak tengok full game tapi video ini menarik untuk diperkatakan.Layan...







Tuesday, July 26, 2011

Apabila Lamborghini Terbakar Masa Beli McD

KEADAAN kereta Lamborghini yang hangus terbakar selepaskebakaran dipadamkan oleh anggota-anggota bomba.

OSLO - Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.

Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. - Agensi





Monday, July 25, 2011

Sheikh Hamad : Bila Orang Arab Dah Kaya Sangat!

ABU DHABI: Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh kaya-raya mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas.

Pekerja mengukir perkataan ‘HAMAD’ atas arahan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.

Nama itu terbentang seluas 3.2 kilometer dan hurufnya setinggi satu kilometer setiap satu. Ia begitu besar sehingga huruf ‘H’ dan ‘A’ yang pertama dan sebahagian huruf ‘M’ dijadikan laluan air.




Sheikh kaya-raya itu, yang berusia 63 tahun, anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini, mempunyai kekayaan berjumlah RM70 bilion, yang kedua terbanyak selepas raja Arab Saudi.



Keretanya yang berjumlah lebih 200, termasuk tujuh Mercedes 500 SEL dicat dengan pelbagai warna pelangi, ditempatkan di sebuah bangunan yang dibina khas, berbentuk piramid.

Namanya itu diukir pada sebuah pulau yang dimilikinya, Al Futaisi. - Agensi





Isu AirAsia Pindah HQ Ke Jakarta Tidak Benar!


Tak mahu cerita panjang tapi isu ini dah macam lebih dari kabar angin sahaja.Pihak AirAsia sendiri sudah menjawab tentang isu ini. Berikut artikel dari akhbar berkaitan hal ini :

KUALA LUMPUR 25 Julai – Ibu pejabat syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan terus berlokasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang, demikian menurut syarikat itu.

"Tiada sebarang rancangan ataupun petunjuk untuk memindahkan ibu pejabat syarikat keluar dari negara ini. Dan semua rangkaian pesawat kami yang berdaftar di Malaysia akan terus beroperasi dari LCCT”.

Syarikat penerbangan itu berkata demikian dalam kenyataan untuk menjelaskan laporan akhbar yang menyatakan AirAsia akan memindahkan “ibu pejabat korporat"nya dari Malaysia ke Indonesia.

Pejabat di Jakarta akan dikenali sebagai AirAsia ASEAN, sebuah entiti yang ditubuhkan di bawah naungan AirAsia, dan matlamat utama unit ini ialah bertindak sebagai pejabat perwakilan AirAsia dalam usaha mengembangkan jenamanya sebagai syarikat penerbangan “Truly ASEAN” dan memperluaskan jangkauan ke pelbagai kumpulan di rantau ini dari segi dasar penerbangan dalam lingkungan ASEAN.

Keputusan untuk menempatkan pejabat wakil di Jakarta berdasarkan semata-mata kepada rasional yang Sekretariat ASEAN berpangkalan di Jakarta, dan pejabat serantau di sana boleh membantu AirAsia mempersembahkan ideanya berkaitan dengan penerbangan serantau dan pertumbuhan pelancongan dengan lebih cekap lagi. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia





Arsenal Pakar Gol Sendiri Paling Cantik!

Pasukan Arsenal baru sahaja menandatangani kontrak kepada seorang pemain muda berusia 19 tahun iaitu Carl Jenkinson yang akan bertindak selaku pemain pertahanan pasukan ini kelak nanti. Dia baru sahaja membuat kemunculan dalam pasukan Arsenal ini sebanyak 3 kali iaitu semasa jelajah Asia bertemu Malaysia antaranya baru-baru ini.Tapi entah macam mana, dah ada kenangan manis dan pahit untuk beliau untuk penampilan ketiganya iaitu jaringan gol sendiri yang paling cantik! Apa-apa pun Arsenal tetap menag 2-1...hehe...Anda saksikan sendiri gol yang baru 1 hari (24/7/2011) dihasilkan :



Bukan itu sahaja,pemain Arsenal pernah buat gol sendiri tercantik dan ia berlaku pada tahun 1991 dimana Lee Dixon telah menjaringkan gol sendiri ketika bertemu Conventry.Saksikan :



So,jangan sedih sangat yer Carl. Ada yang buat jaringan cantik jugak macam awak,hahaha iaitu Lee Dixon's.




