Friday, July 15, 2011

Foto Kontroversi Julia Perez : Ke Bank Berbikini?

JAKARTA: Aktres Julia Perez atau akrab dipanggil Jupe memang layak digelar artis sensasi. Setiap kerenahnya mendapat perhatian pihak media. Contohnya, baru-baru ini, gambar dia berbikini di sebuah bank di Bali tersebar luas di Internet.

Ya, foto itu memang asli gambar saya,” jelasnya ketika ditemui di mahkamah negeri Jakarta Timur, semalam. Jupe mendedahkan gambar itu diambil kira-kira sebulan lalu. Dia bercuti bersama kekasihnya, Gaston Castano di Pulau Bali. Bagi mengisi waktu percutiannya dia berjemur di tepi pantai dengan berbikini, manakala Gaston berseluar renang. Tiba-tiba dia menyedari dia tidak mempunyai wang tunai. Berikutan cemas, dia menyewa motosikal lalu segera mencari mesin teler wang automatik (ATM) yang terletak setengah jam perjalanan dari pantai. “Saya tidak membawa wang tunai, hanya kad ATM. Saya juga tidak pakai baju lain selain bikini di tubuh. Saya bernasib malang kerana kad ATM pula ditelan mesin. Jadi, saya masuk ke bank terdekat untuk meminta bantuan,” katanya.

Ketika itu, kakitangan bank memberi keutamaan kepada Jupe untuk membuat kad ATM baru dan dia tidak perlu menunggu lama.

“Ketika kad ATM saya ditelan mesin, saya yakin tidak dapat pulang ke Jakarta. Saya juga pernah kehilangan wang di mesin ATM sewaktu di Bali. Ia kan kemalangan, jadi, foto berbikini itu dalam keadaan kecemasan,” katanya lagi. - DH



Sumber : Harian Metro

Amz CamPro berkata :

Jupe ini atau lebih dikenali sebagai Julia Perez ini memang artis panas dan kontroversi Indonesia yang tak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Dia mula kita kenali mungkin ketika final Piala AFF dulu dimana Jupe ini pernah mengugut seluruh pemain Malaysia bahawa dia akan mengenakan coli lazer bagi membutakan dan mengganggu kosentrasi pemain...hahaha...sebab kita main lazer dulu kat pemain Indonesia masa main di Bukit Jalil so ni pulak cerita terbaru dia...layankan jer...dalam paper pun ade cite ni tapi gambar,aku tambah...heheh





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...