Sunday, July 24, 2011

Qari dan Qariah Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53

AMIRRAHMAN dan Suraya bersama piala serta hadiah kemenangan masing-masing selepas diumumkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Sedang kita duk beria mengadap perlawanan bola sepak Malaysia dan Singapura semalam.Qari dan qariah kita telah menjadi johan dalam kategori masing-masing di tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Kita patut rasa berbangga...Alhamdulillah. Berikut petikan akhbar mengenai keputusan tilawah semalam :

Amirrahman memperoleh markah 89.26 peratus manakala Suraya mendapat 88.33 peratus.

Sementara itu, Saudi M Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.3 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga dimenangi qari Mesir, Abdel Basit Mohamed (87.88 peratus) dan qariah Singapura, Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus). Mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan. Peserta lain menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Sumber : Berita Harian







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...