Video dan Foto Mengerikan! Apabila Air Terjun Bergerak Ke Udara

PERCIKAN air terjun yang bergerak ke udara akibat tiupan angin kencang di Sydney pada minggu lalu.



SYDNEY - Satu kejadian ganjil berlaku di Sydney apabila air terjun didapati bergerak ke udara akibat tiupan angin yang kuat pada minggu lalu.

Kejadian yang ganjil itu berjaya dirakamkan menerusi kamera dan ia kemudian disiarkan di You Tube.

Air terjun itu tidak turun dari kawasan tinggi seperti kebiasaan.Apa yang terjadi ialah air terjun itu dipaksa angin bergerak ke udara.Kejadian itu berlaku akibat tiupan angin kencang yang melanda kawasan air terjun tersebut sehingga mencecah 120 kilometer sejam.

Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita.

"Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan," katanya. - Agensi






Satu Lagi Video Kejinya Pekerja KFC

Hari itu kecoh pasal selet ayam kaki kasut.Sekarang ini perah semula minyak masak dalam kuali.Kire recycle semula lah.Siap pesan jangan makan ayam spicy,huhu..memang cilakak ini orang.Layankan...







Raksasa Loch Ness di London?

WILLIAM JOBES merakamkan gambar raksaksa seperti Loch Ness dekat Fort Agustus, Scotland pada Mei lalu.

LONDON - Raksaksa Loch Ness bukan seekor tetapi ia memiliki keluarga, kata seorang peminat haiwan legenda tersebut, William Jobes seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.

Jobes, 62, bertegas dia pernah melihat dua ekor raksaksa berlainan saiz menyerupai Loch Ness ketika keluar untuk merakamkan imej haiwan tersebut.

Jurugambar amatur itu dapat merakamkan raksaksa lebih kecil itu yang menyerupai raksaksa Loch Ness sebelum ia hilang dekat Fort Agustus, Scotland, pada Mei lalu.

"Saya datang ke tasik ini sejak 42 tahun lalu dan tidak pernah melihat haiwan seperti ini. Saya yakin ia raksaksa Loch Ness dan ia bukan hanya terdapat seekor," kata Jobes.

"Kepala raksaksa pertama keluar dari air dan ia memalingkan kepalanya sebelum menyelam. Ia kelihatan seperti kepala biri-biri. Kemudian, seekor lagi raksaksa serupa yang lebih besar timbul dan saya merakamkan haiwan tersebut ketika ia mula hendak menyelam," tambahnya.

Raksaksa Loch Ness yang lebih popular dengan gelaran Nessie pertama kali dirakamkan menerusi kamera pada tahun 1930-an. - Agensi





Sunday, July 24, 2011

Kerana Politik Wang : Presiden AFC Mohamed Hammam Diharamkan Terlibat Dalam Bola Sepak Seumur Hidup


ZURICH 24 Julai - Presiden Bola Sepak Asia, Mohamed Hammam dilarang terlibat dalam sukan tersebut seumur hidup, semalam setelah dia didapati bersalah oleh badan induk bola sepak dunia kerana cuba meraih undi untuk pemilihan jawatan Presiden FIFA, bulan lalu. - Reuters





Qari dan Qariah Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53

AMIRRAHMAN dan Suraya bersama piala serta hadiah kemenangan masing-masing selepas diumumkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Sedang kita duk beria mengadap perlawanan bola sepak Malaysia dan Singapura semalam.Qari dan qariah kita telah menjadi johan dalam kategori masing-masing di tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Kita patut rasa berbangga...Alhamdulillah. Berikut petikan akhbar mengenai keputusan tilawah semalam :

Amirrahman memperoleh markah 89.26 peratus manakala Suraya mendapat 88.33 peratus.

