Saturday, July 16, 2011

Gol-Gol Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011 : TAHNIAH Malaysia!

Aku sebenarnya terharu dan agak terpegun dengan permainan Malaysia petang tadi.Permainan mereka jauh lebih baik dari bertemu Arsenal dan aku percaya jika mereka bertemu Chelsea silap-silap keputusan pun lebih membanggakan.Apa-apa pun, fokus utama adalah bertemu Singapura pada 23 Julai 2011 ini di kota singa sebelum bertandang ke Stadium Nasional.

Apa yang masih nampak lemah adalah dari aspek pertahanan dimana mereka perlu lebih fokus dan tenang mengawal benteng.Kemasukkan Safee Sali betul-betul memeranjatkan.Imej seorang penyerang berwibawa betul-betul terserlah kerana dalam tempoh 15 minit, sudah berjaya mengucar kacirkan kubu kental Liverpool. Tahniah Safee.Ikuti sedutan 9 gol perlawanan petang tadi dan jaringan Malaysia memang ade class!


MALAYSIA (3) vs (6) LIVERPOOL

Gol Malaysia - Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81).

Gol Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 & 90), Dirt Kuyt (93).







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...