Monday, July 11, 2011

Laporan Polis : Pelajar IPTA Ke Yang Menghina Lagu Negaraku di Facebook?

KUALA TERENGGANU 11 Julai — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu.






Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.

"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.

Dr. Yahaya berkata, penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri. - Bernama

  • Ingin Melihat Facebook Manusia Yang Menghina Negaraku Terbabit? klik sini

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...