Sementara itu, Saudi M Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.3 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga dimenangi qari Mesir, Abdel Basit Mohamed (87.88 peratus) dan qariah Singapura, Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus). Mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan. Peserta lain menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Sumber : Berita Harian







Saturday, July 23, 2011

Video Gol dan Full Time Result : Singapore vs Malaysia 23 Julai 2011, Stadium Jalan Besar,Singapore

SINGAPORE (5) VS (3) MALAYSIA
Safee Sali (1' dan 70' )
Qu Yi (21')
Duric (7' dan 81')
Abd Hadi Yahya (68')
Import 1 (43')
Import Cina (45')


UPDATE! Perlawanan yang mengecewakan bagi aku. Pertahanan kita cukup lemah! Apa sudah jadi? Kenapa sampai 5 gol dilepaskan? Datuk K.Rajagobal, kita mencari cara susah untuk menang? 3 gol bekalan kita sebenarnya sudah cukup jika kita tidak bolos terlalu banyak...aku espek kita mampu hanya seri atau kalah dengan 1 gol perbezaan sahaja tapi perangai lama masih ada!

Perlawanan kedua di Bukit Jalil 28hb ini seperti tidak mustahil dilakukan cuma jalan susah dan aku takut kita kecewa lagi untuk ke pusingan seterusnya...Dengan ketiadaan Safiq yang kena kad merah,kita kehilangan seorang lagi pemain untuk diturunkan. Apa kata-kata pasukan Taiwan itu memang benar,kita kurang matang dan tidak stabil.Ia seolah-olah ingin dibuktikan sendiri oleh pasukan kita sendiri,bukan disebabkan lawan yang handal.Seolah-olah bagi gol percuma sahaja. Mereka perlu kerja keras lagi untuk perlawanan kedua nanti. Layankan 8 gol yang telah dihasilkan tadi :






















Pasukan Bola Sepak Pahang Memalukan : Gagal Layak Ke Piala Malaysia Buat Pertama Kali


SKUAD Sime Darby FC melakar sejarah tersendiri selepas berjaya melayakkan diri bertanding pada saingan Piala Malaysia musim ini.

Sime Darby memenuhi hasrat itu selepas menewaskan Pahang 2-0 di Stadium Darulmakmur, semalam untuk mencatat agregat 6-0.

Pada perlawanan pertama Selasa lalu, pasukan tempat kelima Liga Perdana itu menang selesa 4-0 di Stadium Selayang.

Pencapaian ini boleh dianggap satu kejutan kerana dua tahun lalu, Sime Darby beraksi di Liga FAM.

Bagaimanapun, selepas layak ke Liga Perdana selaku juara Liga FAM, Sime Darby mempamerkan persembahan mantap untuk beraksi di Piala Malaysia musim ini.


Amz CamPro berkata :

Keangkuhan Pahang dalam liga Malaysia akhirnya menerima balasannya kerana gagal layak ke Piala Malaysia dan jatuh ke liga perdana. Cukuplah bermain politik selama 2 musim selama ini dan akhirnya mereka kena mengaku yang mereka memang kayu dalam bola sepak.

Kadang2 puas hati jugak,biar dieorang sedar termasuk pemimpin2nya yang terlalu banyak sangat bermain politik dalam bola sepak. Keangkuhan pemain jangan ceritalah,macam star sangat jer style nye...haha..lawan pasukan wanita piala dunia Jepun pun konfem kalah...haha...renung2kan balasan yang diterima yer? salamz...






My Yearbook Akan Muncul,Facebook Akan Jatuh?

GAMBAR menunjukkan Catherine Cook berdiri di dalam pejabat MyYearbook di salah sebuah pejabatnya di Amerika Syarikat.

NEW JERSEY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang gadis, Catherine Cook dan dua saudara lelakinya, David serta Geoff bergelar jutawan selepas laman web ciptaan mereka, MyYearbook dibeli pada harga AS$100 juta (RM296.6 juta) oleh pihak laman jaringan sosial Latin, Quepasa, lapor sebuah akhbar semalam.

