Friday, July 8, 2011

Gempar! Kejadian Stadium Runtuh Seperti Di Terengganu Terjadi Lagi


ENSCHEDE - Seorang lelaki mati manakala 10 yang lain cedera akibat dihempap sebahagian bumbung sebuah stadium bola sepak yang runtuh di Belanda semalam.

Datuk Bandar Enchede, Peter den Qudsten berkata, kejadian berlaku ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan ke atas stadium bola sepak FC Twente.

Menurutnya, secara keseluruhan seramai 14 orang cedera apabila bumbung bahagian selatan stadium berkenaan tiba-tiba runtuh dengan dua daripada mereka parah.

Mangsa yang maut dan cedera katanya, terdiri daripada pekerja binaan di lokasi kejadian.

Setakat semalam, beberapa ekor anjing pengesan dan kamera digunakan untuk mencari jika terdapat mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan itu.

"Punca kejadian masih disiasat," kata Qudsten.

Menurutnya, kerja pembinaan dilakukan untuk meningkatkan kapasiti stadium itu kepada 30,000 orang berbanding 24,000 orang sekarang dengan menambah barisan tempat duduk dan membina beberapa tingkat baharu. - Agensi

Sumber : KOSMO

Amz CamPro berkata :

Hohoho...kejadian terjadi lagi tapi bukan di Malaysia,di Belanda. Nampak gayanya,kita ada persaingan. Kejadian stadium runtuh bukan sahaja berlaku di sini tetapi diseluruh dunia...hahaha...tapi kalau nak tengok kerosakkan,kat Terengganu lagi power.Kalau tengok pada kecelakaan manusia,kat Belanda ada yang tercedera.Tapi aku rasa,dieorang kemas lagi cepat nanti.Terengganu nak masuk 2 tahun tak siap-siap kemas lagi...hahaha






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...