David mendapat idea untuk menghasilkan laman web berkenaan semasa dia dan kakaknya menyelak buku tahunan sekolah mereka pada 2005.

Ketika itu, dia berusia 15 tahun, manakala Catherine setahun lebih tua.

Buku tahunan sekolah di AS menyimpan gambar dan nama para pelajar senior selain maklumat mengenai pelbagai pertubuhan serta aktiviti sesebuah sekolah yang dicetak pada setiap tahun.

David dan Catherine kemudian berusaha untuk mencipta buku tahunan digital di Internet dan menamakan laman web tersebut, MyYearbook.

Dalam tempoh enam tahun MyYearbook beroperasi, adik-beradik Cook memperoleh pendapatan AS$17 juta (RM50.5 juta) dengan laman web mereka berjaya menarik minat 70 juta pengguna dan ia dilihat sebanyak 1.2 bilion kali sebulan.

Pada Rabu lepas, Quepasa mengumumkan pengambilalihan MyYearbook berjumlah AS$100 juta dengan AS$82 juta (RM244 juta) melibatkan pemberian saham Quepasa, manakala baki AS$18 juta (RM53.5 juta) lagi dibayar secara tunai. - Agensi

Sumber : KOSMO

Amz CamPro berkata :

Macam-macam laman sosial sebenarnya di dunia ini tapi yang orang banayk tahu hanya Facebook,Twitter,My Space dan Friendster.Kalau korang tengk gambar dibawah,macam-macam jenis laman sosial yang ada,silap2 ada yang baru lagi. So selagi internet boleh dicapai,macam2 web akan tumbuh,cuma laku tak laku jerlah.Kita tunggu My Yearbook plak yer?








Friday, July 22, 2011

Minuman Malta Barbican Bukan Arak


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Amz CamPro berkata :

Kalau tengok botol pun boleh keliru.Walaupun tak haram tapi aku rasa, jauhkan dari rupa-rupa yang menghampiri arak tu.Takut orang salah faham dan boleh menimbulkan fitnah pulak!


Minuman malta Barbican bukan arak

Thursday, July 21, 2011

Video Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011

MALAYSIA (0) vs (1) CHELSEA






Kedai Palsu Untuk Produk Apple Pun Ada? Itulah Lanun Cetak Rompak Negara China



Hohoho...kepada sesiapa yang hantu gajet iPhone ini,jaga-jagalah.Silap-silap korang pakai gajet Made In China jer,hahaha...itulah penangan industri cetak rompak terbesar oleh China.Setakat kedai iPhone,iPad ni ayam jer bagi dieorang.Mercedes pun die boleh tiru,setakat gajet-gajet kecik lagi mudah.Saksikan petikan akhbar dari Utusan di bawah :

Pintu depan kedai

BEIJING 21 Julai - Keghairahan China terhadap iPad dan iPhone telah menyebabkan pengeluaran gajet palsu berkenaan berleluasa dan paling mengejutkan kini terdapat sebuah kedai Apple palsu dan pekerjanya percaya mereka bekerja dengan Steve Jobs.

Kedai itu dibina di Kunming dan dikesan oleh seorang blogger dari Amerika yang pada mulanya turut terpedaya dengan muslihat itu.

Sekali lihat, papan tanda, komputer dan susun atur kedai itu adalah sama dengan kedai Apple yang tulen, kata blogger berkenaan yang menggunakan nama sebagai BirdAdbroad.

Gambar yang dimuatkan oleh blog berkenaan menunjukkan kakitangan kedai berkenaan memakai baju-T biru sebagaimana yang dipakai kakitangan Apple. - AFP

Suasana dalam kedai yang takde bezanya dengan yang sebenar

Korang leh tengok gambar yang aku sertakan.Kedai memang gempak,pekerja memang macam pekerja asli Apple,so macam mana tak rasa tertipu? hahaha...Silap-silap kedai Apple yang ada kat Malaysia pun cam ayam punya,hahaha...sendiri mau ingat lah...hahaha





Final Result : Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011


MALAYSIA (0) VS (1) CHELSEA
Drogba 80' Free kick
Stadium Nasional,Bukit Jalil
8:45 malam


UPDATE! Kekalahan Malaysia ini disebabkan jaringan kontroversi free kick yang pada aku bola memang jatuh atas line dan sempat diselamatkan keeper Malaysia.Jaringan kontroversi ini yang membezakan kita dengan The Blues.Ulasan mudah aku,1st half memang skuad senior kita dibahagian tengah dan serangan tampak terlalu lemah melainkan pertahanan kita yang betul2 ampuh untuk di bolos Chelsea.

2nd half,pemain Olimpik banyak merubah permainan Malaysia dan peluang terbaik,kita nyaris mendapatkan gol penyamaan melalui Thamil Arasu melalui tru pass yang menarik dan mampu mendapatkan gol tapi bola sedikit melencong.Apa2pun,ia permainan yang mengecewakan oleh Chelsea.
Malam ini perlawanan terakhir pasukan negara bertemu pasukan dari EPL cuma bezanya,pasukan Malaysia kali ini adalah pasukan campuran pemain senior zaman sebelum Datuk K.Rajagobal lagi.Kiranya dah status veteran lah diaorang ni yang terdiri daripada 9 orang dan selebihnya pula pemain Olimpik itu sendiri.

Ong Kim Swee membuat sesuatu percaturan yang aku rasa agak merbahaya sebab kita pernah terkena dengan style campuran macam ini pada zaman jurulatih Hatem Soussi dimana kita dibuli macam budak sekolah yang tak reti main bola pada Piala AFF di Vietnam suatu masa dahulu.

Tapi entahlah,hari ini segala-galanya terjawab.Mungkin campuran ini boleh membentuk persefahaman yang mantap atau boleh jadi lagi teruk dari dulu sebab ketika itu,kita seolah-olah langsung tiada persefahaman dalam satu pasukan.Aku lagi suka tengok merka yang dari pasukan Olimpik ini sendiri yang main.Apa-apa pun,kita doakan semoga semuanya seperti dirancang dan kita bermain dengan baik.

Live Streaming aku cuba bagi setepat dan sebaik yang boleh.Dibawah ini salah satu Live Streaming yang mungkin boleh jadi pilihan :


Free desktop streaming application by Ustream





Imej Raksasa Di Alaska Di Rakam?

KEPALA raksasa (kiri) yang berjaya dirakamkan oleh seorang nelayan di Teluk Cadboro, British Columbia.

TELUK CADBORO, British Columbia - Imej seekor raksasa yang mempunyai bonggol di bahagian belakang berjaya dirakamkan di sini oleh seorang nelayan pada 2009 dekat Alaska, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej itu disiarkan dalam program Discovery Channel kelmarin.

Bekas ketua di Jabatan Bumi dan Sains Lautan, Paul LeBlond berkata, dia tertarik dengan video tersebut.

"Walaupun dirakamkan semasa hujan dalam kapal yang bergoyang, ia amat asli," katanya. - Agensi

Sumber : KOSMO





Video Eksklusif : Apabila Pelakon Juvana Poco-Poco

Sedang aku menyambil-nyambil mengexplore internet ni,aku tak lupa explore kat YouTube kot2 ada video-video menarik yang aku boleh kongsi dengan kalian semua untuk pagi ini...hahaha...ya! memang ada,satu video eksklusif yang aku rasa ramai lagi tak tahu.Sedang kita masih baru meninggalkan siri Juvana di TV3 Isnin lalu, rupanya ada sesuatu kenangan yang mereka semua tinggalkan.Memang eksklusif lah...layankan video tersebut dibawah,hahaha...








Wednesday, July 20, 2011

Gempar! Butter Popular Dari New Zealand Mengandungi DNA Babi

Jabatan Agama Islam Johor sekali lagi berjaya mengesan sesuatu yang diluar jangkaan kita dimana satu butter jenama keluarna New Zealand dikatakan mempunyai DNA babi. Butter ini dikatakan selalu digunakan dalam proses pembuatan kek lapis Sarawak dan aku percaya,kita turut sama pernah menggunakannya silap-silap. Butter ini agak meluas dipasaran Malaysia iaitu butter jenama Golden Churn Cremery Butter. Berikut adalah butter tersebut :


Ia dibuktikan pula dengan memo yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor yang melarang penggunaan butter ini terhadap umat Islam.Berikut memo yang dikeluarkan :


Sebelum ini kita dikecohkan dengan tindakan jabatan agama Johor yang mengesahkan satu kopitiam di Kluang,Johor yang menggunaka kopi bercampur DNA babi juga dan ia berjaya diselesaikan dengan sebaik mungkin dan proses menyamak dan penyelesaian terbaik kedua-dua pihak berjaya tercapai.Maka,aku harap kes ini juga harus diselesaikan secepat mungkin dan disahkan di media.





Video Trailer : Juvana Ke Filem?

Drama Juvana dikatakan menerima tontonan 4.2 juta orang pada episod akhir.Cerita antara yang aku tunggu-tunggu setiap minggu. Tapi bila cek-cek balik mungkinkah ada sambungan drama ini atau ia akan diterjemahkan dalam bentuk filem pula?Kita saksikan trailer dibawah,tak pasti ia drama atau filem :







Tuesday, July 19, 2011

Apabila Rooney Anggap Fan MU Yang Kena Cabul Dengan Fan Liverpool Lagenda


KOMEN Rooney di atas dalam twitter menceritakan kata-kata pujian bintang United itu kepada sifat berani pemuda tempatan tanah air (jersi 10) itu ketika menerima cemuhan penyokong Liverpool, baru-baru ini

BINTANG sensasi Manchester United, Wayne Rooney menghambur kata-kata pujian ke atas seorang peminat Malaysia yang berani memakai jersi skuad Red Devils itu ketika menyaksikan sesi latihan Liverpool sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kelmarin, dalam laman Twitter, Rooney memuji pemuda itu dengan berkata: “Lelaki itu yang menyaksikan latihan Liverpool dengan memakai jersi MUFC yang tertera nama saya di belakang adalah seorang legenda.”

Jersi Manchester United yang dipakai pemuda itu kemudian ditanggalkan oleh penyokong Liverpool di depan sekumpulan orang ramai yang menjerit “Buka! Buka!” sebelum memaksanya memakai jersi Liverpool. Namun, pemuda itu enggan dan hanya duduk dengan tidak berbaju sebelum di bawa keluar.

Petikan diatas diambil dari akhbar Berita Harian.Dibawah pula adalah video ketika kejadian berlau :






Bertaubatlah Mohd Ashraf Hafiz Selagi Nyawa di Kandung Badan


KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam.

Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.

Amz CamPro berkata :

Bila dengar kes ini,beristighfar dalam hati,adakah kita sudah jauh menyimpang dari normal-normal kehidupan? Kalau tengok muka sekali imbas dah memang macam perempuan.Siap dah tukar jantina lagi.Nauzubillah...elok2 tuhan dah bagi belalai ditukarnya apam.Itulah masyarakt kita sekarang,sampai tak boleh berfikir secara waras.Sekarang siap pakai tudung lagi tu,kalau perempuan betul2 kire dah agak solehah lah tapi hakikatnya dia tetap lelaki.

Tindakan dia untuk mengubah nama kerana susah untuk meneruskan kehidupan kerana namanya lelaki tapi fizikalnya perempuan.Tu baru susah didunia kan? Alhamdulillah,mujur mahkamah menolak permintaannya atas alasan fakta kes seperti berkaitan hormon dan mempunyai anggota lelaki.Mudah-mudahan dia sedar dan sempat bertaubat.Kita patut sama2 bendung perkara begini dari berleluasa.






Wanita London Ada Puting Ketiga Di Tapak Kaki!

LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.

Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.


Inilah puting ketiga dikakinya

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.

Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.

Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.

Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.


In close-up sikit

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.

“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi

Sumber : Harian Metro





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...